Tahun 2007 akan melabuhkan tirainya. Esok akan bermula tahun baru 2008, bermakna bermulalah diari kehidupan yang baru setelah kita menutup diari kita pada 2007. Bila bermula tahun baru, pastinya setiap orang akan memasang niat dan azam yang baru. tak kurang juga yang "carry forward" azam di tahun lepas yang tidak tercapai..
Azam makcik pada tahun ini adalah untuk menjadi lebih agresif, efisyen dan efektif dari tahun yang lepas sebab makcik tahu, life di tahun 2008 akan jadi lebih sibuk dan mencabar dari tahun lepas. Makcik juga berazam nak pergi kursus PTK 4. Tahun lepas tak pergi sebab tak ada kekuatan dalam jiwa untuk pergi. Bukan senang.. Susah maa!! Nak pergi PTK je kena buat research proposal yang lengkap sebab nanti masa kursus kena bentang dan defend proposal tu. Bukan setakat itu aje, kena buat esei tidak kurang dari 2000 patah perkataan dengan sekurang-kurangnya 10 sumber rujukan... lepas tu kena buat pembentangan jugak masa kursus nanti.. dahla kursus tu makan masa seminggu.. kat Shah Alam.. it's not easy to leave my children especially during schooldays.. Tapi tahun ni, makcik akan pergi .. InsYaAllah!!
Apapun, 2007 banyak memberi kenangan pahit dan manis.. suka, duka, gembira.. I've learned lot.. but I've learned it in a very hard way.. To all of U out there... happy new Year. May God bless u.