Selamat Tahun Baru!!

Tahun 2007 akan melabuhkan tirainya. Esok akan bermula tahun baru 2008, bermakna bermulalah diari kehidupan yang baru setelah kita menutup diari kita pada 2007. Bila bermula tahun baru, pastinya setiap orang akan memasang niat dan azam yang baru. tak kurang juga yang "carry forward" azam di tahun lepas yang tidak tercapai..
Azam makcik pada tahun ini adalah untuk menjadi lebih agresif, efisyen dan efektif dari tahun yang lepas sebab makcik tahu, life di tahun 2008 akan jadi lebih sibuk dan mencabar dari tahun lepas. Makcik juga berazam nak pergi kursus PTK 4. Tahun lepas tak pergi sebab tak ada kekuatan dalam jiwa untuk pergi. Bukan senang.. Susah maa!! Nak pergi PTK je kena buat research proposal yang lengkap sebab nanti masa kursus kena bentang dan defend proposal tu. Bukan setakat itu aje, kena buat esei tidak kurang dari 2000 patah perkataan dengan sekurang-kurangnya 10 sumber rujukan... lepas tu kena buat pembentangan jugak masa kursus nanti.. dahla kursus tu makan masa seminggu.. kat Shah Alam.. it's not easy to leave my children especially during schooldays.. Tapi tahun ni, makcik akan pergi .. InsYaAllah!!
Apapun, 2007 banyak memberi kenangan pahit dan manis.. suka, duka, gembira.. I've learned lot.. but I've learned it in a very hard way.. To all of U out there... happy new Year. May God bless u.

The blessed house




Makan-makan dirumah jiran






Semalam makcik dan jiran-jiran makcik yang sangat rapat buat majlis makan-makan sempena menutup tirai 2007.. actually, majlis makan-makan memeng kami sentiasa buat bersama-sama setiap kali cuti sekolah.. Hanya kami lima keluarga saja.. keluarga kak nor, keluarga azmi, keluarga kak norlia, kak faizah dan keluarga makcik.. menu wajib setiap kali majlis di buat adalah bakar ayam.. Kami 5 sekeluarga kutip duit RM 60 untuk kos beli ayam dan kos yang lainnya.. Selain itu kami buat ala pot luck.. Malam semalam kak Nor masak nasi goreng, makcik buat caramel telur, kak faizah dan Na bahagian perap ayam dan kak norlia dengan puding buihnya yang gila sedap... Majlis bermula pukul 8.00mlm dan berakhir pada 11.00 malam.. Makcik amat bersyukur dapat jiran-jiran yang sangat baik dan ramah yang menganggap makcik sekeluarga seperti ahli keluarga mereka sendiri... Majlis berjalan dengan lancar, meriah dengan pelbagai isu dan masalah negara yang dibincangkan sambil makan.. dan malam itu juga anakku si yati tiga empat kali berlari ke toilet sebab sakit perut..

Selamat Hari Jadi , Amin



26 Disember 2007, adalah hari ulangtahun anakku yang sulung, Muhammad Badrul Amin ke 9. Seperti biasa, tiada majlis sambutan hari jadi yang ku buat... Selepas balik kerja pada pukul 5.30 ptg, makcik terus berkejar ke kedai kek di bandar Dungun untuk membeli kek harijadi untuknya.. Malam selepas maghrib, kami lima beranak berkumpul di meja makan kat dapur mengadap kek dan Amin dengan excitednya memotong kek harijadinya.

Selamat Ulang Tahun anakku sayang. Tiada hadiah yang istimewa dari ibu untukmu sayang selain dari kasihsayang yang tak berbelahbahagi dari hari pertama kau ibu kandungi sehingga akhir hayat ibu dan doa yang ibu pohon untukmu setiap hari semoga menjadi anak yang soleh dan cemerlang .....

My big family

The family of Mohd Noor b Mohd Ariff and Pn Sabariah Ujang.
















































































Selamat hari raya aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Sudah dua tiga hari makcik tak masuk blog sebab bercuti raya..Tahun ini makcik berhari raya di rumah mak ayah di Kijal. Kemeriahan hari raya tidak terasa sebab tak ada orang pun yang datang berjalan ke rumah. But, I felt really happy cause almost all my siblings came back for hari Raya. Kat rumah sangat meriah, riuh rendah sebab sangat ramai yang ada. Ada 45 orang di rumah makcik.. di setiap sudut rumah ada orang..Tahun ni Mazidah tak balik sebab bekerja dan tak dapat cuti, abang ijan sekeluarga raya kat rumah mertuanya.. ajie sekeluarga kat Penang sebab tak dapat cuti.. Hisham kerja kat KL.. Kali ini seekor lembu tumbang sebab hampir semua adikberadik makcik masuk korban. Tahun ini makcik tak ambil bahagian oleh kerana masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. InsyaAllah tahun depan makcik pasti akan masuk bahagian juga. Daging korban selain dibahagikan kepada semua adik beradik. Tulang dibuat sup seperiuk besar macam nak kenduri.. Daging, hati dan ‘telur” lembu kakak buat masak lemak cili api.. “Telur” lembu tu orang tak nak ambik… segan kot.. jadi abang zahar kutiplah semuanya bawak balik rumah sebab benda tu favorite kami adik beradik.. Di pagi hari raya, makcik masak gulai ayam instead of rendang ayam sebab kak Zu dah masak nasi tomato dan ayam masak merah.. so.. kena tukar menu last minute.. Tapi tak larat tengah masak tu big boss (my mum) selalu bising dari kerusi malasnya sebab dia tak sihat.. Macam-macamla dia mengomel.. minyak jangan banyaklah..tak elok untuk kesihatan..Kenapa tak tumis lada dulu..nanti gulai tak merah.. garam jangan banyaklah.. haa!! Ayam tu jangan lama-lama sangat.. hancur lodoh nanti.. At last sebab tak boleh concentrate masak, makcik cakap dengan mak.. “ Mak! mak duduk diam-diam ya!! Biar cemi masak,.. yang penting.. janji bila makan semua orang tak mati.” Barulah my bigboss diam.. Actually, dia pun dah sedia maklum bila anak perempuan dia yang sorang ni masuk dapur , tak ada orang boleh kacau..

Bila berkumpul adikberadik ramai-ramai banyaklah cerita yang keluar.. Yang pasti yang dibualkan ialah zaman kami kecik-kecik dahulu… Zaman kami kecik dulu tak macam sekarang.. sekarang nak makan apa aje dapat.. Dulu kami hidup susah.Makan pun bercatu.. Kata abang kalau daging dapat makan sebulan sekali aje, itupun time abah dapat gaji.. Sama juga dengan ayam , itupun terpaksa dikira dan dibahagikan 8 beradik… . Daging 4,5 keping seorang.. ayam seketul seorang.. Kalau sotong.. dua kepala, 3 badan.. dan kalau biskut abah akan beli biskut yang patah-patah dalam guni dari kilang kat Bandar Melaka.. Tapi, kalau abah tak berjimatcermat, kami tidak akan jadi seperti mana kami sekarang ini..

Overall, kat rumah mak sangat meriah dan makcik sangat happy.. kami ambil gambar beramai-ramai sebab mungkin lain kali tak dapat lagi suasana seperti ini.. Abah dah semakin uzur.. mak pun semakin tua dan selalu sakit-sakit.. Mak cakap sehari sebelum raya abah dari pagi sampai petang tunggu kat pintu.. Dia langsung tak tidur sebab dia tau anak-anaknya akan balik pada hari itu.. tapi anak-anak semuanya sampai lambat… tapi makcik pasti dia sangat happy dan excited bila anak-anaknya ramai balik..

Oklah .. got to go now.. ada kerja perlu dilaksanakan… Selamat hari raya aidil adha.. selamat beramal dan semoga diberkati selalu..



Sebahagian besar dari ahli keluarga. mak dan abah yang duduk di tengah.








































Kursus Konferensi

salah seorang dari collegue yang nyanyi malam tu
Kumpulan gagak hitam

Malam dinner

Makcik agak sibuk dua tiga hari ini menyebabkan makcik tiada masa untuk ber blog, hanya mampu menjengahnya untuk melepaskan rindu pada blogku..
Apa cerita kali ni, beberapa hari yang lepas makcik berkursus selama 2 hari di Terengganu Equestrian Resort.. Kursus di sana tapi menginap di Permai Inn.. As usual lah makcik mesti stay dengan officemate makcik.. Kursus ni lebih pada pembentangan penyelidikan.. Selain we all ada juga peserta luar yang membentang.. makcik hanya datang sebagai peserta yang setia menadah telinga..InsyaAllah, one day di tahun 2008 ni makcik akan jadi peserta yang glamor bercakap di depan pulak.. Masalahnya makcik ni ada masalah "stage fright"lah . Memang kena mandi bunga untuk buang suwei.. hehe... And as usuallah.. makcik ni bila berkonfrensi suka memilih untuk duduk di tempat belakang... Biasalah.. peserta nakal yang tak insaf lagi ni.. tempat belakang adalah yang paling strategik dan sesuai.. kalau boring.. boleh lari keluar sekejap.. kalau duk depan obvious sangat.. kalau boring jugak boleh mengacau orang depan..kalau boring jugak boleh main sms dan kalau boring jugak... paling penting... hilang di dalam duniaku sendiri..
Ramai peserta yang membentang kali.. dengan pelbagai cabang topik.. hari pertama berlalu dengan sempurna.. tapi ada seorang pembentang yang menarik perhatian.. bukan sebab dia tu handsome tapi keupayaannya menggunakan "sound effects" yang betul-betul sakitkan telinga selama dia menayangkan power pointnya... bunyi kereta brek kecemasan lah, bunyi typewriter la.. and i know the reason why he did that!! dia dah sedia maklum ada spesis-spesis telinga malas macam makcik ni dalam dewan tu... !! Jadi bunyi-bunyi ni diletakkan dengan mesej.." Wahai insan-insan yang malas mendengar.. tadahkan dan buka- bukalah piring telinga tu seluas-luasnya.." Malam itu tak ada program sebab dah dibawa ke petang.. Ramai yang keluar shopping dan ada yang pergi main bowling.. Tapi makcik dan ofis mate tak keluar.. entahlah tiba-tiba tak ada mood nak keluar.. pukul 9.00 malam we all dah tarik selimut sambil borak dan tengok tv.. Malam tu tarik selimut awal tapi pukul 3.00 pagi baru makcik dapat tidur.. gatai sangat minum nescafe pukul 12.00 tengah malam dan di tambah pula bunyi tempat flush toilet yang mengalami masalah buah pinggang kronik yang menyebabkan air tak berhenti keluar.. terus mata makcik ni terbuntang tak boleh tutup..
Pagi hari kedua makcik tak dapat mendengar orang bentang paper sebab terpaksa membantu AJK menyelesaikan hadiah untuk peserta masa malam gala dinner nanti.. kematu jugaklah tangan menulis kat cenderahati tu. Dan petang itu... makcik telah hilang dengan jayanya dalam dunia makcik sendiri walaupun tubuhku di dalam dewan.. Aiyyo!! mataku sangat berat!!!
Malam hari terakhir pula dinner kat dewan yang sama.. Semeja dengan makcik adalah officemate makcik, si ras dan noor ( dan sepanjang konfrensi tu kami telah digelar kumpulan gagak hitam) and suddenly datanglah tiga mamat dari UTEM duduk di meja kami.. salah seorang dari mamat tu duduk di sebelah makcik... makcik tak kisah dia nak duduk sebelah makcik.. tapi yang makcik kisah mulutnya yang tak berhenti bercakap tu buat makcik sangat rimas.. Lebih kurang sepuluh minit kemudian penderitaan makcik tamat bila ada orang menjemputnya duduk di meja VIP.. sebelum pergi dia masih sempat lagi berpesan pada makcik.. " We'll talk again later, ok!!" hehe!! Nasib baik!! kalau tak terseksalah makcik kat situ nak mengadap orang tua tu selama dua jam. Dan tinggallah mamat lagi dua orang ni.. nasib baik mak cik tak duduk sebelah diorang.. so.. malas nak layan.. sengih ajelah dan membiarkan si noor melayan pertanyaan diaorang..
Dinner berjalan dengan lancar dan biasalah bila VIP ada, karaoke mesti ada sebab bigboss makcik ni suka karaoke.. bila dia datang,we all dah sedia maklum... karaoke sure ada.. Dan ramalan ku benar belaka... Dia sangat sangat excited untuk menyanyi.. makcik berdoa supaya dia tak nyanyi his favorite song yang bertajuk 'Bengawan solo" ( lagu zaman penjajahan British yang mana makcik lebih suka sebut "Benggali Songo" instead of that original title) .. Wah.. malam tu dia nyanyi lagu " Biarlah bulan bicara sendiri" dengan gaya syok sendiri.. tengah -tengah dengar dia nyanyi makcik dapat sms dari abang makcik mengumpat bigboss yang sedang khusyuk menyanyi tu..
" Mamak ni mesti perasan dia nyanyi sedap.. kah2" nasib baik dia menyanyi satu lagu aje.. kalau dua tiga lagu lagi mesti mesti sebak dada makcik dibuatnya.. dan majlis berakhir jam 10.45 malam.. dan habis majlis terus we all balik..
oklah.. got to go now.. nak pergi shopping sambil buat terapi minda.. hehe!! selamat berhari raya




































sunday

Have a nice sunday!!! Dah mula busy sekarang

The Working Environment..







Pictures taken from 3rd floor of my office building.. A very peaceful place ( at the moment the pictures were taken coz we are now in a peaceful season but still we keep ourselves buzy.. Always got work to do.. Bekerjalah dengan rajin,ikhlas dan penuh komitmen... Soalan : Cuba cari, di manakah si Bagak Silverku?


Ombak laut




Ombak laut di musim tengkujuh, di ambil di pantai Sura Dungun pada pukul 6.00 petang dan pada pukul 9.00 malam .. ( berhampiran jalan masuk ke Jalan Melati). Bila malam seakan pesta di tepi pantai terutamanya area pantai Teluk Lipat di mana ramai akan berada di tepi pantai untuk lihat ombak yang besar dan ada kalanya melepasi tebing pemecah ombak dan berlarianlah mereka yang gatal bersidai kat tepi tebing pemecah ombak sambil terjerit-jerit ala-ala gatal gitu nak elakkan air laut..

selamat bertunang nazar


Selamat bertunang buat Nazar bin Mustafar dan tunang....Semoga majlis perkahwinan berlangsung dengan lancar kelak. Didoakan yang terbaik selalu..

Ayam....

Cuaknya ayam ni!! Sakit hati betul la kat ayam ni.. Entah siapa tuannya yang sengal tu.. nak bela ayam sangat tapi tak tau nak jaga.. Makcik tak kisah sangat kalau ayam tu datang mengendeng nak mintak makan.. tapi yang tak tahan tu dahlah tidur kat rumah tak berbayar, tak reti nak pegi toilet pulak tu.. Tidur pulak kat tempat kasut...!!

Satu pagi yang dingin lebih kurang pukul 1.00 pagi , tetiba makcik terasa sangat panas... darah mendidih satu badan melihat ayam itu yang selamba badaknya tidur bertenggek atas kasutku tanpa sedikit pun rasa bersalah..

Makcik: Abang, tangkap ayam tak guna tu malam ni.. sakit hati betul tengok ayam tu lah!!
Myhubby: Esoklah tangkap!!
makcik: Esok dah payah!! Sakit jiwa tengok ayam tu, tak larat nak tengok ayam tu yang berak merata-rata, kalau malam ni ayam tu berak kat kasut abang.. rasanya esok satu rumah dengar ayam tu kena maki...tak laratlah nak dengar.. tangkap je lah malam ni!!
Myhubby: Ha!! pegi ambik tali.. nak yang panjang..

Maka di awal pagi yang dingin itu, bermulalah operasi menangkap ayam yang dipanggil "Opps ayam", caranya tali itu diikat ala-ala tali gantung, diletakkan atas rak kasut, lampu porch ditutup supaya ayam tu tak nampak.. sampai masa bila ayam tu bertenggek di atas rak, tali akan direntap dan terus menjerut kaki ayam tu..

Cubaan pertama gagal sebab tali tu tak berfungsi dengan baik.. ayam terlepas... Dua kali mencuba tetap jua gagal.. at last ayam tu tak nak tidur atas rak kasut tu.. Macam tau je orang nak tangkap dia lagi.. Makcik tetap tak putus asa, by hook or crook ayam tu mesti ditangkap jugak malam ni..

Myhubby: Pegi keluar ikut pintu dapur, hambat ayam tu ke depan, nanti abang akan tunggu dan tangkap ayam tu.
Makcik: Aiyoo!! Bang.. kalau halau kot tingkap je tak leh ke? Bimbang lah keluar nanti ada orang sengih-sengih kat belakang.. dah pukul 2.00 lebih ni !! ( Dah dasar penakut..hehe)
Myhubby: Keluar je lah.. tak de apa kat belakang tu..

Keluarlah makcik ditengah kepekatan dan kedinginan pagi untuk hambat ayam.. kalau orang tengok.. sure orang kata orang dalam rumah ni kepala senget.. Tiba-tiba nampak ayam tu bertenggek kat bawah pokok keladi di tepi rumah.. makcik pun hambat ke depan... plan A dah tak boleh pakai.. sekarang jalankan plan B pulak.. Ayam tu dengan sopan santunnya lari ke depan and suddenly dia masuk di celah-celah dua washing machine yang ada kat porch dan terperangkap dalam kain tutup washing machine.. al last, ayam tu dapat ditangkap.. dan di tengah-tengah kepekatan dan kedinginan pagi itu.. ayam itu telah menjerit-jerit.. " Tolong aku!! Lepaskan aku... Orang dah tangkap aku... Tolong!!Tolong!! Ampun!Ampun!! Lebih kurang begitulah bunyinya..

Esok pagi, sebelum ke tempat kerja.. makcik telah membawa bersama ayam itu, dan membuangnya jauh di rumah orang di kampung Sura Hujung.. Ayam itu dilepaskan bersama pesanan.. " Kalau datang balik ke rumah di Jalan Melati, siap kau!! Confirm kena sembelih"
Tapi, kalau ayam tu muncul semula... memang cerdiklah ayam tu sebab jumpa jalan pulang.. dan pada masa yang sama ayam tu cari nahas sebab datang menghulurkan lehernya untuk disembelih....

Kunci keretaku!!

Bengang!! Bengang!! Bengangnya!! Kunci kereta ku hilang!! Puas dah makcik mencari.. tak jumpa.. makcik dah tanya semua orang!! Semua orang tak nak mengaku!! bengangnya!! nasib baik ada kunci spare...

Cuaknya!!

Semalam makcik pergi ke YOu HOE supermarket nak beli groceries.. kalau kat tempat makcik, tu kira supermarket yang besarlah.. Sampai kat sana lebih kurang jam 8.30 malam dan orang tak taklah terlalu ramai except kat kaunter pembayaran.. bila tiba time bayar kat kaunter adalah dua tiga orang yang beratur nak membayar.. Makcik giliran ke empat dalam barisan.. Lama jugaklah menunggunya sebab orang depan punyalah banyak barang yang diangkut dalam troli tuh.. Selepas penat menunggu, tibalah giliran orang depan makcik membuat pembayaran...

Tengah duk menunggu... tetiba...

Cashier : Sayur ni tak timbang ke?
Mamat membayar : ( Sambil sengih-sengih) La!! kena timbang ke? Ingatkan tak yah timbang tadi?

Aiyyo!! mamat ni memang lah sengal!! Takkan tak pernah datang beli sayur kat situ atau memang tak pernah jejak kaki kat supermarket!! Cuaknya makcik tengok si mamat depan makcik ni duk sengih -sengih tambah lagi bila melihat cashier tu pulak terpaksa berlari tinggalkan ke kaunter pergi timbang sayur untuk si mamat tu..

Bila tiba giliran makcik dan waktu masukkan harga barang dalm sistem, tiba-tiba..

cashier : kak!! kak ingat harga ni berapa??

Aiyoo!! manalah makcik ingat.. bengangnya!! takkan tak letak tanda harga kat situ.. takkan nak harap bar code je!!

Makcik : Entahlah dik.. cuba tanya suami saya kat sana tu berapa harga, saya tak tau... dia yang ambik benda ni!!
Cashier: ( Bertanya kepada my hubby) .. Encik, encik ingat tak kat berapa harga barang yang en ambik ni?
Myhubby: entahlah .. tak ingat!!

Oh My God!! Takkan makcik nak pergi berlari ke rak barang tu nak check harga pulak!! I won't do that!! Apasallah tak letak tanda harga..

cashier: (bertanya kat geng dia) Woi xyx!! Mung tau dok harga ni berapa?
Kawan di si xyx: Dok!! Cuba mung tanya uncle xx tu!!
Cashier: Uncle !! harga ni berapa ?
Uncle xx: ( selepas termenung beberapa saat) Hmm!! RM 3.15..

Agaknya entah betul ke tidak uncle tu bagi figure harga.. Entah main hentam je.. Makcik pun malas nak fikir dan malas nak pergi check harga.. makcik tau sebagai pembeli makcik patut melihat harga barang, tetapi, sebagai peniaga juga mereka tak boleh menyusahkan pembeli dengan membiarkan pembeli terkejar-kejar pegi balik kat rak untuk check semula harga barang.. kalau si pembeli bujang tak apalah.. tapi kalau pembeli tu perempuan dah sarat mengandung ke, makcik tua yang tak larat ke.. atau pembeli macam mak cik yang malas nak berkejar-kejar ke rak untuk check harga ni.. memang buat orang cukup bengang dan cuak gila...

Happy birthday RAS!!

To my very best and special friend, Raslina!!!

It's your birthday today!!!

" Happy birthday to you!!"
"Happy Birthday to you!!"
"Happy Birthday to Raslina"
Happy birthday to you....

ras, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... Didoakan yang terbaik buat Ras selamanya...

tak fokus

Baru ni, makcik sekeluarga balik rumah mak..



Petang tu, mak ajak makcik pergi ambil tangga kat rumah sewa abang sebab nak baiki lampu dapur dan bilik air utama rumah mak yang tak menyala.



On the way, makcik singgah ke kedai depan rumah sebab nak beli gel rambut anak yang dah nak habis. Kebetulan pulak ada motor yang sekat lorong nak masuk ke rumah abang tu.. tak tau sapa owner yang sesuka hati dia je park motor kat situ. Dah masuk kedai, makcik ambil gel rambut dan terus bayar.....



" Assalamualaikum!!" seru mak bila kami sampai.. terlihat kelibat dua tiga orang budak keluar..



" mak dengan abah tak dok!! keluar" .. balas seorang dari bebudak..



" tak palah!! makcik datang nak ambik tangga" ujar mak lagi..



Lepas ambik tangga, we all balik... sampai je kat rumah... mak cik realize something..." La!! gel rambut yang aku beli tadi tu mana?



" mak!! mak nampak tak gel yang cemi beli tadi?"



" La!! bukan kau dah beli tadi? kau tak ambik ke? tak da dengan mak ni ha!! cuba cari betul-betul !! Kot jatuh celah kerusi ke, kau letak kat belakang ke!!"



" Tak da lah mak.. dah cari ni..Tertinggal kat kedai tadi lah tu kot!! Aiyyo!!"



" apalah kau ni!! apa yang kau berangan sampai lupa nak ambik barang tu... menonong je bayar dan keluar" rungut mak... makcik sengih je lah sambil start enjin untuk ke kedai tu semula.. sampai je kat kedai tu, makcik tengok tokeh kedai dah sengih!! Nasib baik tokeh tu tolong simpankan.. "



sambil berjalan keluar makcik sengih sorang diri ... 'Macam manalah boleh lupa.. tak fokus!! rasanya macam dah ambik tadi masa bayar. Napa ek banyak kali jadi.. Baru ni dah bayar, lupa nak ambik duit baki.. kesian adik cashier tu kejar sampai ke luar..!!"



Sampai rumah, mak tanya, ' ada ke?"



"Ha ah!! ada!!"



"Berangan kau ni!!" balas mak!! makcik cam biasalah sengih aje..



Then my hubby baiki lampu dalam bilik air... " Ha mak!! dah siap..!! tak de dah kan.. nak pegi tati pulak ni.!!"



"Eh!! ni lampu kat tempat tidur abah kau tak baiki lagi ni ha!! balas mak.



" oh!! ya ke? Bukan mak suruh baiki lampu bilik air je ke?" my hubby said..



" Mak kan tadi suruh baiki lampu bilik air dengan lampu kat tempat tidur abah ni...Apa yang kau ingat tu!!" My hubby dah sengih-sengih..



" Dia berangan tu mak!! Berangan nak kaya je!!" makcik mencelah ..



Akhirnya mak pun berkatalah kat makcik... " Kau ni kata kat laki kau... tak sedar diri sendiri sama je... kuat berangan... sorang tadi dah bayar lupa nak ambik.. sorang lagi lupa nak pasang lampu.. Sesuailah kau tu dua orang laki bini..!!"

Majlis tunang hisham

Sebelum majlis bermula








Kak Zan dan bakal menantunya


Kat luar rumah perempuan bersama mak, kakak-kakak dan kakak-kakak ipar




Keluarga abang zahar dan bakal menantu.. Bakal pengantin yang ketiga dari kanan dan kiri.





Sedang berunding



















Pada 1 hb Disember yang lalu, makcik pergi ke majlis tunang saudara sulung makcik, Hisham di Segamat. Mak dan kak Jurai naik si bagak selain dari mak cik dan my hubby sebagai driver dan makcik sebagai co-driver.. amin dan naim. Yati tak ikut sebab penuh. kesian kat dia.. abah pun tak ikut sebab abah tak sihat.. keluarga abang zahar 2 kereta.. Pak lang naik kereta berasingan dan tak ada sesiapa yang tumpang sebab dia akan terus ke KL . Abang Zul satu family pergi ke Kuala Kangsar, kak Juyah akan bertolak dari Seremban.. jadi we all janji akan berjumpa di masjid Jamek Segamat pada pukul 1.00 tengahari .

We all bertolak dari Kijal pukul 8.00 pagi... Itupun mak dah bising.. " Beria-ria korang ni nak bertolak pukul 7.00 lah.. pukul 7.30 pagi duk terkial-kial lagi.. mengadap komputer lah, mengadap cerminlah.. nak melaburlah.. Nnti marah abang zahar kau kang kena tunggu kita.. dia bukan boleh tunggu lama-lama.. hangin satu badan nanti"


On the way pergi tu , kitaorang singgah ambil Ainul.Sampai rumah abang Zahar pukul 8.20 pagi.. Nasib baik diorang pun tengah bersiap. Kitaorang bertolak dulu sebab kitaorang tak nak rushing ke sana.. On the way, banyak pula mat tiarap kat atas jalan.. berderet-deret sekali dengan kereta kebal.. apalagi!! adalah mangsa yang kena usik dalam bagak tu..

" Hah Amin, Naim!! Ibu suruh kereta kebal tu ambik amin dengan naim yea!! tak duduk diam.. dah lah tak pakai tali pinggang keledar... Ibu suruh abah kejar kereta kebal tu, kemudian ibu tahan suruh dia berhenti nak?"

" Tak mboh!! serentak budak-budak tu jawab dengan nada risau yang menggila tambahlagi bila my hubby potong kereta kebal tu makcik turunkan cermin tingkap separuh sambil berkata, " Bang,bang, ambik budak dua orang ni bang.. tak nak duduk diam ha..!!" Selepas dari itu, maka amanlah suasana dalam si bagak sepanjang perjalanan, kalau tak!! tak larat nak dengar budak duaorang tu bergaduh kat belakang.


Lebih kurang pukul 10 lebih, kitorang berhenti rehat kat Hentian Rehat Muadzam Shah.. sampai je rupanya abang zahar satu family dan pak lang pun baru sampai. Lepas itu, kami bertolak berasingan dan sampai ke Masjid Jamek Segamat pukul 12.45 tengahari.. Tak lama kemudian Kak Juyah dan abang Zul sekeluarga sampai.... Makcik, mak dan kak Jurai sembahyang dulu kat masjid Jamek sebelum bertolak ke rumah perempuan.. Sampai je rumah perempuan, ramai yang sudah menunggu.. Sementara tunggu majlis bermula, kitaorang ni membuat sessi mengambil gambar .. Wakil pihak lelaki yang dilantik untuk berbincang adalah abang bakar., abang ipar makcik memandangkan diapun orang Johor dan telah berpengalaman mengahwinkan anaknya yang sulung. Makcik tak begitu mendengar sangat sebab bukan makcik yang nak kawin kan.. cuma yang makcik betul-betul dengar.. majlis nikah akan dibuat pada Ogos 2008.. hantaran RM8,020.00. Kiranya bersetujulah tu hinggalah adik ipar abang zahar bersuara, " Saya mohon dipertimbangkanlah supaya hantaran tu di jadikan RM 8,016.00. Sebab kalau boleh bilangan angka hantaran tu bila dicampur, biarlah jadi angka 6 dan bukan 1, bukan minta diskaun ni." Sebabnya, makcik tak tau..!! hanya empunya diri yang meminta lebih mengetahui.. bila dah selesai majlis ditutup dengan majlis doa selamat dan berjumpa bakal pengantin perempuan.untuk upacara memakaikan rantai dan sessi mengambil gambar..Sebelum balik we all menjamu selera.. sedap lauk orang Johor ni.. menunya gulai daging, ayam masak ros, ikan kering, gulai lemak kuning pisang muda, ikan keli goreng lawan kicap lada, sambal belacan dan ulam.. kuih pulak puding kastard, agar-agar sirap dan kuih kacang.. serius sedap!! We all bertolak balik pukul 4.30 ptg. balik pun berasingan sebab abang Zul nak pergi ke tangkak. kak juyah balik ke Seremabn terus. Makcik nak ke jakel trading sebab nak cari tudung.. kak jurai borong kain, sudahnya makcik pun beli kain jugak..


My hubby cakap " He eh!! bukan ada orang tu kata nak beli kicap je? Apasal beli sos cili pulak?" Dah murah, berkenan dimata dan hati.. beli je lah!!. On the way sebelum sampai Kijal, kitorang singgah rumah abang zahar di kemaman dan sampai kijal pukul 11.40 malam.. letak je kepala terus tidur... apapun, selamatlah sudah semuanya... Sham.. all the best to you!!













































Unconditional love

UNCONDITIONAL LOVE

( E mail forwarded by a friend)

A story is told about a soldier who was finally coming home after having fought in Vietnam. He called his parents from San Francisco.

"Mom and Dad, I'm coming home, but I've a favor to ask. I have a friend I'd like to bring home with me"

"Sure," they replied, "we'd love to meet him." "There's something you should know the son continued, "he was hurt pretty badly in the fighting. He stepped on a land mind and lost an arm and a leg. He has nowhere else to go, and I want him to come live with us."

"I'm sorry to hear that, son. Maybe we can help him find somewhere to live."
"No, Mom and Dad, I want him to live with us." "Son," said the father, "you don't know what you're asking. Someone with such a handicap would be a terrible burden on us. We have our own lives to live, and we can't let something like this interfere with our lives. I think you should just come home and forget about this guy. He'll find a way to live on his own."

At that point, the son hung up the phone. The parents heard nothing more from him. A few days later, however, they received a call from the San Francisco police.
Their son had died after falling from a building, they were told. The police believed it was suicide.

The grief-stricken parents flew to San Francisco and were taken to the city morgue to identify the body of their son. They recognized him, but to their horror they also discovered something they didn't know, their son had only one arm and one leg.

The parents in this story are like many of us. We find it easy to love those who are good-looking or fun to have around, but we don't like people who inconvenience us or make us feel uncomfortable. We would rather stay away from people who aren't as healthy, beautiful, or smart as we are. Thankfully, there's someone who won't treat us that way. Someone who loves us with an unconditional love that welcomes us into the forever family, regardless of how messed up we are.Tonight, before you tuck yourself in for the night, say a little prayer that God will give you the strength you need to accept people as they are, and to help us all be more understanding of those who are different from us!!!

There's a miracle called Friendship that dwells in the heart. You don't know how it happens or when it gets started But you know the special lift. It always brings and you realize that Friendship Is God's most precious gift!
Friends are a very rare jewel, indeed. They make you smile and encourage you to succeed. They lend an ear, they share a word of praise, and they always want to open their hearts to us.

Have a nice sunday!!

Have a nice sunday!! Agenda hari ni mengemas pejabat!

Interview

Tadi jojie dapat surat interview daripada KUSTem.. kelam kabut jugaklah dia nak susun portfolionya balik... so makcik lepak kat bilik dia dengan yati sambil usik-usik dia.. kebetulan pulak dia tanya.." kau rasa-rasa aku dapat tak kerja kat KUSTEM? " Dengan selamba badaknya makcik cakap " aku doa kau tak dapat.. aku nak sebut 40 kali kau tak dapat!!" Si yati manyambung " Engkau nak buat apa kat sana? duduk jelah kat sini temankan aku nih!!" Cakap je macam tu.. tapi dalam hati makcik tetap mendoakan yang terbaik buat dia.. sebagai kawan rapat, memang berat nak lepaskan dia coz she's my close friend.. kongsi masa senang dan tempat mengadu masa susah..
Bila dia dok sibuk cakap pasal interview ni bimbang kalau kena buat presentation kat depan makcik ingat my experience before i got my job now... It was ten years ago.. masa tu makcik tengah cuti.. one day i've got an interview letter from ...... The letter really made me so panic.. apa taknya.. i have to be at Shah Alam at 8.30 in the morning and i have to prepare a short presentation that relates with the job i applied for!!! Haru!! Kacau!! makcik kat terengganu.. i've never been to Shah Alam before.. i'm not prepared!! tak da orang dapat hantar ke sana.. masalahnya tiket belum beli, baju belum kemas.. dan yangpaling penting sekali nak cakap apa??

I said to my mum, " tak nak pegilah mak, tak pernah sampai kat Shah alam.. Risau kalau tak sampai kat sana"

Then my mum said to me " Pergi je lah, tawakal!! mana tau rezeki saat akhir!!" makcik tau dia berat nak lepaskan makcik pergi sebab sebelum ni mana pernah dia nak bagi makcik pergi jauh.. !!

Luckily dapat beli tiket ke KL. Masalah besar pulak nak cakap apa depan interviewer nanti? Then i called my former lecturer Dr Shah asking for his opinion..( Until now, i still remember him coz he helped a lot) .

" Ala Hasmida... you just talk about tourism industry like what i've did in my research paper" 'Mak aii"" his research was complicated. How am i going to prepare and practised because i'm running out of time.." Transparensi dan OHP pen pun tak tau mana dah makcik baling.. maklumlah dah abis belajar.. Luckily, dah puas geledah jumpalah sekeping transparensi dan sebatang pen OHP yang berwarna cokelat.. apalagi .. semua point makcik sumbat dalam 1 keping transparensi..

Malam tu berlepaslah makcik ke KL dengan seribu satu rasa kebimbangan.. sampai KL lebih kurang pukul 5.30 pagi kat hentian Putra.. makcik tak tau nak ke hentian bas Klang untuk ke shah alam.. Tawakal je pada Tuhan minta orang tunjukkan jalan. on the way ke bus Stand Kelang.. suddenly makcik terjumpa senior makcik kat KUSZA dulu yang kebetulan nak ke tempat kerja.. sampai aje kat hentian bas kelang bas ke Shah Alam dah ada.. makcik sampai ke Hotel UiTM Shah alam tepat jam 8.30 pagi.. Tak sempatlah nak tukar baju, apatah lagi nak mandi.. hehe.. makcik cuma sempat basuh muka je!! Sampai kat bilik interview, makcik lihat orang dah ramai.. masing-masing bergaya... kalu yang perempuan pakai sedondon .. memang cukup ranggi siap handbag ala mak datin... sedangkan makcik tak mandi pun, pakai baju malam semalam,handbag makcik punyalah besar ( beg isi baju tu lah) . Diaorang memang tak pandang makcik.. Whateverlah!! tak kisahpun.. ada sorang dua yang friendly tegur makcik.. yang lain tu buat tak pandang je.. sampai giliran makcik... Waktu tu, Tuhan je yang tahu..!! macam -macam rasa.. masuk je dalam bilik interview, ada lima orang panel yang ala-ala mak datin.. nampak arrogant je.. langsung tak senyum pun kat makcik.. makcik dah mula cuak dan rasa nak lari terus je.. tapi bila mengenangkan makcik dah datang dari jauh.. makcik tunggu jugak..

salah seorang dari panel tu bersuara" ok!! you may start your presentation now"

Makcik : " Thank you, assalamualaikum wbt, before i start my presentation i would like to apologize if there is any weakness on my presentation..bla.. bla..bla.. i've just received the interview letter yesterday afternoon"

Suddenly one of the panel said to me " Orang lain pun dapat lambat jugak!!" aiyyo!! if you're in my shoes at that moment.. for sure you can understand my feeling at that time... Cuak gilalah.. Tapi, apa yang makcik buat hanyalah sengih kosong kat diaorang and just proceed with my presentation.. Lama jugaklah kena buat presentation kat depan, about ten minutes.. After that they interviewed me with lots of questions!! makcik belasah je jawab.. Then they asked me to wait outside the room about a few minutes before they called me back.. Bila melangkah keluar, i felt like i couldn't get the job... Then it's ok kalau tak dapat, at least i have tried.. tak lama kemudian , they called me before they called the other interviewee.. and i could still remember the words "" hasmida, tahniah!! awak lulus interview ni.. esok datang ya untuk interview kedua kat........." Masa tu rasa macam nak terbang, nak tergolek .. semuanya ada.. Makcik sengih sampai ke telinga.. Bila nak keluar untuk ambik handbag yang besar tu... candidates yang lain termasuk yang rasa diri tu bagus sangat sibuk tanya .. " dapat ke ? Dapat ke?" Makcik dengan penuh confiidentnya jawab " saya dapat, saya dapat' sambil tinggalkan diorang terganga dengan beg besar makcik.. Esoknya untuk second interview, diorang cuma sembang je.. tak stress seperti semalam.. apapun, makcik tidak terlalu berharap akan dapat..

2 bulan kemudian , makcik dapat surat... "i've got the job!! kat Melaka.." Happynya.. now here i am, bukan melaka.. tapi kat terengganu... dan makcik percaya pada rezeki saat akhir... Apapun.. sampai sekarang masih segar ingatan makcik pada kenangan pergi interview tak mandi pagi...

Exam dah berakhir!!

Exam dah berakhir!! Student UiTM dan sesetengah U lain dah balik bercuti.. pastinya diorang berdebar tunggu result.. Masa baru dan sedang exam, macam-macamlah yang berlaku... ada je yang sakit jiwa.. histerialah.. . Normal lah tuh!! Study last minute ni bukan senang.. it's not easy to be a superman where u can scan everything inside the book and and then throw it on the answer sheet exactly like what inside the book... During exam season ni.. macam-macam gayalah budak study.. ada yang study berdua dengan pak we.. tapi at last study benda lain.. ada yang study group mula-mula eloklah.. pastu citer benda lain.. ada yang jadi penunggu library dan ada yang berkhalwat sorang-sorang kat classroom.

Zaman makcik exam dah berakhir... tapi makcik masih ingat time makcik exam sewaktu di KUSZA dulu.. Bila exam semakin hampir .. semua orang pun dah mula start study.. makcik pun tak ketinggalan sama, tapi makcik memang tak boleh study kat bilik.. hatiku memang tak tahan godaan katil yang melambai-lambai.. so.. memang time exam i will not be around the hostel.. memang member dah maklum sangat makcik takkan ada kat bilik.. Diaorang akan tau makcik ada bila dengar suara makcik yang satu level boleh dengar.. Kat library pun makcik kurang jugak sebab i'm an 'observer" dan kuat kacau orang.. sometimes dengarlah member marah..
" Cemi!!! go away!!!" .. Jadi the best place for me to study is in the classroom... the problem is that kalau lambat sikit, all the rooms are fully occupied.. dan bebudak ni tamak... nak conquer kelas tu.. makcik ni sometimes lambat.. dan biasalah muka-muka nakal ni.. everytime after tamat kelas petang, makcik dan geng pakat panjat meja untuk ambil starter lampu kalimantang dalam kelas tu.. so makcik boleh datang pukul berapa makcik nak sebab orang tak kan study dalam kelas yang gelap tu.. bila sampai je dalam kelas, sorang akan jadi tukang pegang torchlight dan makcik akan tukang pasang starter tu balik.. hehe!! Until now, makcik memang expert bab tukar starter dan lampu..

Bila masuk UUM, habit yang sama jugak dibawak.. cuma tak perlu lagi ambik starter bawak balik bilik.. sebab kelas terlalu banyak jadi boleh pilih mana satu yang berkenan kat hati.. apapun.. universities and exam had taught me a lot to be a survivor...

Unexpected story

A few days ago makcik pergi JB sebab nak ambil saudara makcik yang baru balik dari Indonesia. We moved from my mum's house about 2.30 early in the morning.. on the way, we dropped by a restaurant at Kemaman to have a breakfast. Is it really a breakfast or supper?? Whateverlah... the most important is that perut dah lapar.. tak kiralah sahur ke breakfast ke.. masuk je restoran tu, ramai jugaklah rupanya yang lapar dengan pelbagai aksi dan gaya.. Masa tunggu makanan sampai we watch TV.. Belakang makcik duduk adalah sekumpulan bebudak muda yang tengah dok sembang.. kalau anak makcik, dah lama tengah orang ramai tu mak cik rotan.. pukul 2.30 pagi tak reti nak balik rumah lagi..

Tengah syok tengok tv sambil tunggu makanan sampai.. suddenly something happened.. not to me but to the boys who sat behind me and it happened so fast even i did not realized about it until i heard a noise behind me.. Tengah bebudak tu sembang tetiba je polis yang berbaju biasa datang, gari dua orang budak yang duduk kat situ dan terus bawa masuk dalam kereta meninggalkan yang lain terkebil-kebil dan ternganga sebab terkejut.. makcik just perasan budak tu digari dan dibawa pergi ... cepatnya ia berlaku sampai ada yang tak perasan pun..

Makcik ingat kes dadah.. rupanya kes lumba haram.. Whateverlah!! tapi tokeh kedai tu merungutlah... " Bengong sungguhlah!! Nak tangkap pun suruhlah dia bayar dulu.." . Makan percumalah mamat dua orang tu sebab tak ada orang kat situ yang nak bayar untuk mamat-mamat tu. Patutnya angkut je bebudak tu semua sekaligus..

Temu jodoh



Agaknya semua orang yang tinggal kat desa ni semuanya tak ada yang tak kawin yek!.. Sesiapa yang pergi Johor lalu ikut jalan Segamat pasti akan jumpa kampung ni..

Bandrek susu ada di sini!!


Strange name,right? Sepelik rasanya!! RM 2.00 secawan.I've found this weird drink on my way to Johor bahru a couple of days ago.. accidentally saw the menu when my cik abang dropped by the restaurant to buy cigarette.. " Why not we try the drink? So.. gatailah pi order minuman tu.. Bila minum je air tu.. Aiyakks!! the taste is so weird and terrible!! I even cannot describe the taste.. Bagai nak terbakar tekak sebab air tu panas pelik dan pedas!! 3 kali teguk yang sikit-sikit je dan terus we left it!!.. i think if i finished it up, confirm after that i will throw out everything sebab terkejut kepanasan.. Jamu sebenarnya air dan datang dari Indonesia tu untuk sejukkan badan... tapi menderitalah dulu bila minum air tu.. sebelum badan jadi sejuk.. I wonder how they can stand drinking that strange drink!! whateverlah!!

Konvokesyen tadika Naim



























Pada 17 hb November yang lalu, Tadika tempat naim study buat majlis konvokesyen di residence Inn Resort, Paka. Actually we all malas nak pegi sebab penat belum hilang lagi sebab baru sampai dari Johor Bharu.. pegi dan balik on the same day, mau tak gila penatnya.. memandangkan naim ada ambil bahagian dalam nasyid, choral speaking dan pakaian beragam maka we all pergi jugak.. sampai kat Residence Inn lebih kurang pukul 9.40 am.... majlis baru nak mula.Supposedly start pukul 9..30 ... as usual la majlis budak-budak.. bila masuk dalam dewan je tengok dah ramai mak bapak dan anak dengan pelbagai aksi dan gaya.. When i looked at the program's list .. there are three speeches lined up for today.. and makcik with other mak bapak stoned to death dengar ucapan memasing..but i don't really understand why those speaker cakap macam syok sendiri without considering the audience.. The first speaker is the owner of the kindergarten... as usual.. one of her topics was asking all parents to promote the kindergarten to others.. The second speaker is the parent's representative... for sure he won't straight away saying bad things about the school.. semuanya puji melambung je.. but actually sekolah tu ok aje.. Yang tak tahan tu was the VIP yang merasmikan majlis tu.. Ya Allah!! i can't remember his name just he was somebody from pejabat pelajaran Daerah.. He don't know his limit and nobody asked him to stop.. Why he can't keep his speech short and sweet? punyalah panjang cerita.. confirm pasal angkasawan tu wajib.. and then cerita pasal jenayah kanak-kanak (it's ok tapi janganlah nak cerita satu persatu coz everybody knew already about it) Some parents dah mula gelisah dan menunjukkan muka boring .. tapi si mamat tu bercakap terus... Bebudak apatah lagi ada dah buat kuak kupu-kupu atas karpet, berlarian-larian ala superman .. makcik rasa nak bangun dan baling je kasut makcik kat speaker tu.. penat weh!! Bila dia menyebut akhirkata. semua orang tarik nafas lega..
After the speeches, terpaksalah tunggu naim buat persembahan.. menyanyi nasyid.. he sat at the back dan kena buat gaya ala-ala tampi beras.. hehe !! kesian pulak tengok dia tenggelam di hujung.. After that ada sessi cabutan bertuah.. and i already knew that i could only get the number but not the hamper.. hehe!! And i was right.. after that is choral speaking.. lagu anak rusa nani and good morning to you.. once again he has to stand at the back.. dah lah kecik.. semakin ke belakang dan tenggelam pulak dengan kawan dia sorang lagi.. and we have to wait until pertunjukan pakaian beragam... naim jadi king.. Just for the pakaian beragam tu terpaksa beli kasut hitam, kemeja, seluar slack, kot dan tie.. sampai ke JB mak cik cari kot atau vest utk naim tapi tak de.. tie plak pinjam bapaknya punya.. i thought he was alone as a king..but i was wrong.. ada queenlah!! macam pengantin lagi!! kat atas pentas naim gaduh dengan queennya.. hehe!! Don't know why!! but.. dengarlah cikgu nya cakap.. " gaduh ke tu?" The program was ok except for the emcee.!! .. Berterabur sekali.. dan nampak sangat tak prepare langsung.. Kitorang tak tunggu sampai program habis.. sebaik saja naim habis buat show.. kitorang pun angkat kaki dan blah.. sebab penat sangat!! but Naim was so excited..
Actually it's really good to organize such activities cause it can develop the student's softskill.. makcik tengok bebudak ni luar biasa confidentnya.. sangat berani!! Kalau masa zaman makcik dulu.. confirm makcik mesti pengsan dulu..he.. he!! Makcik tak ingat mak cik buat apa masa tadika dulu.. cuma yang makcik ingat the graduation day makcik ambik gambar dengan memakai jubah merah.. hehe!! Naim tak graduate lagi.. ada lagi satu tahun.. so.. inilah gambar-gambar naim masa majlis tersebut!!