sehari sebelum itu..

Sehari sebelum hari ulangtahun kelahiran aku adalah hari kenduri perkahwinan adik ipar aku.
Bertunang tak lama..
Sebulan lebih je..
Cukup lah untuk buat persiapan..
Macam aku jugak dulu..
Masa zaman bujang dulu..
Sebulan je bertunang..
Terus kahwin..
Nampak sangat macam ada unsur-unsur mengenyam kat situ kan..
Macam tak menyempat-nyempat nak kawin la pulak..
hikhik
Tapi sebenarnya tak elok tunang lama-lama ni...
Darah manis kan orang bertunang ni..
Banyak ujian..
Mas kawin adik ipar aku lapan ribu hingget..
Angkat semua sekaligus...
Whaaaoooooooooowww!!!
kelasss gituuu..
Terlopong aku sekejap..
dicampur dengan rantai tangan untuk majlis batal air sembahyang lepas akad nikah..
Menikahnya dimasjid..

Pada awalnya ,aku rancang nak jadik khadam basuh pinggan dan kat dapur je..
Atau khadam pembersihan..
Tapi sebagai anak menantu perempuan yang tua..
Mak mertua aku awal lagi da request aku sediakan lauk pengantin..
Katanya dalam fikiran dia memang dah cadang nak suruh aku buat lauk pengantin..
 Haishh....
Berat jugak nak melaksanakannya..
Namun aku cuba juga penuhi permintaan mertua..
Tak sampai hati nak mengecewakan dia..
Perancangan pun dibuat ..
BArang masak dan hiasan aku dan tebby sponsor..
Pagi tu bertungkus lumuslah aku..
Menu utama ..ikan sweet sour, udang goreng berempah, dan telur puyuh..
Pemanis mulut pulak puding dan buah-buahan..
Bila dah mula masuk dapur ni..
aku telah terlepas untuk hadir ke majlis nikah adik ipar aku..
dan baru aku perasan..
sekeping pun tak ada gambar aku sekeluarga dengan pengantin..
Sebab aku, anak-anak dan tebby sibuk jadi khadam kat bawah..
Naim dan amin bahagian kutip pinggan dan cawan serta tukang basuh..
Syahdu pulak aku tengok dia dua beradik bertungkus lumus buat kerja..

Namun begitu aku puas hati..
Tema dan lauk pengantin yang aku rancang menjadi..
Pengantin dan yang paling penting sekali tebby a.k.a quality controller kata sedap, hiasan yang aku usahakan menjadi..
dan mertua aku happy..
Selepas ini mungkin aku takkan jadi tukang masak lauk pengantin..
Kecuali ada permintaan..
Itupun dari adik beradik aku aje..
so..
Inilah hasilnya..
Kenangan usaha aku sehari sebelum hari ulangtahun aku..
dibuat dengan penuh keikhlasan dan kasihsayang...
Sebagai hadiah hari perkahwinannya
:-)
 Aku doakan adik iparku berbahagia ..
kekal hingga ke akhir hayat..

So.. let the pictures do the talking...