Menghitung hari...
Hatiku dikocok-kocok...
fikiran tidak menentu...
Haa..
Jangan fikir bukan-bukan tau.
Bukan apa sayang....
tak lama lagi nak final exam..
Bila final tu maksudnya..
Semakin hampirlah waktu aku berpindah sepenuh masa ke tempat kerja baru..
Sebenar-benarnya aku telah dipindahkan ke tempat baru bermula Jun yang lalu..
Tapi disebabkan kuliah sudahpun bermula..
Tak mungkin Ajk jadual nak merombak jadual secara besar-besaran.
Lalu aku berkhidmat di dua tempat kerja..
Bila bermula semester baru barulah aku bekerja sepenuh masa di sana.
seronok??
Sejujurnya aku tak seronok langsung..
Tempatnya sunyi...
Bukan tak ada orang..
Tapi teman sekerja jenis yang duduk dalam bilik je..
Makan pun agak terhad di tempat baru ni..
Ada kafe dalam kampus..
TApi aku tak sanggup nak berebut dengan pelajar sebab kafe tu di kawasan hostel pelajar.
Jadi waktu-waktu aku bekerja di tempat baru ni aku akan explore tempat makan yang agak terhad..
Setakat ni aku dah jumpa dua kedai makan yang menepati selera aku.
Sedihnya..
Sedih nak lepaskan pejabat aku sekarang ..
Yang dah bertahun-tahun aku duduki..
Dengan seribu satu kenangan..
aku tak kemas pun lagi barang nak pindah..
Banyak juga nak diangkut..
Maklumlah bukan setahun dua aku disitu..
Bila ditempat baru ni..
aku rasa seperti kawan aku sikit sangat..
TAk seperti ditempat kerja yang lama..
Sekurang-kurangnya boleh juga makan beramai-ramai ditempat lama ..
Walau ada kalanya aku makan seorang diri..
Tapi ditempat baru..
Sekarang ni aku makan sorang-sorang je..
Dan nampak gayanya sampai pencen lah aku makan sorang-sorang..
WAlau tebby pun kerja berhampiran..
Mulai tahun depan..
Kalau ikut perancangannya..
Aku akan pergi kerja sekali dengan mytebby..
First day tu bawak dua kereta ke tempat kerja..
pastu tinggal kat sekolah tebby..
hari berikutnya pergi kerja pagi tu dengan tebby..
Pastu ambik kereta yang ditinggalkan kat sekolah tebby tu...
Hari Khamis baru balik dua kereta..
Tapi itupun tengok keadaan...
Iaitu jadual waktu kerja aku..
Kalau ada kelas sampai pukul 6 petang..
Nampak gayanya balik asing dan pergi asing lah..
Sebab tebby takkan sanggup tunggu aku abes kerja pukul 6 untuk balik sama-sama..
Sedangkan dia sebelum petang pun dah tamat kerja..
Itu baru perancangan...
Tak taulah perlaksanaannya nanti macamana..
Rasanya aku terpaksa juga belajar juga memandu dan bawak budak jahat tu..
Sebab semester baru dan kelas akan bermula dalam musim tengkujuh..
Dan aku dah dimaklumkan banyak tempat akan banjir dalam tempoh itu..
Si cukai aku tu pasti tak lepas..
Tapi tebby kata..
Aku tak mampu bawak budak jahat..
Budak jahat tu liar sikit..
Dia bimbang aku tak mampu kawal..
Budak jahat tu kalau tak tekan minyak pun dia mampu berjalan sendiri..
Walaupun kereta manual..
Well...
Practice makes perfect...!!
Cuma yang paling aku sakit hati..
Time tempat kerja semakin jauh tu lah..
Minyak naik harga.....
Tima kasih banyok-banyokla bang najib..
Sesuailah dengan slogan rakyat didulukan..