Tiada kek harijadi..
Tiada majlis jamuan sambutan hari ulang tahun..
Hanyalah ucapan selamat dari rakan-rakan rapat,
tebby..
dan ucapan hari lahir yang tak putus kat laman muka buku..
Hari lahir ku disambut dengan membasuh periuk belanga dan kuali besar di rumah mertua..
Sebab sehari sebelum itu majlis perkahwinan adik ipar aku..
Jadi keesokan harinya banyak lagi yang perlu dibereskan..
Walaupun pada malam itu pengantin baru sudah didera
Diorang kena basuh pinggan mangkuk..
Tengahari tu pulak majlis menyambut menantu kat rumah besan mertua..
TAk ada yang menarik tentang majlis itu yang perlu aku kongsikan..
Melaenkan perangai aku bila menghantar pengantin ke rumah pasangannya..
aku tak pernah naik ke atas rumah..
Aku terus tuju ke meja makan..
Dan antara insan yang terawal makan..
Orang sibuk bergambar dengan pengantin kat atas rumah..
Aku laki bini sibuk mengunyah makanan..
Petang tu masa dalam perjalanan balik rumah ,
tebby ajak singgah di giant..
Dia bawak aku pergi ke kedai jual minyak wangi..
Katanya aku boleh pilih mana-mana minyak wangi yang aku nak..
Satu jer..
Dia belanja..
Sempena hari jadi aku..
Hmm..
Minyak wangi lagi..
Koleksi minyak wangi isterimu ni udah banyak..
Bersusun-susun atas almeri solek..
Tapi aku pilih juga la..
DAh orang nak belanja kan..
Orang kata rejeki jangan ditolak..
Aku ni kan..
kalau boleh nak hadiah laen..
Aci tak kalau tahun depan aku nak kereta Supo Rima tu..
hikhik...
Nampak benar ada unsur mengada-ngada di situ..
Nampaknya angan-angan je lah..
Supo rima ke, Supo Gajah ke memang tak termampu nak beli..
Kalau ada duit pun..
Rasanya banyak lagi komitmen yang duk bermain dalam kepala aku..
Apapun..
Aku berdoa..
Agar aku dipanjangkan umur,
Dimurahkan rezeki..
Sihat tubuh badan..
Dan tak menyusahkan orang laen..