Pada suatu hari yang tenang..
Di dalam kereta..
Dalam perjalanan pergi ke rumah mak..
Tiba-tiba tebby bertanyakan soalan..
Tak lama dia akan sampai tempoh matang untuk jadi pengetua...
Patutkah dia pergi kursus yang membolehkan dia jadi pengetua?
Aku tak kata ya atau tidak..
tapi aku tanyakan beberapa soalan yang memberikan jawapan kepada pertanyaannya..
" Rasa-rasa nak ke kerja from 8 to 5? Masa cikgu-cikgu cuti dia terpaksa datang pejabat? Sekarang seronok balik awal dari sekolah.. dan banyak masa untuk buat kerja laen dan layan si budak jahat yang banyak kerenah tu.."
Soalan berikutnya..
" Rasa-rasa boleh dan sanggup tak control semua staff, cikgu dan murid yang pelbagai jenis ragam.. Jadi PK sekarang pun dah sakit kepala kena pikir dan layan kerenah cikgu dan pelajar.. Tanggungjawab pengetua lebih berat.. bukan senang.. kalau tak sanggup baik tak payah.."
Dan soalan terakhir...
" Ya.. pengetua boleh delegate kerja pada cikgu... Soalannya.. boleh letakkan kepercayaan kepada anak buah untuk buat kerja ke? Kalau jenis tak percaya orang laen dan tak pandai nak delegate.. baik tak payah..Nanti merana badan dan stress sendiri"
fikirkan... kalau jawapan untuk tiga jawapan tu adalah positif.. so proceed... if not... dok soh nebeng nok wat sakit pale...
Aku bukan tak galakkan.. bukan tak suka... tapi jawatan tu tanggungjawab yang sangat berat... bukan sebab duit.. Bagi aku, baik jangan kejar sangat dan mabuk jawatan pengetua kalau tak mampu nak pikul tanggungjawab tu.. Jangan nanti sebab ketidakmampuan kita prestasi sekolah jatuh..
Dan rasanya tebby sudah ada jawapan dan membuat kesimpulan dari semua soalan itu.....