Cerita apa pulak kali ni sayang?
Owh cerita kali ni bertemakan anak di asrama..
Anak aku yang sulung tu kan tinggal di asrama..
Dalam aku tak nak anak aku tinggal di asrama pun..
Dia tetap tinggal juga di asrama..
Siapalah aku nak mengubah apa yang Allah dah tentukan..
Cuma aku hairan lah..
Anak orang laen bertahun-tahun tinggal kat asrama tak ada apa-apa pun..
Anak aku pulak bermacam masalah..
Hari tu kena tahan kat wad sakit berkaitan buah pinggang..
Kali ni kudis yang mata tak nampak pulak...
Bila dia balik asrama baru ni..
Dia asyik tergaru-garu..
aku tengok pun naik serabut..
Tebby dah cuak ..
sebab dia pun macam rasa gatal-gatal juga kat badan dia..
Bimbang dia dijangkiti sama..
semasa dalam perjalanan balik dari asrama tu..
Ayahnya membawa anaknya pergi mengadap doktor ke klinik..
Hrmm.. memang sah dia kena jangkitan kudis tak nampak tu..
Lagi lah bertambah cuak ayahnya..
Bila balik rumah ayahnya mula la memberi arahan itu dan ini..
Baju Amin kena direbus..
Lalu dia berusaha membaiki menampal periuk besar yang bocor kat rumah dan memasak baju anaknya..
Sebab aku tak sempat nak melakukannya ..
Baju Amin tak leh campur dengan baju laen..
Amin mandi kena pakai ubat yang doktor bagi..
Dia cari sabun antiseptik untuk basuh baju Amin
Dia khaskan satu sofa khas untuk Amin duduk..
Maksudnya..
Amin tak boleh sesuka hati duduk dimana-mana sofa yang dia suka..
DAn orang lain tak boleh duduk atas sofa itu juga..
Sampai dia susahati juga nak bawak anaknya berjimba kat kuantan..
Kesian anak aku tu..
Tebby ni pungg...
Treat anak macam anak tu ada hiv pulak..
Tapi pada satu malam tu masa aku dan tebby sibuk melihat dia menyapu ubat sambil bertanyakan soalan macamana dia boleh dapat sakit tu..
Tetiba Amin menangis..
Aiyark...!!
Anak aku menangiss!!
Dia lelaki dan sudahpun berumur 15 tahun..
Boleh menangis..
Aku terkesima sekejap..
Dia cakap ramai kawan dia kena...
Dia tak nak dah tinggal di asrama..
Dia nak tinggal di rumah..
Tapi hakikatnya..
dia terpaksa juga tinggal di asrama..
Sebab peperiksaan dah dekat,..
Tapi kitaorang dah janji dengan Amin..
Sebaik sahaja dia abes periksa..
Kitorang akan keluarkan dia dari asrama terus..
Sekarang ni dia dah tak gatal-gatal lagi..
Setelah semua usaha dibuat untuk memastikan dia sembuh..
TErmasuklah merendamnya di tepi pantai..
Habis semua orang tebby ajak pegi berendam tepi pantai...
Termasuklah kawan naim yang kebetulan datang bertandang ke rumah..
Kecuali aku..
Sebab malas..
Tak suka pasir pantai banyak bertabur-tabur kat rumah..
Lagipun kerja aku lagi banyak nak kena buat..
Dan bila anak kena sakit macam ni...
BAru lah aku tau..
SAlah satu cara nak ubat sakit ni..
Berendam dan gonyohla kudis tu dalam air laut...