Ehh.. kata sibuk..
Tapi sempat lagi hapdet blog ya..
Nak wat macamana..
I need a break..
Berkematu kepala otak aku
membaca hasil kerja budak-budak ni yang seperti melepaskan batuk di tangga je..
Kali ni temanya airmata pulak...
Macam syahdu je bunyinya..
Baru-baru ni aku jadi panel pembentang untuk projek pelajar..
Aku jadi panel untuk anak murid orang laen..
Banyak kumpulan jugak yang terlibat..
Seronok jugak melihat gelagat diorang ni..
Ada yang bersedia dan begitu yakin..
Walaupun salah..
Ada yang buat sekadar buat..
Asal ada..
Ada juga muka yang menumpang kawan-kawan je..
Ada budak yang terang-terangan salah..
tapi nak cakap dia betul jugak...
Last sekali kena laser ultraman mabius...
Dalam banyak-banyak kumpulan ni,
adalah satu kumpulan yang tajuknya menarik..
Tapi banyak yang tak betul..
Jadi aku bertanya satu dari banyak-banyak hasilnya yang tak betul..
Sebabnya QnA session 5 minit je..
Setiap kali aku tanya..
Jawapan yang diberi lagi salah..
Bila aku tanya lagi...
Jawapannya pun tak betul juga..
Aku musykil..
Lalu aku bertanya lagi..
di tengah kekalutan salah seorang ahli kumpulan tu menjawab soalan..
Tetiba ada seorang budak perempuan dalam kumpulan tu mengalirkan air mata..
Laju mengalir di pipinya yang comel..
Buat aku terkesima seketika..
aku marahkah??
Rasanya tidak..
aku cuma betanyakan soalan dan tegur part yang salah tu..
Sebelum dia menangis tu dia nak jawab soalan tu..
Nak defend kawan dia lah kononnya..
Tapi aku tak bagi...
aku nak orang yang aku tanya tu jugak jawab..
Agaknya dia tensyen kot..
Mungkin kawan dia ni tak buat kerja sebelum ni..
Jadi ikut rasa je menjawab..
Tu yang berterabur menjawab soalan aku..
Serius aku tak marah..
Mungkin suara aku yang agak besar dan kedengaran seperti tegas..
Dia takut dan stress..
lalu menangis...
Janganlah risau dik..
tujuan aku tu cuma nak betulkan mana yang tak betul..
Tak beri kesan sangat pada markah pembentangan yang diberi ..
Dia tak tau yang aku ni baik hati... hehehe
Terdengar juga gossip dari anak murid aku..
Budak perempuan itu bercerita yang kumpulan dia kena marah..
Merujuk aku lah tu...
Nasib baik anak murid aku yang sangat mengenali aku membetulkan keadaan..
Katanya aku tak marah..
cuma aku rasakan...
Lepas ni,,
Mungkin aku tersenarai antara panel yang digeruni ..
Dan pasti budak-budak tu berdoa..
Bukan aku yang jadi panel diorang..
Bila diaorang buat pembentangan kelak...
haha..
Tak mengapa..
Biarlah begitu...
Dan selamanya begitu..
Bila sibuk je sakit..bila sakit je sibuk
Bersin tak henti-henti..
Air di hidung adakalanya deras mengalir macam air terjun..
Sesekali rasa ketat dalam hidung ni..
Adakalanya ketat sebelah kanan
Pastu ketat sebelah kiri..
Nak bernafas susah...
Kena tarik keluar nafas ikut mulut pulak..
Sebab oksigen tak lepas semuanya masuk ikut hidung..
Rimasnya..
RAsa nak demam pun ada...
Batuk pun ada..
Dalam dada rasa panas..
Rasa nak semput..
Rasa tak larat..
RAsa malas..
Hidung pun dah merah..
sebab kena tonyoh....
Biasanya aku malas nak peduli..
Dan tak kisah pun akan kewujudan tisu..
Dua tiga hari ni kemana-mana pun bawa tisu..
Stressnya aku rasa..
Sebab bila waktu sibuk dah hampir ke kemuncaknya..
Semuanya ini datang menjengah...
DAn menyapa aku..
Menyebabkan produktiviti sedikit terencat...
Cuma aku pelik time sakit macam ni..
Selera tak ada..
Tapi makan laju juga..
Siap mengidam lagi..
Rasa nak makan popcorn kat panggungwayang di TokMatCAid tu meluap-luap..
Haisshh..
Macam mengandung pulak...
Aku berdoa moga sakit ni tak berlarutan..
Sebab dalam tempoh kemuncak ni lah..
Nak kena siapkan markah penilaian berterusan
Nak kena jaga exam..
Marking ..
Dan pack barang untuk pindah.
Moga semuanya lancar... aminnn

Pergi ke tak? jadi ke tak?
Pada suatu hari yang tenang..
Di dalam kereta..
Dalam perjalanan pergi ke rumah mak..
Tiba-tiba tebby bertanyakan soalan..
Tak lama dia akan sampai tempoh matang untuk jadi pengetua...
Patutkah dia pergi kursus yang membolehkan dia jadi pengetua?
Aku tak kata ya atau tidak..
tapi aku tanyakan beberapa soalan yang memberikan jawapan kepada pertanyaannya..
" Rasa-rasa nak ke kerja from 8 to 5? Masa cikgu-cikgu cuti dia terpaksa datang pejabat? Sekarang seronok balik awal dari sekolah.. dan banyak masa untuk buat kerja laen dan layan si budak jahat yang banyak kerenah tu.."
Soalan berikutnya..
" Rasa-rasa boleh dan sanggup tak control semua staff, cikgu dan murid yang pelbagai jenis ragam.. Jadi PK sekarang pun dah sakit kepala kena pikir dan layan kerenah cikgu dan pelajar.. Tanggungjawab pengetua lebih berat.. bukan senang.. kalau tak sanggup baik tak payah.."
Dan soalan terakhir...
" Ya.. pengetua boleh delegate kerja pada cikgu... Soalannya.. boleh letakkan kepercayaan kepada anak buah untuk buat kerja ke? Kalau jenis tak percaya orang laen dan tak pandai nak delegate.. baik tak payah..Nanti merana badan dan stress sendiri"
fikirkan... kalau jawapan untuk tiga jawapan tu adalah positif.. so proceed... if not... dok soh nebeng nok wat sakit pale...
Aku bukan tak galakkan.. bukan tak suka... tapi jawatan tu tanggungjawab yang sangat berat... bukan sebab duit.. Bagi aku, baik jangan kejar sangat dan mabuk jawatan pengetua kalau tak mampu nak pikul tanggungjawab tu.. Jangan nanti sebab ketidakmampuan kita prestasi sekolah jatuh..
Dan rasanya tebby sudah ada jawapan dan membuat kesimpulan dari semua soalan itu.....
Berpindah jua
Menghitung hari...
Hatiku dikocok-kocok...
fikiran tidak menentu...
Haa..
Jangan fikir bukan-bukan tau.
Bukan apa sayang....
tak lama lagi nak final exam..
Bila final tu maksudnya..
Semakin hampirlah waktu aku berpindah sepenuh masa ke tempat kerja baru..
Sebenar-benarnya aku telah dipindahkan ke tempat baru bermula Jun yang lalu..
Tapi disebabkan kuliah sudahpun bermula..
Tak mungkin Ajk jadual nak merombak jadual secara besar-besaran.
Lalu aku berkhidmat di dua tempat kerja..
Bila bermula semester baru barulah aku bekerja sepenuh masa di sana.
seronok??
Sejujurnya aku tak seronok langsung..
Tempatnya sunyi...
Bukan tak ada orang..
Tapi teman sekerja jenis yang duduk dalam bilik je..
Makan pun agak terhad di tempat baru ni..
Ada kafe dalam kampus..
TApi aku tak sanggup nak berebut dengan pelajar sebab kafe tu di kawasan hostel pelajar.
Jadi waktu-waktu aku bekerja di tempat baru ni aku akan explore tempat makan yang agak terhad..
Setakat ni aku dah jumpa dua kedai makan yang menepati selera aku.
Sedihnya..
Sedih nak lepaskan pejabat aku sekarang ..
Yang dah bertahun-tahun aku duduki..
Dengan seribu satu kenangan..
aku tak kemas pun lagi barang nak pindah..
Banyak juga nak diangkut..
Maklumlah bukan setahun dua aku disitu..
Bila ditempat baru ni..
aku rasa seperti kawan aku sikit sangat..
TAk seperti ditempat kerja yang lama..
Sekurang-kurangnya boleh juga makan beramai-ramai ditempat lama ..
Walau ada kalanya aku makan seorang diri..
Tapi ditempat baru..
Sekarang ni aku makan sorang-sorang je..
Dan nampak gayanya sampai pencen lah aku makan sorang-sorang..
WAlau tebby pun kerja berhampiran..
Mulai tahun depan..
Kalau ikut perancangannya..
Aku akan pergi kerja sekali dengan mytebby..
First day tu bawak dua kereta ke tempat kerja..
pastu tinggal kat sekolah tebby..
hari berikutnya pergi kerja pagi tu dengan tebby..
Pastu ambik kereta yang ditinggalkan kat sekolah tebby tu...
Hari Khamis baru balik dua kereta..
Tapi itupun tengok keadaan...
Iaitu jadual waktu kerja aku..
Kalau ada kelas sampai pukul 6 petang..
Nampak gayanya balik asing dan pergi asing lah..
Sebab tebby takkan sanggup tunggu aku abes kerja pukul 6 untuk balik sama-sama..
Sedangkan dia sebelum petang pun dah tamat kerja..
Itu baru perancangan...
Tak taulah perlaksanaannya nanti macamana..
Rasanya aku terpaksa juga belajar juga memandu dan bawak budak jahat tu..
Sebab semester baru dan kelas akan bermula dalam musim tengkujuh..
Dan aku dah dimaklumkan banyak tempat akan banjir dalam tempoh itu..
Si cukai aku tu pasti tak lepas..
Tapi tebby kata..
Aku tak mampu bawak budak jahat..
Budak jahat tu liar sikit..
Dia bimbang aku tak mampu kawal..
Budak jahat tu kalau tak tekan minyak pun dia mampu berjalan sendiri..
Walaupun kereta manual..
Well...
Practice makes perfect...!!
Cuma yang paling aku sakit hati..
Time tempat kerja semakin jauh tu lah..
Minyak naik harga.....
Tima kasih banyok-banyokla bang najib..
Sesuailah dengan slogan rakyat didulukan..

macamana boleh gatal
Cerita apa pulak kali ni sayang?
Owh cerita kali ni bertemakan anak di asrama..
Anak aku yang sulung tu kan tinggal di asrama..
Dalam aku tak nak anak aku tinggal di asrama pun..
Dia tetap tinggal juga di asrama..
Siapalah aku nak mengubah apa yang Allah dah tentukan..
Cuma aku hairan lah..
Anak orang laen bertahun-tahun tinggal kat asrama tak ada apa-apa pun..
Anak aku pulak bermacam masalah..
Hari tu kena tahan kat wad sakit berkaitan buah pinggang..
Kali ni kudis yang mata tak nampak pulak...
Bila dia balik asrama baru ni..
Dia asyik tergaru-garu..
aku tengok pun naik serabut..
Tebby dah cuak ..
sebab dia pun macam rasa gatal-gatal juga kat badan dia..
Bimbang dia dijangkiti sama..
semasa dalam perjalanan balik dari asrama tu..
Ayahnya membawa anaknya pergi mengadap doktor ke klinik..
Hrmm.. memang sah dia kena jangkitan kudis tak nampak tu..
Lagi lah bertambah cuak ayahnya..
Bila balik rumah ayahnya mula la memberi arahan itu dan ini..
Baju Amin kena direbus..
Lalu dia berusaha membaiki menampal periuk besar yang bocor kat rumah dan memasak baju anaknya..
Sebab aku tak sempat nak melakukannya ..
Baju Amin tak leh campur dengan baju laen..
Amin mandi kena pakai ubat yang doktor bagi..
Dia cari sabun antiseptik untuk basuh baju Amin
Dia khaskan satu sofa khas untuk Amin duduk..
Maksudnya..
Amin tak boleh sesuka hati duduk dimana-mana sofa yang dia suka..
DAn orang lain tak boleh duduk atas sofa itu juga..
Sampai dia susahati juga nak bawak anaknya berjimba kat kuantan..
Kesian anak aku tu..
Tebby ni pungg...
Treat anak macam anak tu ada hiv pulak..
Tapi pada satu malam tu masa aku dan tebby sibuk melihat dia menyapu ubat sambil bertanyakan soalan macamana dia boleh dapat sakit tu..
Tetiba Amin menangis..
Aiyark...!!
Anak aku menangiss!!
Dia lelaki dan sudahpun berumur 15 tahun..
Boleh menangis..
Aku terkesima sekejap..
Dia cakap ramai kawan dia kena...
Dia tak nak dah tinggal di asrama..
Dia nak tinggal di rumah..
Tapi hakikatnya..
dia terpaksa juga tinggal di asrama..
Sebab peperiksaan dah dekat,..
Tapi kitaorang dah janji dengan Amin..
Sebaik sahaja dia abes periksa..
Kitorang akan keluarkan dia dari asrama terus..
Sekarang ni dia dah tak gatal-gatal lagi..
Setelah semua usaha dibuat untuk memastikan dia sembuh..
TErmasuklah merendamnya di tepi pantai..
Habis semua orang tebby ajak pegi berendam tepi pantai...
Termasuklah kawan naim yang kebetulan datang bertandang ke rumah..
Kecuali aku..
Sebab malas..
Tak suka pasir pantai banyak bertabur-tabur kat rumah..
Lagipun kerja aku lagi banyak nak kena buat..
Dan bila anak kena sakit macam ni...
BAru lah aku tau..
SAlah satu cara nak ubat sakit ni..
Berendam dan gonyohla kudis tu dalam air laut...

sebagai penceramah
Sebelum raya puasa baru ini aku ada sebut yang
aku kena buat modul dan beri ceramah pada sekumpulan cikgu-cikgu sekolah
vokasionalkan.
cikgu-cikgu pulak dari kawasan kemaman dan dungun.
cikgu-cikgu pulak dari kawasan kemaman dan dungun.
Jadi selepas raya pada 26 Ogos adalah hari aku
kena beri ceramah..
Dalam kesibukan aku tu, aku memang tak sempat nak buat
slide untuk presentation..
Berdebar nya hati dan perasaan tu jangan
kiralah..
Kepada kawan-kawan aku yang telah member
ceramah kepada kumpulan cikgu ni aku tanyakan khabar cikgu-cikgu itu....
Sebab kena kenal sapa audiens aku..
Kawan aku kata jangan risau..
Cikgu-cikgu tu tak dengar dan beri perhatian
kat depan..
Diorang tu sibuk buat benda lain.
Diaorang ni datang ambik syarat je nak dapat sijil mengajar..
Diaorang ni datang ambik syarat je nak dapat sijil mengajar..
Diorang ni marah anak murid tak beri perhatian
bila mengajar..
Tapi diorang pun sama je dua kali lima macam
anak murid diorang..
Owh !! gitu ke?
Lagi lah aku cuak..
Mesti tensyen kalau kita cakap orang tak
dengarkan..
At last aku bertawakal saja lah pada Allah..
Esok nak beri ceramah, malam ni baru
terkial-kial nak buat slide..
Mulalah tidur tak cukup..
Seakan tingtong fikiran aku esoknya..
Waktu ceramah sepatutnya pukul 8.00 am..
Tapi pukul 8.30 am baru mula..
Aku yang beri ceramah dulu..
Mula-mula nak beri ceramah tu..
Aku memang nervous gila..
Bimbang apa yang dirancang tak menjadi..
Aku dah masuk toilet sekali sebelum ceramah
Nervous punya pasal..
Tawakal je lah..
DAlam fikiran aku waktu tu..
Present je..
Lantaklah korang nak dengar ke tidak..
Alhamdulillah..
Akhirnya semua berjalan lancar..
Aku dapat habiskan silibus dalam masa yang
ditetapkan..
Cikgu-cikgu beri perhatian..
Sebab aku sentiasa bergerak dari depan ke
belakang dari mula aku mula ceramah sampai habis waktu.
Pendekata cukuplah 30,000 langkah..
Aku puji cikgu-cikgu tu melambung-lambung…
Aku cakap aku minat kerjaya cikgu ni sampai
laki aku pun cikgu juga…
Hehehe…
Ada yang bertanya soalan..
Maknanya dia fokus lah tu..
Habes ceramah aku tertonggok lah tunggu kawan
aku sambung ceramah selama 3 jam..
Ngantuk gila weii..
BErgayut-gayut syaithon yang direjam kat bulu mata aku ni..
Sebab aku pergi sekali dengan dia naik satu
kereta..
Jadi terpaksa lah tunggu..
Memang pengalaman baru mengajar cikgu-cikgu
ni..
Rasanya tak dah kot lepas ni..
Bagi peluang pada orang laen pulak lah..
Tambah lagi aku dah tukar tempat kerja..
Lagi payah nak dapat peluang seperti ini
lagi..
Jadi..
Redha dan bersyukurla dengan peluang dan pengalaman yang aku dapat..
Dah abeslah cerita saya kali ini..
Saya nak balik rumah..
Jauh nak drive ni..
40 minit lamanya..
Nanti lambat ada orang bising pulak...
Payah nak jawab..
Dah abeslah cerita saya kali ini..
Saya nak balik rumah..
Jauh nak drive ni..
40 minit lamanya..
Nanti lambat ada orang bising pulak...
Payah nak jawab..
sehari sebelum itu..
Sehari sebelum hari ulangtahun kelahiran aku adalah hari kenduri perkahwinan adik ipar aku.
Bertunang tak lama..
Sebulan lebih je..
Cukup lah untuk buat persiapan..
Macam aku jugak dulu..
Masa zaman bujang dulu..
Sebulan je bertunang..
Terus kahwin..
Nampak sangat macam ada unsur-unsur mengenyam kat situ kan..
Macam tak menyempat-nyempat nak kawin la pulak..
hikhik
Tapi sebenarnya tak elok tunang lama-lama ni...
Darah manis kan orang bertunang ni..
Banyak ujian..
Mas kawin adik ipar aku lapan ribu hingget..
Angkat semua sekaligus...
Whaaaoooooooooowww!!!
kelasss gituuu..
Terlopong aku sekejap..
dicampur dengan rantai tangan untuk majlis batal air sembahyang lepas akad nikah..
Menikahnya dimasjid..
Pada awalnya ,aku rancang nak jadik khadam basuh pinggan dan kat dapur je..
Atau khadam pembersihan..
Tapi sebagai anak menantu perempuan yang tua..
Mak mertua aku awal lagi da request aku sediakan lauk pengantin..
Katanya dalam fikiran dia memang dah cadang nak suruh aku buat lauk pengantin..
Haishh....
Berat jugak nak melaksanakannya..
Namun aku cuba juga penuhi permintaan mertua..
Tak sampai hati nak mengecewakan dia..
Perancangan pun dibuat ..
BArang masak dan hiasan aku dan tebby sponsor..
Pagi tu bertungkus lumuslah aku..
Menu utama ..ikan sweet sour, udang goreng berempah, dan telur puyuh..
Pemanis mulut pulak puding dan buah-buahan..
Bila dah mula masuk dapur ni..
aku telah terlepas untuk hadir ke majlis nikah adik ipar aku..
dan baru aku perasan..
sekeping pun tak ada gambar aku sekeluarga dengan pengantin..
Sebab aku, anak-anak dan tebby sibuk jadi khadam kat bawah..
Naim dan amin bahagian kutip pinggan dan cawan serta tukang basuh..
Syahdu pulak aku tengok dia dua beradik bertungkus lumus buat kerja..
Namun begitu aku puas hati..
Tema dan lauk pengantin yang aku rancang menjadi..
Pengantin dan yang paling penting sekali tebby a.k.a quality controller kata sedap, hiasan yang aku usahakan menjadi..
dan mertua aku happy..
Selepas ini mungkin aku takkan jadi tukang masak lauk pengantin..
Kecuali ada permintaan..
Itupun dari adik beradik aku aje..
so..
Inilah hasilnya..
Kenangan usaha aku sehari sebelum hari ulangtahun aku..
dibuat dengan penuh keikhlasan dan kasihsayang...
Sebagai hadiah hari perkahwinannya
:-)
Aku doakan adik iparku berbahagia ..
kekal hingga ke akhir hayat..
So.. let the pictures do the talking...
bertambah lagi umurku
Tiada kek harijadi..
Tiada majlis jamuan sambutan hari ulang tahun..
Hanyalah ucapan selamat dari rakan-rakan rapat,
tebby..
dan ucapan hari lahir yang tak putus kat laman muka buku..
Hari lahir ku disambut dengan membasuh periuk belanga dan kuali besar di rumah mertua..
Sebab sehari sebelum itu majlis perkahwinan adik ipar aku..
Jadi keesokan harinya banyak lagi yang perlu dibereskan..
Walaupun pada malam itu pengantin baru sudah didera
Diorang kena basuh pinggan mangkuk..
Tengahari tu pulak majlis menyambut menantu kat rumah besan mertua..
TAk ada yang menarik tentang majlis itu yang perlu aku kongsikan..
Melaenkan perangai aku bila menghantar pengantin ke rumah pasangannya..
aku tak pernah naik ke atas rumah..
Aku terus tuju ke meja makan..
Dan antara insan yang terawal makan..
Orang sibuk bergambar dengan pengantin kat atas rumah..
Aku laki bini sibuk mengunyah makanan..
Petang tu masa dalam perjalanan balik rumah ,
tebby ajak singgah di giant..
Dia bawak aku pergi ke kedai jual minyak wangi..
Katanya aku boleh pilih mana-mana minyak wangi yang aku nak..
Satu jer..
Dia belanja..
Sempena hari jadi aku..
Hmm..
Minyak wangi lagi..
Koleksi minyak wangi isterimu ni udah banyak..
Bersusun-susun atas almeri solek..
Tapi aku pilih juga la..
DAh orang nak belanja kan..
Orang kata rejeki jangan ditolak..
Aku ni kan..
kalau boleh nak hadiah laen..
Aci tak kalau tahun depan aku nak kereta Supo Rima tu..
hikhik...
Nampak benar ada unsur mengada-ngada di situ..
Nampaknya angan-angan je lah..
Supo rima ke, Supo Gajah ke memang tak termampu nak beli..
Kalau ada duit pun..
Rasanya banyak lagi komitmen yang duk bermain dalam kepala aku..
Apapun..
Aku berdoa..
Agar aku dipanjangkan umur,
Dimurahkan rezeki..
Sihat tubuh badan..
Dan tak menyusahkan orang laen..

Subscribe to:
Posts (Atom)