aku dan semeon

Satu malam di hari Raya Adha...
Aku, mytebby, kakak ipar dan dua abang aku sembang di kerusi batu luar dapur..
topik malam itu adalah saman jalan raya..
Mytebby  kata Exora tu ada 6 saman..
abang aku kata banyaknya....
Saman ekor..
tak pa peramkan dulu kasi masak ranum..
Kata mytebby salah satu darinya jalan pantai di Sura.. 
Hrm... sapa lagi yang hari-hari setiap pagi , tengahari , petang dan malam yang duk lalu jalan tu selain aku.. 
Mytebby kata lagi.. kelajuan dicatatkan adalah 110 km sejam..
Siap aku kena perli lagi.. 110 km sejammm!! tu had laju kat highway tuhh!!.
Uitt!!  Puas aku memikirkan bila masa aku pecut laju pergi kerja dengan sicukai tu..
Sebab atas jalan pantai tu banyak benar siput babi tak pun traffic jam sesekali bila keluarga, ipar duai, anak beranak dan handai taulan lembu melintas jalan dengan muka tak bersalahnya.
But on top of that.. puas aku pikirkan dan mengintai di mana kamera diletakkan?? 
Pernah lah aku pecut  130 km/jam di jalan itu awal pagi..
tapi itu sekali sahaja..
tapi dengan sineo.. bukan sicukai...
aku cuba pertahankan diri....
" Puas kita cari signboard sepanjang jalan pantai tu.. tak da pun cakap had laju 80 ke 90 km/jam. even kat sekolah tu pun tak da.. yang ada garisan kuda belang tu je!!"
Lalu kakak ipar ku mencelah..
" Oiit!! Jalan selaen dari highway .. had laju adalah 90km/jam.. walau tak da cacak signboard pun rule nya begitu!!
OOooooowwhhh!! Gitu ke?
Kenapa masa aku kursus ambek lesen memandu tu diorang tak cakap pun macam tu..
Ingatkan tak da signboard tu buleh belasah je nak pecut banyak mana pun lajunya.. ehehe..
Dan mytebby pun berkata..
' Ha dengar tu!! Jalan persekutuan selaen lebuhraya had laju maksima 90km sejam yea!! Tak de sebut kat laen.. Dalam buku marketing je mukasurat 23.. !!"

Uiit!! biar benar.. macam tak penah jumpa je.. hehe