Semalam aku menelaah lagu-lagu dan artis di youtube...
Bila tetiba aku terpandangkan videoclip si richerd Marx.
tajuknya videoclip itu right here waiting.
Lalu aku terus teringatkan kawan aku masa belajar diploma dulu.
Ada kenangan antara aku dan dia berkait dengan lagu tu..
Waktu itu aku dan dia tengah menelaah dilibrary sebab dah dekat nak exam final.
Waktu itu juga lagu right here waitng ni sangat popular
dan sangat disukai oleh aku dan dia...
Punyalah kami berdua suka lagu tu sampai hapal setiap patah lirik lagunya.
biasalah kalau study dalam library yang sejuk beku tu..
PAsti akan ada waktu rasa nak ke bilik khas..
Begitulah dengan kami...
dia nak ke bilik khas
Entah apa mimpi dia ajak aku sekali..
Dan juga entah apa mimpi aku boleh ikut dia ke bilik khas..
Dalam bilik khas tu hanya aku dan dia berdua sahaja...
Apalagi...
Maka bilik tu kitorang buat macam kat hostel la...
Dan kami berdua telah karaoke lagu tu dalam bilik khas itu
dengan anggapan bilik itu kalis bunyi...
Apakah yang berlaku selepas itu?
Sebaik sahaja kami keluar dari bilik khas itu,
Tetiba kami dikejutkan oleh tepukan gemuruh oleh budak-budak lelaki yang sedang menelaah berhampiran bilik khas sambil gelak-gelak kat kami.
Ramai pulak tu..
Mode kami pada waktu itu : Tergamam seketika...Adoiyaiii!malunyaaaaa!!!!
tapi kitaorang buat bodoh je seolah tiada apa yang berlaku...
Rupanya bilik tu tak sound proof la...
Dan sejak dari hari itu..
Kawan aku mendapat gelaran yang baru iaitu " Richerd Marx' sampailah dia tamat belajar.
Aku selamat tak dapat gelaran tu...
Sebabnya kawan aku tu yang keluar dulu dari bilik khas dan satu lagi sebab walaupun mata aku ni saiz kategori besar dah tapi mata dia lebih besar dari aku macam mata Richerd Marx...
Ahaks....
WAlaupun demikian aku tetap dapat gelaran yang laen..