Saya dah makan pulut cawan pagi tadi..
kat kafe di bilik rehat dalam bangunan tempat kerja aku.
kat kafe di bilik rehat dalam bangunan tempat kerja aku.
Ustaz Daud belanja..
Terimakasih daun keladi yaa ustaz...
sedap pulut cawan tu dipadankan dengan ikan goreng
dan dimakan dalam suasana sejuk aircond dan hujan di luar..
sambil diskusi sama ustaz pasal isu semasa..
aku suka sembang dengan ustaz-ustaz ni..
Bukan nak menggatal.. tapi
Banyak info yang aku boleh share dari diorang..
Dan diorang ni tak lokek...
Apa saja yang aku tanya pasti dapat jawapan terus dengan panjang lebarnya..
Tadi aku gurau je cakap ustaz belanja..
Rupanya betul dia belanja...
Semoga ustaz dimurahkan rezeki selalu .. Aminnn!!!
Baru-baru ni jabatan aku anjurkan satu International Conference..
Yang mana aku juga terlibat sebagai salah seorang dari AJK besarnya..
Tapi kali ni dalam committe yang laen iaitu pendaftaran.
Sebagai pendaftaran, maknanya kenalah melangut kat meja pendaftaran sepanjang program berlangsung.
Sebab pembentang ni bukan semuanya daftar pada hari pertama..
kadang-kadang last day baru datang daftar.
Seronok juga jaga kaunter pendaftaran ni..
Macam-macam perangai orang boleh tengok..
Cuma yang pasti tak banyak peluang tengok orang present paper dan share knolwdge dalam parallel session..
Masa conference yang lepas aku melawat orang sakit yang ditempatkan kat ICU di hospital sebelah hotel aku menginap.
Conference kali ni pun aku melawat orang sakit di tempat yang sama juga..
Cuma bezanya kali ni pesakit tu anak kakak iparku.
Dari awal lahir dia dah ada air dalam kepala.
Baru ni dia dibedah untuk buang air di selaput otaknya.
Dan dia koma selama seminggu.
Masa aku pegi melawat dengan kawan aku dia baru sedar dari koma..
Bagai nak nak luruh hati aku bila tengok keadaan dia..
Berjahit di kepala.. tiub makanan di hidungnya..
Tambah lagi dia merengek rengek perlahan ..
Menangis mungkin sakit dan tak selesa..
Aku cuma mampu tengok dia selama sepuluh minit..
Tak boleh lama.. aku tak sanggup..
Sebaik saja bersalam kakak ipar aku dan berpaling, terus air mata yang aku tahan pada saat aku tengok dia jatuh berderai-derai.
Mytebby cakap.. " Tulah dah cakapkan.. tak payah pegi tengok!!"
Sesungguhnya kakak ipar aku seorang yang sangat tabah.
Pagi hari pendaftaran ada sorang perempuan yang vogue datang daftar awal..
Bila rakan setugas sebelah aku tanya " Puan dari mana??'
Dengan nada angkuh dia berkata . " Profesor!!!"
Adoiyai pempuan ni.. manalah kitaorang tau awak tu profesor sebab awak tak perkenalkan diri awal-awal lagi.. Infact masa berurusan sebelum hari kejadian thru email pun kau tak cakap kau ni siapa..
Selesai dia daftar, dia pun masuk dalam dewan tempat dia membentang.
Beberapa minit selepas itu dia keluar dari dewan dan sound kitorang..
" Sapa Anita binti #$$4??? Mana moderator?? Patutnya moderator datang awal.. panggil presenter laen masuk dan letak material dalam laptop. Nanti time nak present baru nak letak... buang masa je!!"
Sebenarnya moderator tu awal lagi dah sampai tapi dia keluar kejap.maklumlah ibu mengandung kan. Dan memang tak da masalah pun.. dia yang lebih-lebih pulak.
Tak lama selepas itu dia pegi kat kaunter kitorang lagi..
'Toilet rosak!! potpetpotpet!!"
Itu belum lagi selepas itu dia pegi kat kitorang dan bising pada kawan aku yang baru ambil giliran bertugas.. " Ni nama tak tally!!' sambil tunjuk buku kemudian ketuk jari dia kat meja pendaftaran dan terus berlalu pergi tanpa sempat kami bertanyakan masalahnya.
Kesian kawan aku terpinga-pinga sebab tak tau cerita tetiba kena marah..
At last kitaorang tau.. dia ni Profesor Datin Dr. dari Unibersiti laen..
very knowledgable...
So what??? Kalau ada gelaran, ada ilmu yang tinggi perlu bongkak ke???
apapun we all dah hilang respect sama itu pempuan.
Kawan aku cakap next time kalau paper dia masuk dalam conference akan datang.. awal diorang nak tolak.. kalau terima jugak.. nak bagi dia jadi first presenter dalam first session lagi. Biar dia balik cepat. Kemudian matchkan dengan geng kitaorang yang betul betul sesuai untuk handle pempuan ni..
Ada yang datang tapi tanya boleh bayar pakai kad kredit tak..
Hehee.. ni bukan gedung membeli belah yang...
Tapi.. at last dia bayar cash..
Kemudian ada sorang mamat pembentang dari nigeria..
Datang daftar nak bayar pakai duit dollar America..
Menyajau jugaklah kitorang..
Tapi naseb baek bendahari ada kat situ tolong settlekan masalah kami..
Bila ada conference ni kan yang pastinya akan ada cameraman...
Dan cameraman ni selalunya kameranya elok dan gambarnya cantik..
Malam dinner tu aku pakai cantik-cantik sebab bertugas juga sebagai penyambut tetamu...
Jadi sebagai kenangan aku request cameraman tu ambik gambar aku posing sekeping je...
Dengan pesanan ' jangan masukkan dalam montaj tau"
Tak taulah dia salah dengar ke apa ke..
Sebab akhirnya..
Gambar aku posing itu telah keluar sebagai gambar terakhir dalam montaj penutup conference semasa majlis penutupan lalu semua orang bersorak especially geng-geng aku lah yang paling kuat sekali soraknya ..
Dan mode aku pada waktu itu: Tergamam...Eiiii!!! Malunyee!!!
Bila ada conference ni kan yang pastinya akan ada cameraman...
Dan cameraman ni selalunya kameranya elok dan gambarnya cantik..
Malam dinner tu aku pakai cantik-cantik sebab bertugas juga sebagai penyambut tetamu...
Jadi sebagai kenangan aku request cameraman tu ambik gambar aku posing sekeping je...
Dengan pesanan ' jangan masukkan dalam montaj tau"
Tak taulah dia salah dengar ke apa ke..
Sebab akhirnya..
Gambar aku posing itu telah keluar sebagai gambar terakhir dalam montaj penutup conference semasa majlis penutupan lalu semua orang bersorak especially geng-geng aku lah yang paling kuat sekali soraknya ..
Dan mode aku pada waktu itu: Tergamam...Eiiii!!! Malunyee!!!