Baru-baru ni my tebby marah sudah sama saya...
Sebabnya sineo tetiba mengaum masa mytebby hidupkan enjin..
Menyebabkan dia terperanjat..
sebab selama dia pakai sineo selalu diam dan tenang sahaja..
Tetiba bila bini dia ambikalih sehari terus dia mengaum..
hehee..
Tapi aku diam aje sambil sengih aje kat mytebby...
Tah macamana aku boleh terlupa tutup cd kat sineo tu
sepertimana aku sentiasa lupa masa bawak sicukai...
Beberpa minggu lepas aku ke Sepang
sebab buat kerja-kerja pemeriksaan kertas jawpan budak-budak matriks.
Aku sampai kat konkod klia awal lebih kurang 10.00 pagi.
Sampai sana orang front office kata aku hanya boleh check inn pukul 2.00 petang..
Tanpa buang masa aku tinggalkan beg aku dan pergi meronda seorang diri ke KL.
Naik shuttle bus percuma dari hotel ke Klia, pastu naik keretapi express ke Kay El sentral.
Sejujurnya aku tak pernah naik perkhidmatan keretapi di KL kecuali masa trip aku ke ke Kemboja..
Jadi excitednya terlebih sikit.
Dan aku explore semuanya.. hingga aku jejak kaki ke MIdvallei akhirnya ..
Jauh betul perjalanan aku..
Dan setiap perjalanan pergi dan balik aku dapat kawan yang baru...
Aku kan.. hehehe..
Masa nak pergi KL aku terjumpa sorang pelancong perempuan dari China yang mukanya macam omputeh..
Terkial-kial tanya orang kat mesin tiket .. " How to go to the center of your country??" sewaktu aku kat situ jugak nak beli tiket..
Kesian kat dia lalu aku ajak dia ikut aku yang keseorangan sebab aku pun nak pergi ke center of the country jugak... ehehehe..
Dalam train dia sembang dengan aku...
Dia cakap omputeh walaupun adakalanya aku tak berapa paham...
aku rasa dia orang cina mongolia kot sebab katanya tempat dia kat sempadan rusia...
Mukanya lawa..
Tapi aku kesian kat dia yang sangat teruja..
Padahal pandangan keliling hanyalah pokok kelapa sawit..
Katanya tempat dia adalah gurun..
Yang ada hanya dua musim..
Musim sejuk yang panjang selama 8 bulan dan musim panas selama 4 bulan.
sampai di KL sentral aku berpecah dengan dia ..
aku sempat bertukar email.. sempat ambik gambar dia dan sempat berpesan pada dia supaya cari driver teksi berbangsa cina supaya tidak ditipu...
Aku menyesal jugak sebab tak tunggu dan temani dia seketika sebab aku rushing dengan hal aku sendiri dan aku sendiri pun baru kali pertama jejak kaki ke Kay EL sentral tu..
Dan akhirnya juga aku terhilangkan alamat emailnya.. terdelete gambarnya dan lupa namanya....
Adoiyaii!! Duushh!Duusshh!! Kenapa lah aku ni cuai sangat?
Masa balik ke hotel semasa menunggu train sampai kat stesen di Kay El sentral pun aku dapat kawan baru juga...
Kali ni lelaki india... hehehe
Dia letak begnya kat tepi aku..
Pakaian nya segak ala-ala koporat gitu..
Tapi dia agak berumur..
Tapi bau perfume dia sangat wangi menyesak hidung aku..
Gatal je mulut aku nak tanya dia pakai perfume jenama apa..
Tapi aku seganlah..
Dia senyum kat aku.. aku pun senyum jugak lah kat dia..
Pastu dia tanya aku nak ke Klia ke?
aku pun jawap ya je lah..
Oleh kerana dia dah tanya..
aku pun tanyalah.....dan soalan pertama aku adalah...
" I'm sorry... can i ask you one question.... what perfume do you use? It smells good!!"
Hahaha!! tak tau lah macamana boleh terkeluar soalan tu dari mulut aku..
Lalu mamat tu gelak....
dia kata " You're so brave!! hehehe!!"
aku ingat conversation itu berakhir sebaik sahaja keretapi tu sampai..
tapi tidak apabila mamat tu memilih untuk duduk di kerusi bertentangan..
Katanya boleh bersembang-sembang..
adoi!! menyesal aku tegur tanya pasal minyak wangi tu!!
Punyalah dia sembang siap suruh aku teka umur dia.. cerita pasal dia duda dah sembilan tahun.. ada dua anak.. ex bini dia kerja apa... kerja dia yang membwanya ke keliling dunia...
motip?? aku tak tau..
mungkin mamat ni peramah dan sesuai dengan kerjayanya sebagai konsultant yang berjaya...
seperti biasa.. aku ni ramah dengan orang yang tak aku kenal tapi aku tak akan pernah tanya nama...
hingga akhirnya mamat tu tanya nama aku dan bagi 2 keping business cardnya..
Bagus betul networking mamat ni..
aku ambik dan simpan... bukan nak menggatal..
cuma aku rasa satu hari mamat ni berguna juga...
Mungkin anak-anak aku boleh panggil dia datang bagi ceramah kat tempat kerja aku..
sebab bidang dia sama je dengan aku.. cuma cara kerjanya berbeza..
Pendekata hari tu adalah hari omputeh sedunia pada aku sebab sepanjang masa kena cakap omputeh..
Program bermula petang...
Dan seperti yang aku jangka..
Aku jumpa juga dengan kawan lama aku masa kat universiti dulu...
Sekarang dia jadi pensyarah ..
Dia groupmate aku masa buat assignment dulu..
Oleh kerana dia bukan grup aku.. maka tak sempat lah aku nak sembang panjang-panjang dengan dia.
aku kena mark 102 skrip dalam masa 2 hari setengah..
Planning nak mandi kolam dan nak santai..
tapi akhirnya uniform renang hanya memberatkan beg je..
Kerana aku terpaksa buat kerja-kerja marking dari pagi sampai tengah malam..
Berhenti hanya untuk makan, sembahyang, dan rehat je..
Sambil marking adalakala aku bebel-bebel sorang diri..
Heran dengan result budak-budak ni masa SPM..
Macamana diorang skor msa SPM sedangkan jawapan diaorang hampeh sampai ada yang dapat 4/100 je..
WAlaupun letih dan stress marking..
Aku tetap happy..
Sebab aku dapat kenal ramai kawan baru dari universiti lain..
Dan breakaway juga untuk aku..
Best makan kat hotel tu..
Makanan pelbagai jenis sepanjang barisan..
Makan pulak 6 kali sehari...
Hingga akhirnya aku tak tau nak makan apa...
hehehe...
masa abes marking malam tu pukul 11.30 malam aku dan 2 0rang kwan aku pegi round Klia...
memang gila punya kerja..
Masa balik aku ikut kawan aku ronda alamanda..
kemudian dia hantar aku ke putrajaya .
Dan lagi kerja gila aku buat sebelum balik rumah..
Aku naik keretapi sekali lagi dari Putrajaya tu ke Kayel sentral..
Simpan beg... lepak-lepak kat situ sorang diri..
Pastu balik semula ke putrajaya dan naik bas ekpress balik ke rumah...
Lepas ni tak tau lagi bila boleh naik keretapi lagi..
Meriahnya hidup ini......
** Itulah sebabnya masa belajar dulu aku dapatgelaran loneranger.. hehe