Tengahari tadi aku keluar makan tengahari dengan kawan aku..
Sebab kat kafe yang selalu aku lepak makan tu lauknya dah habes..
Rezeki lagi hari ni...
Sebab kawan aku belanja makan..
Alhamdulillah..
Semoga sahabatku itu sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik sentiasa..
Aminnn!!
Bila tiba di roundabout belakang pagar tempat kerja aku..
Aku telah dikejutkan oleh sesuatu yang tak dijangka...
Abang polis lah buat roadblock di selekoh selepas roundabout tu...
Adoiyaiii!! Abg polis ni pun..
suka buat sentap-sentap gitu tauu!!..
Nasib baik aku tak da sakit jantung dan tak lemah semangat..
Silap ari bulan boleh pitam kat situ sebab terkejut ..
Abang polis tu nampak hensem je dengan uniformnya... ehehe
Tapi aku tak teruja pun bila melihat mereka..
Dan aku tak panik pun sebab aku pakai tali pinggang keledar.
Pemandu kereta depan aku kena tahan ..
confirm kena saman sebab tak pakai tali pinggang keledar..
Selamat aku...
Nasib baek sicukai aku jenis yang kuat bebel-bebel bila tak pakai talipinggang keledar..
Maka aku jadik seorang yang sangat berdisiplin hingga naik ke tahap 10 sekarang..
bab pakai tali pinggang keledarlah..ahaks..
Walaupun demikian... otak aku berpusing ligat juga pada waktu itu.....
Kerana cuba recall dua perkara...
i) Lesen memandu aku tu ada tak dalam dompet aku??
ii) Dah tamat tempoh ke belum .. dah lama tak check.. tak aware pun lesen memandu tu ada ke tidak atau dah tamat tempoh ke belum..
Kerana kalau abang polis tu tahan aku dan minta nak tengok lesen memandu sedangkan aku tak bawa..
Maka masak lah aku kat situ...
akhirnya aku selamat jugak sebab abang polis tu tak tahan aku....
Lepas tu baru aku realize..
Kawan aku disebelah telah panik seketika sebab tak pakai tali pinggang keledar..
Tapi aku tak perasan pulak bila masa kawanku itu sentap tali pinggang keledar..
Sebab sicukai ni lagi disentap lagi dia tak nak..
Cuma yang pasti ... dia sempat kepit talipinggang kat pinggang je ngan tangan..
tapi nampak macam pakai tali pinggang keledar lah
hehehe..
Jangan marah ya kawanku..
Sebab dirimu nampak sangat comel pada waktu itu..
hingga aku rasa nak tulis jugak dalam dairi mayaku..
Tak apa..
hanya dirimu dan diriku sahaja yang tau.. ahaks..