Hari ni sicukai diam dan tenang aje....
Owh lupa!!
Semalam mytebby guna sicukai...
Patutlah dia tenang sahaja hari ni...
hehehe
Aku cuti hari ni..
Tapi aku pergi ofis juga ..
Bukan tunjuk rajin..
Tapi kerja memang tak pernah abes..
Aku nak prepare apa yang patut untuk minggu depan..
Kalau tak boleh panik mengadap budak-budak ni kalau tak buat preparation..
Jadi hari ni macam biasa gi ofis cuma lambat lah tak seperti hari biasa
Buat kerja.. sambil-sambil tu layan fesbuk juga..
Kalao tak boring duk kat ofis sorang-sorang..
bila tengahari perut dah bagi signal...
"lapar wei!! Lapar wei!!", lebih kurang begitulah bunyi isyaratnya.. hehe..
Masa nak bukak pintu bilik tetiba sesuatu yang tak dijangka berlaku..
Kepala pemulas kunci pintu tetiba "tapp" tercabut ..
MEnyebabkan aku terkunci dan terkurung dalam opis..
Puas aku betulkan ..
Tapi kalau dah dasar 'bimbo' bab pintu memang tak jalan...
Lalu aku telefon ustaz wan.. jiran depan bilik nak minta pertolongan
Tapi dia tak angkat..
Hampir 2 tiga orang aku call tapi tak berjawab.
Ada yang duk kat luar tak masuk lagi..
Nak keluar ikut tingkap, aku duk tingkat tiga..
Bimbang nanti heboh satu organisasi kata aku nak bunuh diri..
X mo lah aku jadi bahan cerita sensasi..
Cukuplah dengan cerita sensasi yang kata aku kejam...
Lalu aku panik...
Tapi dalam panik dan bengang tu sempat lagi aku post kat fesbuk biar semua orang satu dunia tau aku terperangkap dalam opis sendiri..
rupanya ada gunanya fesbuk ni jugak.. bila friend aku kat fesbuk tolong call orang bertanggungjawab..
Akhirnya ustaz Wan yang sampai bila aku call dia sekali lagi....
hahaha!!! Hero sudah datang menyelamatkan aku....
Tapi yang aku tak tahan dia gasak gelakkan aku kat luar pintu...
Pastu bila aku dah pass kunci ikut bawah pintu dia boleh buat-buat kata sakit perut nak gi toilet sambil gelak-gelak..
Adoiiyaiii!! cuak gila aku .. hehehe
Apapun, terimakasih ustaz wan a.k.a jiran depan ofis sebab membantu saya keluar dan memberi no telefon en muda..
Dan juga terimakasih kepada tiqah yang kebetulan ada fesbuk, bukak dan baca status aku dan terus menelefon en Muda juga..
Ini kerana.. sekejap aje en Muda sampai dan baiki pintu bilik aku siap dengan pesanan sebelum dia sampai supaya aku rileks dan jangan panik..
Semoga kalian semua sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki.. Aminn!!!
Memang ada faedahnya fesbuk ni..
Sebab tu lah aku tak akan tutup fesbuk aku..
Dan nasib baek juga perut aku tak meragam waktu tu..
Kalau tak tau lah...
Naya tauu!!! ahaks