Semalam semasa rombongan bas kuli pecacai yang berkursus di Perak berhenti rehat di Petronas Gombak, adalah sorang kuli pecacai beli suratkhabar metro...
Maka riuhlah kuli pecacai yang laennya bila melihat tajuk utama suratkhabar panas itu " Orang perempuan Melayu menari gelek dibayar 800 hingget 15 minit" terutamanya 2 orang kuli pecacai ni..
Maka berkatalah kuli pecacai C: " Wahhhh!!! 800 hingget for 15 minutes???!! Banyaknyaaa!!! Macam ni aku berenti kerjalah.. tukar profesion jadik penarik gelek pulak... Aku caj 1500 hingget 15 minit... hahahaha!
Dan disambung oleh kuli pecacai D : " Bagus!! akak berenti pastu jadi penari gelek... biar saya jadik pengurus akak pulak.. kita up jadi 2000 hingget 16 minit.. hahahahaha...'
Naseb baek ustazah yang lemah lembut dan duduk di seat sebelah kuli pecacai C dan D ni tak dengar. Sebabkan.. mesti dia terlopong sambil beristighfar .. pastu dia akan kata " C***!!!! dengan nada lembut sambil geleng kepala kalau dia dengar statement maut kuli pecacai C dan D ni...Dahlah daring buat statement maut, gelak bagai dengan kuatnya sampai pemandu bas hingga ke penumpang yang paling belakang tu boleh dengar.. ahaks..
Siapakah kuli pecacai yang sangat daring itu???... hehehe..Yang pasti kuli pecacai yang berdua itu berani cakap je statement tu.. takkan tergamak membuatnya.. :-D