Orang kata kalau kita dalam keadaan terlalu sedih terlalu-lalu, serabut terlalu-lalu , banyak berfikir ataupun sangat happy terlalu-lalu maka tidak digalakkan memandu kereta kerana kita tak akan dapat memberikan perhatian seratus peratus pada kereta dan apa yang ada di depan atau di keliling kita...
Memang betul sebab berlaku kat aku...
Betullah macam orang dalam cerita korea yang aku duk gila tengok tu cakap...
Aku pegi isi minyak lepas hantar anak aku sekolah..
Perangai aku bab minyak kereta ni pelik sikit..
Aku takkan tunggu meter minyak kat sicukai duk blink-blink kasik warning minyak nak abes..
Biasanya bila tinggal satu bar je terus aku pegi isi..
Memang jarang aku tunggu dia blink blink sebab bila aku tak isi sedangkan dah blink blink maka nanti aku pulak stress bimbang sicukai aku merajuk sebab kebuluran di tengah jalan... nanti aku jugak yang susah.. silap ari bulan nanti ada pulak orang yang kata aku ada jin tanah.. aahaks..
Dan aku akan isi minyak di stesyen minyak tertentu aje...
Pagi itu di stesyen minyak yang agak lengang aku dengan yakinnya pegi bayar rm30 kat kaunter dan pergi ke kereta..
Entah kenapa selepas keluar dari stesyen minyak dan semasa berhenti di traffic light tetiba aku perasan meter minyak si cukai tak berubah.. lalu aku merasa sangat musykil.. takkan lah dah isi rm30 tak berubah... ke rosak meter ni? Puas aku fikirkan dan recall kronologi di stesyen minyak hinggalah aku tersedar....
OMG!! OMG!!
Rupanya aku lupa isi minyak..
Lepas bayar kat kaunter terus menonong masuk kereat dan dengan yakinnya hidupkan enjin sicukai dan berlalu pergi...
Adoiyaiii!! Macamana boleh lupa ni...!!
Bengong ke apa.?
Lalu aku terus pusing balik..
Kena pandu lagi 2 km pulak.. sebab tempat u-turn jauh sangat..
Macam bodoh je kena pusing sekali lagi..
Macam bodoh je kena pusing sekali lagi..
Dalam hati berdoa tak ada orang yang isi minyak kat situ...
Nasib baik bila sampai masih kosong lagi..
Adik cashier tu tersengih-sengih tengok aku sambil beri isyarat boleh isi...
Mesti dalam minda dia kata... " APalah pempuan ni mengong sungguh!!"
Hehehe... I don't care what she might thinks about me..
Yang pasti nasib baik sempat isi..
Kalau tak pasti aku dah berikan petrol percuma sebanyak 30 hingget pada orang laen di pagi hari yang cerah tu...
Kak Zu tanya... " Mu sedor dok?".. hehe..
Entahlah... tetiba jadik tak fokus gitu..
Khoya... hehehe..
Tapi kalaulah mytebby cerita kat kawan dia aritu mesti kawan dia cakap aku ada jin tanah lagi takpun jin bukit belakang tempat kerja aku..
Tapi kalaulah mytebby cerita kat kawan dia aritu mesti kawan dia cakap aku ada jin tanah lagi takpun jin bukit belakang tempat kerja aku..
Mungkin juga aku ingat stesyen minyak ni macam stesyen minyak yang aku biasa isi kat bandar...
Orang isikan pastu aku hulur duit je dan chau...
Padan muka aku .. inilah bahananya kalau tak fokus... hehe