Kenangan itu agak mahal untuk dihargakan
Ok alright ok..
Alright alright ok..
Ok ok ok alright…
Owh tak ada apa sebenarnya..
Saya puasa hari ni..
Yang tadi ok alright tu adalah ujian awareness yang aku lalui masa kuruskursus yang aku panggil team geleding ari tu..
Nasib baek kursus tu tak berat macam training askar..
Kalau tak mau terlepek aku seminggu tak bangun..
Kursus tu banyak outdoor…
Jadi banyak game..
Bayangkan bila orang tua bermaen-maen…
Dengan semangatnya…
Di bwah panas terik…
Sampai cair mekap..
Sebijik macam budak-budak..
Maen sampai tak hengat dan sedar diri dah tua bangka.. hahaha..
Sesekali masa maen dengan semangat tu ada jua terlintas difikiran..
Patutlah anak-anak aku sangat bersemangat bab maen…
Tak payah suruh.. pukul 5 petang je semua lenyap pegi maen..
Grup aku paling cepat siap bila maen game.. kecuali bab kutip daun..
Paling slow…
Tapi dalam maen –maen pun aku rasa boleh baca perangai orang…
Apa yang ditunjukkan itulah attitude mereka..
Ada yang bersungguh-sungguh.. ada yang buat tak peduli.. buat hal sendiri bila merasakan itu tidak penting buat mereka..Orang laen terkial-kial buat kerja dia duk sembang dengan orang laen.. ada yang nak tunjuk pandai… ada yang dominan mcam bagus.. ada yang mengelak dari buat kerja dan ada yang kerja dia menjawab cakap orang je..
Aku kan an observant..
Tapi aku tak kisah…dah nama manusia berbeza antara satu sama laen..
WAlaupun begitu.. kalau aku menilai pun hanya untuk diri aku…
Supaya lebih berhati-hati dan menyesuaikan diri kalau tetiba kena berurusan dengan mereka nanti..
Dalam kursus tu fasilitator ada share teknik penyaluran tenaga menggunakan tangan di tujuh tempat..
Baru aku ada tangan kita ada tenaga, boleh dirasa dan boleh salurkan ke tempat laen..
Katanya boleh buat untuk kurangkan stress, lenguh-lenguh dan juga untuk kesihatan..kalau demam boleh buat juga dan yang laen-laen.
Boleh buat untuk diri sendiri dan juga pada orang laen yang dipanggil penyaluran tenaga positif berfrekuensi tinggi.
Contohnya.. kalau pening.. letak tangan kat kepala, niat nak salurkan tenaga pada diri sendiri atau orang laen, buat pernafasan dalaman dan fokus.. nanti tenaga dari tangan akan turun ke kepala dan membantu mengurangkannya..
Mula-mula aku agak skeptikal bab-bab ni..
Tambah lagi bila try buat masa kursus tu tak pernah nak jadik..
Tapi hati dah tak sabar nak buat kat rumah..
Bila balik rumah tak ada orang pulak yang nak sakit.. semua sihat je
Jadik tak terbuat..
Hinggalah satu hari masa pegi Kl dengan mytebby hantar bibik balik indon..
Aku cuba test kat mytebby yang tengah tidur dalam keletihan..
Kalau orang tengok gaya aku dari jauh mesti diaorang ingat bini tengah mandrem laki..
Aku tak cakap pada mytebby yang aku telah menyalurkan tenaga positf berfrekuensi tinggi tu kat kepala dia…
aku tak pegang pun kepala dia, hanya letak tangan paling hampir je kat kepalanya.
Tak lama selepas mytebby sedar dan dalam perjalanan dia tanya aku ada buat sesuatu tak kat dia masa dia tidur tadi..
Sebab dia dapat rasa macam ada arus mengalir kat kepala dia walaupun tengah tidur,,
Aku ngaku jelah yang aku testing apa yang aku belajar masa kursus tu dan dia jadi spesimen ujian aku..
Wahhh!! Jadilah.. Rupanya betullah dan barulah aku percaya..
Tapi ada satu prinsip dari 4 prinsip teknik ni yang aku ingat..
Iaitu… Unconditional Love.. kasih sayang tanpa syarat pada semua..
Bila buat kena ikhlas..
Betulla kawan aku cakap..
Di tangan ada kasih sayang..
The love that heals…
Nak belajar?
Boleh ..
Ayam panggang kenni rogers sekor 1 set 2 orang makan.... boley?
hehehe