kasih cinta rindu dan sayangnya..

Perancangan kitorang hujung minggu baru ni ialah mytebby ke KL dulu dengan siNeo pada hari Rabu. aku akan menyusul keesokan malamnya menaiki bas. Anak-anak aku tak bawa bersama rasanya ia melambatkan kerja kitorang. Hari Khamis tengahari mytebby called kata dia dah jumpa yang berkenan dihati dan tak nak dah lepaskan.. Sampai kat KL pukul 5.30 am mytebby fetch me up kat H.Putra. Rehat kejap sebelum selesaikan urusan. First destination we all adalah Maybank, kemudian ke Bank Rakyat di Subang dan tengaharinya ke Bank Islam di Shah Alam ...  suddenly I realized... banyaknya duit dia.. Mana dia dapat ek? Adakah gedebuk jatuh dari langit??tak apa ... malas nak pikir..
Selepas selesai we makan kat kedai makan seksyen 15 shah alam dan rehat kejap di  hotel sebelum urusan terakhir pada 6.30 petang di bengkel kereta. Serius, aku tak sangka dalam hutan dan terceruk ada satu bengkel yang penuh dengan lenlover... Di sana -sini penuh dengan lenlover.. ibarat syurga pada pencinta lenlover. Janji dengan empunya badan berurusan disitu. Empunya lenlover tu lelaki cina muda lagi.. dan dia gila lenlover.. dia simpan duit beli lenlover dan berhabes banyak untuk makeup lenlover tu sebelum dia berubah fikiran nak beli lenlover model puma yang baru.Dia cakap dia pun jadik macam mytebby jugak angau sampai tak boleh tidur masa nak beli lenlover.  Kiranya kitaorang dapat lenlover yang memang dah tiptop dan tak perlu dibaiki lagi. Akhirnya tepat jam 8.00 malam 29 Jun, 2012.. sebuah lenlover difender tahun 1996 yang menjadi igauan mytebby sah menjadi miliknya...Mytebby said " it's mine' sebaik sahaja sahaja lenlover itu berpindah tuan. Dan bertambah juga lah ahli keluarga di rumah aku.. Lenlover itu dinamakan SiLover..  Sebabnya kerana panahan cinta dan racun lenlover tu menyebabkan mytebby tak senang duduk. Angau tahap eksponen. Rasanya masa dia berkawan-kawan dengan aku zaman muda belia tak adalah dia angau sebegini dasyatnya..  Asyik mimpikannya selalu sampai tak boleh tidur.. cinta kasih sayang dan rindu hanyalah padanya.. Bila dapat silover mercerdes pun dilupakan terus. Dua hari sebelum dia nak dapat lenlover dia tak boleh tidur langsung... Bila dia dapat je Silover ni dia punyalah excited sampai tak boleh tutup mulut.. Katanya siNeo di akan guna time kecemasan dan dia perlu bergerak cepat... Silover akan menyelesaikan masalah dia nak tarik bot di tepi pantai setiap kali balik dari menangkap ikan.. yang pasti bila pergi berkelah kat sungai yang kitaorang biasa pergi tu silover akan parking digigi air..  Dia rasa macam satu feel yang berlaenan bila dia pandu siLover.. aku pun tak tau sebab aku tak pernah bawak lagi.. aku suka juga siLover ni tapi tak adalah melampau-lampau sampai tak boleh tidur... satu hari nanti aku akan pandu uji juga SiLover ni.  Cuma yang aku kurang berkenan pasal siLover ni ialah tiada hiburan which means tak da radio... even model yang paling baru pun aku tengok tak da dvd player.. Bila mytebby kata pasanglah radio masa perjalanan tu.. maka akulah jadik radionya... macam-macam lagu keluar. Habis satu lagu sambung lagu laen dengan lirik yang tak betul.. ahaks.. Bosan jadik radio aku tidur..Kata mytebby.. orang laen kena akur bila silover atas jalan... aku cakap baguslah.. dia orang kena akur pastu kita kena carut...ahaks.. Lepas ambik siLover we all balik terus pukul 12.00 mlm. Mytebby dan aku naik siLover.. adik mytebby pulak bawak sineo balik sebab aku tak konfiden nak bawak sineo.. Lepas mytebby dapat SiLover ni barulah dia betul-betul mengantuk. Pukul 1.30 pagi we all berhenti kat rehat kat Temerloh. Plan nak tidur kejap je..tapi akhirnya pukul 5.30 pagi baru  tersedar.. Lepas solat subuh dan breakfast baru bertolak balik  dari Temerloh. Sampai rumah anak-anak dah terlompat-lompat... tak sempat nak masuk rumah diorang dah buli suruh bawak silover tepi pantai. Rupanya memang betullah orang kata wagon ni so powerful.. kitorang test kat tepi pantai silover ni selamba je meredah pasir pantai... petang semalam masa layan trek bukit bauk , mytebby lepas brake dan minyak lalu dia turun sendiri dengan perlahan-lahan.. patutlah ada orang gilakan lenlover sampai demam.  Ada orang kaki lenlover kata lenlover ni walaupun lasak tapi manja.. mesti sentiasa dibelai dan jangan paksa dia.. Uitt!! Macam pempuan lah pulak. Tapi itu aku serah kat mytebbylah.. bila ada rezki lebih nak tukar cat dan makeup sikit silover dan tambah aksesori..... Semuanya kerana silover...