hanya melihat dari jauh..

Yati pergi kursus kepimpinan jumaat baru ni..
Kecik-kecik lagi dah berkursus..
aku ni masuk sekolah dewasa baru tau erti kursus..
dia sangat semangat nak pergi kursus..
sehari sebalum hari kejadian dia dah siap pack baju..
Lepas tu dia buli maknya suruh beli barang..
MAcam-macam dia suruh beli... torchlight la.. telekung lah padahal telekung dia dah tiga pasang.., selipar jepun lah... padahal selipar barbi ala jepun dah ada kat rumah... 
Pening ibunya dibuatnya..
Sampai kat tempat kursus dia sangat excited..
 Jumpa je kawan terus tak peduli kat ibu dia....
Pergi 2 hari 1 malam je..
Tapi si ibu resah gelisah ingatkan anak..
Bila balik tengahari Sabtu dia dah nampak tak semangat..
Suruh dia makan tengahari dulu sebelum balik pun dia taknak...
Katanya tak ada mood nak makan...
Tapi aku tau dia letih...
" Yati!! Seronok tak kursus?"
" Tak seronok sangat!!"
"Kenapa pulak tak seronok? kawan ramai kan?!!"
"  Letihlah ibu... jalan sana sini... semalam Yati tidur pukul 2 pagi?"
" Abes tu YAti buat apa tidur lambat?"
" aktiviti maen-maen... !!"

Aktiviti maen-maen...??


" YAti ada cakap kat depan tak masa kursus?"
" Ada... mula-mula Yati takut cakap kat atas pentas.. lepas tu YAti biasa"
" Yati sukarela cakap kat depan ke kena paksa?"
" Tak.. Yati angkat tangan"

Bagus.. anak aku sangat berani..


" Ibu, YAti kena jalan jauh sangat ibu!"
" Jauh ke? berapa km yati kena jalan?"
"500 km ibu!!"


Uitt anak aku ni.. biar benar!! itu dah sampai Kay El punya jalan!


" Ibu!"
"ya"
" Kat kursus tu kan ramai sangat yang kurang ajar.. dia orang cakap kasar ibu sampai kena marah dengan kakak, ibu!"
"Habis tu Yati cakap kasar tak? "
" Tak ibu.. Yati duduk diam je..."
" Bagus.. ibu tak nak dengar ada orang komplen anak ibu cakap kasar"
" Ada budak nama sharul ibu.. dia cakap kasar sangat sampai kena marah... Ibu! Naseb baek sharul tak jadi anak ibu... Kalau dia jadik anak ibu mesti mulut dia kena tonyoh lada!!"


????


 hehehehe