gulai ke kari?

Aku tengah sibuk bagi ceramah kat budak-budak tadi 
Bila mytebby called.. 
"tengah buat apa.??Ada ceramah ke?? " 
Me : Yap!!  tengah ceramah…. 
" Hari ni masak gulai kambing!" 
Me : "Ada ke kambingnya?" 
"Nanti abg cari.. Masak gulai yang macam masa masak kat U dulu ya!' 
Uiit!! 
Me : Tu kari.. bukan gulai la bang.. 
"Takpalah.. buat pekat macam dulu tu!" 
Ok…beres.. 
Lepas mytebby called anak-anak aku peserta ceramah bertanya.. 
" husband puan cakap I love you ke??hehe!!" 
Dan aku cakap ya je lah… 
PAdahal cakap pasal menu nak berbuka..
Hehehe.. 
Jadi malam ni menu berbuka ialah lauk kari kambing.. 
Yang aku matchkan dengan kacang botol goreng lada, telur masin dan sambal mangga ..
Mytebby cakap nak yang macam masa kat U dulu adalah lauk yang aku menang tempat pertama pertandingan masak waktu hari keluarga kolej aku masa belajar kat U dulu.. 
Tapi dulu aku masak kari daging lembu.. bukan kambing.. 
Lauk tu aku masak banyak. 
Jadi aku share dengan kawan-kwan kat bilik aku dan hantar kat dia sikit.. 
Tak sangka mytebby masih ingat rasanya.. 
Bagus… 
Selesailah masalah aku hari ini.. 
Tak perlu pikir nak menu apa nak masak untuk berbuka nanti..
*** I love those random memories that make me smile no matter what is going on in my life right now

Hati tak dapat menahannya..


Walau bagaimana hati menahan..
Walau hati kata tak nak …
Tambahlagi bulan pose ni…
Tapi akhirnya…..
Hari Jumaat baru ni..
Lepas solat Jumaat we all pushed off ke Kuantan..
Cari baju raya untuk anak..
Berbuka puasa dengan adik ipar sekeluarga kat kedai nasi Arab..
Pukul 11.45 malam kitaorang 5 beranak melangut sebaris…
Dalam panggung wayang sampai 2.30 pagi…
Tengok cerita 'De dak nait rais de series"
Mytebby belanja berbuka..
Aku belanja tiket wayang dan popcorn..
Balik singgah Kemaman bersahur..
Subuh kat Dungun…
Abang Zahar kata kurang pahala puasa kau..
Hehe… cerita tu tak macam cerita Hindustan
Yang banyak unsur seks melampau..
Alah.. cerita batman je..
Tak da yang pelik-pelik pun…
Kalau dah laki bini suka tengok wayang…
Memang tak boleh menahan dari melihatnya…
Tapi cerita tu memang awesome..
Sesekali terapi minda ditempat yang bising...
Seronok.. 
just can't resist it..

Sayang sungguh la


Dia sangat teringin makan stik masa berbuka puasa..
Jadi semalam dengan semangat berkobar-kobar dia telah pergi ke Tok Mat Caid yang terletak jauh dari rumahnya untuk pegi beli daging kambing yang dah siap diperap ...
bukan setakat daging kambing, daging ayam siap perap pun ada dibelinya juga...
Petang semalam dia bakar ayam dulu dalam ketuhar letrik jenama kartun yang baru dibeli dengan semangat yang berkobaran...
masa tengah proses memasak ayam itu.. bininya yang tengah masak menegur..
"  smelly lah ayam bakar ni!! ayam dah tak elok kot!! "
Dia tak percaya...
Hinggalah masa berbuka bininya merasa dulu ayam itu...
Haa Betullah!! Busuk....
Orang Tok Mat Caid ni berdosa sungguh,..
Dia bising..  kata cap ayam..!!!
Ada ke jual ayam  yang tak elok..
Kesian dia ni beli mahal..banyak pulak tu..
akhirnya 5 ketul  ayam itu disedekahkan pada kucing-kucing belakang rumah..
But the best part was... kucing -kucing tu hidu je ayam tu. pastu diaorang blah...
hehehe... tapi at last abis jugak mungkin sebab kucing-kucing tu dah kebulur dan tak ada choice laen yang boleh dimakan..
Kesiannya kat dia..
Nampak sangat dia tak puas hati..
Dan untuk melepaskan rasa tak puas hati...
dan geram sebab tak lepas rasa mengidamnya..
Pagi tadi.. seawal 4.00 pagi tadik dia bangun dengan bersemangatannya..
Dan dia telah membakar stik kambing guna ketuhar eletrik jenama katun yang baru dibeli..
dan pagi tadi..
jangan tak cayaaa...
Kitorang bersahur tadi makan stik kambinggg...
Tak pernah hayat dibuat time posa... ahaks
 
 

Kenangan itu agak mahal untuk dihargakan


Ok alright ok..
Alright alright ok..
Ok ok ok alright…
Owh tak ada apa sebenarnya..
Saya puasa hari ni..
Yang tadi ok alright tu adalah ujian awareness yang aku lalui masa kuruskursus yang aku panggil team geleding ari tu..
Nasib baek kursus tu tak berat macam training askar..
Kalau tak mau terlepek aku seminggu tak bangun..
Kursus tu banyak outdoor…
Jadi banyak game..
Bayangkan bila orang tua bermaen-maen…
Dengan semangatnya…
Di bwah panas terik…
Sampai cair mekap..
Sebijik macam budak-budak..
Maen sampai tak hengat dan sedar diri dah tua bangka.. hahaha..
Sesekali masa maen dengan semangat tu ada jua terlintas difikiran..
Patutlah anak-anak aku sangat bersemangat bab maen…
Tak payah suruh.. pukul 5 petang je semua lenyap pegi maen..
Grup aku paling cepat siap bila maen game.. kecuali bab kutip daun..
Paling slow…
Tapi dalam maen –maen pun aku rasa boleh baca perangai orang…
Apa yang ditunjukkan itulah attitude mereka..
Ada yang bersungguh-sungguh.. ada yang buat tak peduli.. buat hal sendiri bila merasakan itu tidak penting buat mereka..Orang laen terkial-kial buat kerja dia duk sembang dengan orang laen.. ada yang nak tunjuk pandai… ada yang dominan mcam bagus.. ada yang mengelak dari buat kerja dan ada yang kerja dia menjawab cakap orang je..
Aku kan an observant..
Tapi aku tak kisah…dah nama manusia berbeza antara satu sama laen..
WAlaupun begitu.. kalau aku menilai pun hanya untuk diri aku…
Supaya lebih berhati-hati dan menyesuaikan diri kalau tetiba kena berurusan dengan mereka nanti..
Dalam kursus tu fasilitator ada share teknik penyaluran tenaga menggunakan tangan di tujuh tempat..
Baru aku ada tangan kita ada tenaga, boleh dirasa dan boleh salurkan ke tempat laen..
Katanya boleh buat untuk kurangkan stress, lenguh-lenguh dan juga untuk kesihatan..kalau demam boleh buat juga dan yang laen-laen.
Boleh buat untuk diri sendiri dan juga pada orang laen yang dipanggil penyaluran tenaga positif berfrekuensi tinggi.
Contohnya.. kalau pening.. letak tangan kat kepala, niat nak salurkan tenaga pada diri sendiri atau orang laen, buat pernafasan dalaman dan fokus.. nanti tenaga dari tangan akan turun ke kepala dan membantu mengurangkannya..
Mula-mula aku agak skeptikal bab-bab ni..
Tambah lagi bila try buat masa kursus tu tak pernah nak jadik..
Tapi hati dah tak sabar nak buat kat rumah..
Bila balik rumah tak ada orang pulak yang nak sakit.. semua sihat je
Jadik tak terbuat..
Hinggalah satu hari masa pegi Kl dengan mytebby hantar bibik balik indon..
Aku cuba test kat mytebby yang tengah tidur dalam keletihan..
Kalau orang tengok gaya aku dari jauh mesti diaorang ingat bini tengah mandrem laki..
Aku tak cakap pada mytebby yang aku telah menyalurkan tenaga positf berfrekuensi tinggi tu  kat kepala dia…
aku tak pegang pun kepala dia, hanya letak tangan paling hampir je kat kepalanya.
Tak lama selepas mytebby sedar dan dalam perjalanan dia tanya aku ada buat sesuatu tak kat dia masa dia tidur tadi..
Sebab dia dapat rasa macam ada arus mengalir kat kepala dia walaupun tengah tidur,,
Aku ngaku jelah yang aku testing apa yang aku belajar masa kursus tu dan dia jadi spesimen ujian aku..
Wahhh!! Jadilah.. Rupanya betullah dan barulah aku percaya..
Tapi ada satu prinsip dari 4 prinsip teknik ni yang aku ingat..
Iaitu… Unconditional Love.. kasih sayang tanpa syarat pada semua..
Bila buat kena ikhlas..
Betulla kawan aku cakap..
Di tangan ada kasih sayang..
The love that heals…
Nak belajar?
Boleh ..
Ayam panggang  kenni rogers sekor 1 set 2 orang makan.... boley?
hehehe

aku tak percaya....

 Hi,

Permit me to tell you how beautiful u are,the mare sight of your pretty face got my heart racing and got me thinking. I never saw so sweet a face as yours that i stood up glaring at my pc speechless for a while with my heart leaving its dwelling place and cannot return no more.Join me in the quest for love hunt cos i feel with you in the picture I can conquer the ocean called love by making you a figure with fingerprints not only in my heart but in my life. Give me a chance to get to know you more. Hope my mail gets to you in good health and will wait to read from you.

 

LOVE,
 ****



Ini adalah contoh ayat manis kat mesej dalam fesbuk yang boleh buat orang cair meleleh bila membacanya tapi langsung tak boleh dipercaya.. Jangan percaya ayat-ayat yang manis kelak nanti melukakan... hanya boleh baca dan seronok baca je... tapi jangan reply..

Mana dapat ayat manis ni?

Siapa saya pada awak?

Huh!! Tajuk tak berkait langsung dengan entri.. ahaks
Tak kisahlah..
tu je yang terlintas..
baidewei..
Puasa tak?
Saya puasa jugak..
Bulan puasa datang lagi..
Apa makna bulan puasa buat semua orang?
Selain dari menahan lapar dan dahaga dan tingkatkan amalan dibulan yang mulia sepertimana semua orang tau..
Pada aku selain dari yang di atas..
Maknanya rutin harian aku berubah lagi..
Berubah 360 darjah..
Bulan puasa ni tak perlu terkejar-kejar masak bekal anak ke sekolah setiap hari...
Tak perlu juga berkejar balik masak tengahari bila cuti..
Tapi yang pasti bulan puasa ni mytebby pasti kena penyakit orang mengandung...
Mengidam nak makan itu dan ini....
Terutama menjelang tengahari menuju ke petang..
Kenkadang aku tengah sibuk bekerja dia call..
" Kita berbuka lauk pajeri ari ni, lawan dengan ikan keras ekor masin boleh?..."
Hehe!! Aku tak kisah..
Sekurang-kurangnya dia membantu aku menyelesaikan masalah sakit kepala pikir nak masak apa untuk berbuka setiap hari..
Selagi dalam kemampuan aku memasaknya..
Kalau tak kenalah meng'google' mencari resepi yang nak dimakannya..
Setelah sekian lama menunggu akhirnya kat rumah dah ada ketuhar eletrik...
Mytebby belikan semalam.. murah je..
jenamapun macam nama kartun dalam buku cerita dan tv yang aku suka baca  masa sekolah rendah dulu...
Katanya buatan Malaysia 
tapi aku tak kisah pun asalkan dia yang  beli...
Bagus..its a starting point..
Lagilah berkobar-kobar aku nak masak bulan puasa ni.. 
haha..
Tapi semalam ketuhar tu tak panas pun lagi.
Sebab aku tunggu mytebby cakap nak makan kueh apa pulak...
Barulah aku google resepinya dan cari bahan kat kedai..
Sebab aku tak kan buat makanan yang orang tak suka makan..
nanti aku demotivated nak masak bila orang tak makan.. 
Puasa hari pertama aku balik rumah mak untuk berbuka..
Mak, adik aku si Maz dan mytebby dah pesan... aku kena jadi chef semalam..
Masing-masing dah pesan nak makan lauk yang diorang nak makan..
Si Maz : kak c**i, aku nak makan masak lemak cili api udang ngan telur hancur sambal tau..
Mytebby : abang terasa nak makan tauchu lah....
Mam besar: Mak teringin makan kailan ikan masin.. Lama dah tak makan..

Petang tu kitorang merayau kat Tok Mat Caid cari barang nak masak..
Sempat lagi berangan nak tengok wayang...
Hishh!! bulan posa ni... 
Tapi cerita sedap la...
Tak boleh.. lupakan dulu..
Kitorang pergi dengan si Lover..
Balik dia bawak kitorang ikut jalan yang salah..
Yang mana mytebby bawak kitorang masuk celah semak tepi rumah orang on the way balik...
tu tak termasuk bab dia meroyan nak panjat bukit kat tepi jalan tu..
adoiyaiii!! Pening kepala aku...
Lambatlah aku nak balik masak ni..
Pukul 6.00 petang baru start masak...
As usual...
Mak dari kerusi malasnya memberi arahan...
hehehe!! Ala Omak!! anak mak ni sejak umur 14 tahun dah start masak...
No worries my  dear mummy ... duk diam-diam... hehehe..
Yang penting... makan tak mati... 
Sedang aku kalut masak tu... tetiba terdengar mak bersuara..
" Patutnya kau berhenti mengajar... bukak restoran..!!"
Hehehe... nak pitam jap..
Kerja aku sekarang is my passion...
Takkan dilepaskan..
Nantilah mak.. tengoklah kalau orang dah tak mo kat aku dan kena berenti kerja...
Baru aku pikir jual nasi lemak... hehehe
Menu berbuka puasa hari pertama adalah semua orang mengidam nak makan request...
Yang penting... semua orang kata sedap dan mak aku happy.
Seperti yang adik aku cakap dalam fesbuk... happykan mak selagi ada hayatnya..

Selamat berpuasa dan selamat beramal..

Biarlah ia jadi sebahagian kenangan duka dan manis

Pengalaman masa mula-mula masuk kerja...

Kena jerkah dek staf pentadbiran...
"Woiii!!" lalu merah mukaku sekejap..
Security Guard tahan aku kat pintu gate utama masa naik motor..
" Awak ni sapa? Staf ke pelajar? Bebas sangat keluar masuk!! Kadang-kadang naik dengan jantan!!", katanya..
Menyebabkan aku sentap seketika..
mujurlah ada yang mengenali...
Student ada panggil aku 'adik' masa kat kedai runcit...
layan je....
Motor kena rantai sebab parking kat parking lot untuk staf..
Security Guard ingat aku pelajar... 

Itu dulu zaman muda remaja yang tengah slim melim..
sekarang tak lagi..
Tambah lagi bila dah kembang sana sini ..

Baru ini masa tunggu bas kat pos pengawal..
Aku disapa oleh seorang pak pengawal yang sudah senior...
Katanya....
"Puan masih ingat dan simpan lagi tak surat saman puan parking motor kat tempat salah.?? saya masih simpan lagi...!!"

Aku terkesima seketika... tak sangka dia masih ingat dan simpan sedangkan aku dah lupa semuanya....

its time to go

Selamat tinggal kawanku..
tak mudah aku pergi 
bila wajahmu sentiasa di hati ini..

Bunyik macam jiwang je..
Sebenarnya tak da apa pun ... 
tak berkuasaan la ..
tak berkesempatan nak jiwang sebab banyak benda laen yang menyesakkan kepala aku..
ektuali, dalam banyak-banyak lagu yang aku dengar dan ingat itulah satu-satunya lagu yang tiga baris tu je aku ingat...
sebabnya lagu tu peliklah...
dia nyanyi part tu je.. 
yang lebihnya bebel-bebel sorang-sorang.. 
aku bab lagu yang membebel-bebel yang aku paling tak gemar.
Tak lalu tekak  telinga aku nih

Dua malam yang lepas..
sewaktu kedai nak tutup..
"ibu!!"
"ya"
" Ustaz suruh ibu buat sendwic 40 keping sebab ustaz nak buat adab makan masa kafa"
" Kenapa Naim cakap sekarang bukan petang tadi?? Kenapa tak cakap esok pagi je?!"
"Naim takut ibu penat!'

erk !!!
"See!! your son also know creating a reason to escape!!" kata mytebby.


*** terkesima jap dengar jawapan anak..

Bukannya aku tak nak buat ..
tapi aku nak anak aku belajar beritahu maklumat awal..
supaya senanglah aku buat preparation awal
Maka awal pagi semalam terkial-kial la aku buat serndwic mayonis sardin..
Memang aku bangang bab ilmu hisab ni.. 
Tak pasal-pasal kena bangang..
Salah kiralah pulak.. 
patutnya beli 2 bungkus .. 
tapi beli sebungkus je..
Memanglah tak cukup.. 
Dapat 20 keping je
naseb baek mytebby ada beli sebungkus roti yang belum buka lagi..
yang jadik penyelamat aku pagi itu..
Dah siap simpan dalam peti ais biar sejuk...
Tengahari pukul 1.30 pm pegi hantar kat anak di sekolah..
Tak sampai hati nak hampakan anak..
yang mengharapkan maknya buat sendwic 40 keping..
Tapi berbaloi...
" Ibu, kawan-kawan naim ngan ustaz kata sendwic ibu sedapp.. diaorang kata ' nanti suruh ibu awok buat lagi esok ya!!"

hehehe...

Grinned til my ears...    :D


its time to leave

Semalam semasa rombongan bas kuli pecacai yang berkursus di Perak berhenti rehat di Petronas Gombak, adalah sorang kuli pecacai beli suratkhabar metro...

Maka riuhlah kuli pecacai yang laennya bila melihat tajuk utama suratkhabar panas itu " Orang perempuan Melayu menari gelek dibayar 800 hingget 15 minit" terutamanya 2 orang kuli pecacai ni..

Maka berkatalah kuli pecacai C: " Wahhhh!!! 800 hingget for 15 minutes???!! Banyaknyaaa!!! Macam ni aku berenti kerjalah.. tukar profesion jadik penarik gelek pulak... Aku caj 1500 hingget 15 minit... hahahaha!

Dan disambung oleh kuli pecacai D :  " Bagus!! akak berenti pastu jadi penari gelek... biar saya jadik pengurus akak pulak.. kita up jadi 2000 hingget 16 minit.. hahahahaha...'

Naseb baek ustazah yang lemah lembut dan duduk di seat sebelah kuli pecacai C dan D ni tak dengar. Sebabkan.. mesti dia terlopong sambil beristighfar .. pastu dia akan kata " C***!!!! dengan nada lembut sambil geleng kepala kalau dia dengar statement maut kuli pecacai C dan D ni...Dahlah daring buat statement maut, gelak bagai dengan kuatnya sampai pemandu bas hingga ke penumpang yang paling belakang tu boleh dengar.. ahaks..

Siapakah kuli pecacai yang sangat daring itu???... hehehe..Yang pasti kuli pecacai yang berdua itu berani cakap je statement tu.. takkan tergamak membuatnya..  :-D

share kawan punya..


I won't do the same to others because I know it really hurts..always forgive although  it will heal the hurts in time.. Really hope i have the strength, be more courteous, respect other people's feeling and be mindful for each word uttered and my actions toward others....

kursus lagi

tah apa nasib kena pergi kursus ..
Lama pulak tu... 
Dah lah jauh..
Ke Perak plak tu..
Baru lagi pegi bengkel 3 hari kat Kay El..
Katannya aku tak cukup jam latihan lagi... 
Biar kebenaran diorang tu..
Aku rasa macam dah banyak aku pergi latihan..
Maka ramailah kalangan kuli pecacai yang kena pergi tu bising...
Sebab kena pegi time diorang sibuk.
Kerja berlambak-lambak..
Ramai yang tak nak pergi..
Tapi kalau tak nak pegi kena cari pengganti..
Sapa nak jadi pengganti time macam ni..
Lalu ada yang sibuk nak cari MC yang fake...
Masalahnya... nanti laen kali kena pegi jugak..
Malam ni bertolak kul 10.00 malam... 
Lalu kut lebuh raya timur barat..
Kawan aku yang senior kata... orang tak lalu jalan tu lewat malam...
Itu kata dia... kata orang laen???
takpalah.. kalau jumpa gajah tengah tidur atas jalan tu..
Kita pakatlah tidur tidur tengah jalan tu jugak teman gajah... ahaks.
Kuli pecacai macam kita ni ikut je arahan orang atas..
Bising pun tak guna.. kena pergi juga..
Namanya kursus team bulding..
Bila tengok senarai nama ramainya orang-orang veteran macam aku ni...
Lalu kursus tu bertukar nama jadik team geleding.. haha..
Masalahnya kuli pecacai yang sorang ni tak pack pun lagi..
Kasut sukan pun tak de lagi...
Seluar sukan pun kena cari...
 Padahal malam ni dah kena pergi....
Banyak keja kena settle sebelum pegi..
Kepala ting tong ting tong dah ni..
hehe.. tawakal lah hati,..

hanya melihat dari jauh..

Yati pergi kursus kepimpinan jumaat baru ni..
Kecik-kecik lagi dah berkursus..
aku ni masuk sekolah dewasa baru tau erti kursus..
dia sangat semangat nak pergi kursus..
sehari sebalum hari kejadian dia dah siap pack baju..
Lepas tu dia buli maknya suruh beli barang..
MAcam-macam dia suruh beli... torchlight la.. telekung lah padahal telekung dia dah tiga pasang.., selipar jepun lah... padahal selipar barbi ala jepun dah ada kat rumah... 
Pening ibunya dibuatnya..
Sampai kat tempat kursus dia sangat excited..
 Jumpa je kawan terus tak peduli kat ibu dia....
Pergi 2 hari 1 malam je..
Tapi si ibu resah gelisah ingatkan anak..
Bila balik tengahari Sabtu dia dah nampak tak semangat..
Suruh dia makan tengahari dulu sebelum balik pun dia taknak...
Katanya tak ada mood nak makan...
Tapi aku tau dia letih...
" Yati!! Seronok tak kursus?"
" Tak seronok sangat!!"
"Kenapa pulak tak seronok? kawan ramai kan?!!"
"  Letihlah ibu... jalan sana sini... semalam Yati tidur pukul 2 pagi?"
" Abes tu YAti buat apa tidur lambat?"
" aktiviti maen-maen... !!"

Aktiviti maen-maen...??


" YAti ada cakap kat depan tak masa kursus?"
" Ada... mula-mula Yati takut cakap kat atas pentas.. lepas tu YAti biasa"
" Yati sukarela cakap kat depan ke kena paksa?"
" Tak.. Yati angkat tangan"

Bagus.. anak aku sangat berani..


" Ibu, YAti kena jalan jauh sangat ibu!"
" Jauh ke? berapa km yati kena jalan?"
"500 km ibu!!"


Uitt anak aku ni.. biar benar!! itu dah sampai Kay El punya jalan!


" Ibu!"
"ya"
" Kat kursus tu kan ramai sangat yang kurang ajar.. dia orang cakap kasar ibu sampai kena marah dengan kakak, ibu!"
"Habis tu Yati cakap kasar tak? "
" Tak ibu.. Yati duduk diam je..."
" Bagus.. ibu tak nak dengar ada orang komplen anak ibu cakap kasar"
" Ada budak nama sharul ibu.. dia cakap kasar sangat sampai kena marah... Ibu! Naseb baek sharul tak jadi anak ibu... Kalau dia jadik anak ibu mesti mulut dia kena tonyoh lada!!"


????


 hehehehe

Kau ada?!

Kat rumah aku ada Alphad, Mercedes dan Porche…

Tapi itu bukanlah koleksi keta mewah yang ada kat umah aku..
Sebab kuli pecacai macam aku ni tak layak untuk pakai keta sebagitu..
Itu adalah nama 3 ekor kura-kura manja yang aku bela sejak hampir setahun..
Kenapa nama tu ?
sebabnya nak pakai keta-keta tu memang tak mampu..
jadi beri nama kat kura-kura lah..
2 ekor besar dan sekor kecik..
Kenapa 3 ekor, bukan 4 atau 5?
Sebabnya anak aku ada tiga orang..
Sorang satu.
Kalau tak nanti gaduh..
Terpaksalah beli 3 ekor.
Kali ni paling lama aku bela kura-kura..
Sebab aku da tau petua supaya kura-kura hidup lama..
Jadi aku mempraktiskannya.. nampaknya berjaya..
Setiap kali aku balik rumah bermalam di rumah mak pasti ketiga-tiganya aku angkut sekali..
Pastukan nanti pasti mak aku kata ' mengong!!"
Tapi sesekali aku tengok dia asyik tilik kura-kura aku tu..hehe
Aku ni bukannya baik tapi aku ikut cakap mak… hehehe
Dulu mak aku kata.. ' Lebih baek buat baik pada binatang daripada buat baik pada manusia.. seratus peratus pahala dapat kat kita.. sebab kita tak akan mengungkit kebaikan kita pada dia, tapi kalau manusia kita ada kecenderungan untuk mengharapkan balasan dan mengungkit. Nanti pahala kita kena tarik balik..Tapi mak cakap jangan sampai tak buat baek langsung pada orang…!"
Itu mak aku yang cakap..
Jadi bila dia cakap mengong bawak balik kura-kura tu aku akan jawab " anak mak ni ikut cakap mak… buat baek kat binatang..nanti seratus peratus pahala akan dapat kat kita.. hati kita pun tak sakit.. hehehe dan pastu mak pasti cakap.. 'betul jugak..!!
Jadi kalau buat baek kat orang mesti ikhlas dan jangan mengharap balasan selain jangan mengungkit.. kalau tak baek diam dan jangan buat baek pada orang sebab nanti kita akan sakit hati… bila sakit hati nanti bukan setakat pahala lari dosa pulak dapat bila kita mengumpat kat orang laen..
Satu lagi mak aku cakap 'Kawan biar ramai tapi jangan paksa orang kawan dengan kita.. kalau kita berkawan kita kena buat baek pada kawan kita.... kalau kawan kita jauhkan diri dari kita, baeklah kita diam dan terimalah hakikat kita ada kekurangan yang buat orang menjauhkan diri dari kita. kalau kita paksa nanti kita sendiri rasa tak seronok. Dan aku yang bukan baek sangat ni tetap ikut dan berpegang pada cakap mak aku .. kalau tetiba kawan aku jauhkan diri dari aku dengan apa jua cara, maknanya adalah kekurangan aku yang menyebabkan dia tetiba buat begitu.. jadi apa yang pasti aku buat adalah mengaku kekurangan aku, minta dimaafkan untuk kekurangan itu, diamkan diri dan pergi….
Tapi yang pasti aku sangat sayangkan kawan-kawan aku…
Sebahagian dari kekuatan hidup aku… 
 hehe!! 
Kau ada!

Khayalan

Orang kata kalau kita dalam keadaan terlalu sedih terlalu-lalu,  serabut terlalu-lalu , banyak berfikir ataupun sangat happy terlalu-lalu maka tidak digalakkan memandu kereta kerana kita tak akan dapat memberikan perhatian seratus peratus pada kereta dan apa yang ada di depan atau di keliling kita...
 Memang betul sebab berlaku kat aku... 
Betullah macam orang dalam cerita korea yang aku duk gila tengok tu cakap...
Aku pegi isi minyak lepas hantar anak aku sekolah.. 
Perangai aku bab minyak kereta ni pelik sikit..
Aku takkan tunggu meter minyak kat sicukai duk blink-blink kasik warning minyak nak abes..
Biasanya bila tinggal satu bar je terus aku pegi isi..
Memang jarang aku tunggu dia blink blink sebab bila aku tak isi sedangkan dah blink blink maka nanti aku pulak stress bimbang sicukai aku merajuk sebab kebuluran di tengah jalan... nanti aku jugak yang susah.. silap ari bulan nanti ada pulak orang yang kata aku ada jin tanah.. aahaks..
Dan aku akan isi minyak di stesyen minyak tertentu aje... 
Pagi itu di stesyen minyak yang agak lengang aku dengan yakinnya pegi bayar rm30 kat kaunter dan pergi ke kereta..
Entah kenapa selepas keluar dari stesyen minyak dan semasa berhenti di traffic light tetiba aku perasan meter minyak si cukai tak berubah.. lalu aku merasa sangat musykil.. takkan lah dah isi rm30 tak berubah... ke rosak meter ni? Puas aku fikirkan dan recall kronologi di stesyen minyak hinggalah aku tersedar....
OMG!! OMG!! 
Rupanya aku lupa isi minyak..
Lepas bayar kat kaunter terus menonong masuk kereat dan dengan yakinnya hidupkan enjin sicukai dan berlalu pergi...
Adoiyaiii!! Macamana boleh lupa ni...!! 
Bengong ke apa.?
Lalu aku terus pusing balik..  
Kena pandu lagi  2 km pulak..  sebab tempat u-turn jauh sangat..
Macam bodoh je kena pusing sekali lagi..
Dalam hati berdoa tak ada orang yang isi minyak kat situ...
Nasib baik bila sampai masih kosong lagi..
Adik cashier tu tersengih-sengih tengok aku sambil beri isyarat boleh isi... 
Mesti dalam minda dia kata... " APalah pempuan ni mengong sungguh!!" 
Hehehe... I don't care what she might thinks about me..
Yang pasti nasib baik sempat isi..
Kalau tak pasti aku dah berikan petrol percuma sebanyak 30 hingget pada orang laen di pagi hari yang cerah tu...
Kak Zu tanya... " Mu sedor dok?".. hehe..
Entahlah... tetiba jadik tak fokus gitu..
Khoya... hehehe..
Tapi kalaulah mytebby cerita kat kawan dia aritu mesti kawan dia cakap aku ada jin tanah lagi takpun jin bukit belakang tempat kerja aku.. 
Mungkin juga aku ingat stesyen minyak ni macam stesyen minyak yang aku biasa isi kat bandar...
Orang isikan pastu aku hulur duit je dan chau...
Padan muka aku .. inilah bahananya kalau tak fokus... hehe

kasih cinta rindu dan sayangnya..

Perancangan kitorang hujung minggu baru ni ialah mytebby ke KL dulu dengan siNeo pada hari Rabu. aku akan menyusul keesokan malamnya menaiki bas. Anak-anak aku tak bawa bersama rasanya ia melambatkan kerja kitorang. Hari Khamis tengahari mytebby called kata dia dah jumpa yang berkenan dihati dan tak nak dah lepaskan.. Sampai kat KL pukul 5.30 am mytebby fetch me up kat H.Putra. Rehat kejap sebelum selesaikan urusan. First destination we all adalah Maybank, kemudian ke Bank Rakyat di Subang dan tengaharinya ke Bank Islam di Shah Alam ...  suddenly I realized... banyaknya duit dia.. Mana dia dapat ek? Adakah gedebuk jatuh dari langit??tak apa ... malas nak pikir..
Selepas selesai we makan kat kedai makan seksyen 15 shah alam dan rehat kejap di  hotel sebelum urusan terakhir pada 6.30 petang di bengkel kereta. Serius, aku tak sangka dalam hutan dan terceruk ada satu bengkel yang penuh dengan lenlover... Di sana -sini penuh dengan lenlover.. ibarat syurga pada pencinta lenlover. Janji dengan empunya badan berurusan disitu. Empunya lenlover tu lelaki cina muda lagi.. dan dia gila lenlover.. dia simpan duit beli lenlover dan berhabes banyak untuk makeup lenlover tu sebelum dia berubah fikiran nak beli lenlover model puma yang baru.Dia cakap dia pun jadik macam mytebby jugak angau sampai tak boleh tidur masa nak beli lenlover.  Kiranya kitaorang dapat lenlover yang memang dah tiptop dan tak perlu dibaiki lagi. Akhirnya tepat jam 8.00 malam 29 Jun, 2012.. sebuah lenlover difender tahun 1996 yang menjadi igauan mytebby sah menjadi miliknya...Mytebby said " it's mine' sebaik sahaja sahaja lenlover itu berpindah tuan. Dan bertambah juga lah ahli keluarga di rumah aku.. Lenlover itu dinamakan SiLover..  Sebabnya kerana panahan cinta dan racun lenlover tu menyebabkan mytebby tak senang duduk. Angau tahap eksponen. Rasanya masa dia berkawan-kawan dengan aku zaman muda belia tak adalah dia angau sebegini dasyatnya..  Asyik mimpikannya selalu sampai tak boleh tidur.. cinta kasih sayang dan rindu hanyalah padanya.. Bila dapat silover mercerdes pun dilupakan terus. Dua hari sebelum dia nak dapat lenlover dia tak boleh tidur langsung... Bila dia dapat je Silover ni dia punyalah excited sampai tak boleh tutup mulut.. Katanya siNeo di akan guna time kecemasan dan dia perlu bergerak cepat... Silover akan menyelesaikan masalah dia nak tarik bot di tepi pantai setiap kali balik dari menangkap ikan.. yang pasti bila pergi berkelah kat sungai yang kitaorang biasa pergi tu silover akan parking digigi air..  Dia rasa macam satu feel yang berlaenan bila dia pandu siLover.. aku pun tak tau sebab aku tak pernah bawak lagi.. aku suka juga siLover ni tapi tak adalah melampau-lampau sampai tak boleh tidur... satu hari nanti aku akan pandu uji juga SiLover ni.  Cuma yang aku kurang berkenan pasal siLover ni ialah tiada hiburan which means tak da radio... even model yang paling baru pun aku tengok tak da dvd player.. Bila mytebby kata pasanglah radio masa perjalanan tu.. maka akulah jadik radionya... macam-macam lagu keluar. Habis satu lagu sambung lagu laen dengan lirik yang tak betul.. ahaks.. Bosan jadik radio aku tidur..Kata mytebby.. orang laen kena akur bila silover atas jalan... aku cakap baguslah.. dia orang kena akur pastu kita kena carut...ahaks.. Lepas ambik siLover we all balik terus pukul 12.00 mlm. Mytebby dan aku naik siLover.. adik mytebby pulak bawak sineo balik sebab aku tak konfiden nak bawak sineo.. Lepas mytebby dapat SiLover ni barulah dia betul-betul mengantuk. Pukul 1.30 pagi we all berhenti kat rehat kat Temerloh. Plan nak tidur kejap je..tapi akhirnya pukul 5.30 pagi baru  tersedar.. Lepas solat subuh dan breakfast baru bertolak balik  dari Temerloh. Sampai rumah anak-anak dah terlompat-lompat... tak sempat nak masuk rumah diorang dah buli suruh bawak silover tepi pantai. Rupanya memang betullah orang kata wagon ni so powerful.. kitorang test kat tepi pantai silover ni selamba je meredah pasir pantai... petang semalam masa layan trek bukit bauk , mytebby lepas brake dan minyak lalu dia turun sendiri dengan perlahan-lahan.. patutlah ada orang gilakan lenlover sampai demam.  Ada orang kaki lenlover kata lenlover ni walaupun lasak tapi manja.. mesti sentiasa dibelai dan jangan paksa dia.. Uitt!! Macam pempuan lah pulak. Tapi itu aku serah kat mytebbylah.. bila ada rezki lebih nak tukar cat dan makeup sikit silover dan tambah aksesori..... Semuanya kerana silover...