Sememangnya hingga ke saat ini dan di waktu diri hampir memasuki fasa baru kehidupan ,aku masih seakan tidak percaya dengan apa yang aku perolehi dan capai sekarang. Walaupun tidak segah dan sehebat pencapaian orang lain tetapi sekurang-kurangnya aku dapat capai apa yang aku inginkan sebelum ni dalam tempoh waktunya..
Aku bukan dilahirkan di kalangan orang yang kaya raya... ahli keluarga yang ramai tambahan pula arwah abah hanya polis biasa menyebabkan aku sedar yang untuk hidup senang perlu adanya ilmu.. Tapi aku bukan anak yang sangat pandai seperti abang-abang dan kakak-kakak aku.. Kebanyakan abang dan kakak aku berkelulusan luar negeri menyebabkan keinginan untuk duduk sebaris dengan mereka begitu mendesak.. Aku masih ingat waktu abang aku balik belajar dari luar negeri. Aku baru darjah 3 bila dia pakaikan jubah universiti.. aku tenggelam dalam jubah yang labuh tu sambil sengih-sengih... lalu aku pasang impian dalam hati.. satu hari aku akan pakai jubah ini jugak macam abang aku.. Tapi perjalanan untuk sampai ke tahap sekarang tidak mudah...
Pencapaian SPM aku tidaklah sangat menarik.. hanya cukup makan dengan tauge yang aku kutip dengan banyaknya... tapi bagi aku cukup untuk melayakkan aku sambung belajar..Maklumlah masa zaman aku belajar dulu tak macam sekarang... Cikgu sekarang rajin buat tusyen... banyak kemudahan kat sekolah.. Dulu aku hanya belajar sendiri.. cikgu tak peduli.. sememangnya tiada istilah tusyen dalam hidup aku... jadi bagi aku kalau tak ada A sekalipun aku kira berbaloilah dengan C yang banyak.. Tapi bagi abang-abang aku dan kakak aku pikir itu adalah yang sangat teruk sekali seolah tak ruang lagi untuk belajar... Kena bebel sekarung jugaklah dek kakak aku... So.. result SPM dah dapat... Apa pulak lepas ni.. nak ambik apa??? Aku buntu.. Abang dan akak dah tak amik kisah sebab diorang kata aku tak pandai.. jadi tak ada orang nak tolong. Pada awalnya aku nak ambik culinary art sebab aku minat sangat. tapi mak aku membantah dengan kerasnya dan aku bertambah buntu sebab tak tau nak amek apa... Akhirnya aku perjudikan nasib aku mohon business study di ITM dan kursus Perdagangan Antarabangsa di kusza..Semuanya aku buat sendiri.. cuma aku minta tolong kak jurai buatkan karangan kenapa mohon business study dalam bahasa malaysia dan aku terjemahkan pulak dalam bahasa inggeris sebab result BM aku sangat teruk berbanding subjek BI. Sedih?? Menitis airmata jugaklah sebab my result was below their expectation.. Tapi, rezeki untuk aku tetap ada..Ditakdirkan Allah kedua-dua permohonan aku berjaya..Akhirnya aku masuk kusza. Seriously... bila ambik dan belajar kursus yang langsung tidak disukai sememangnya amat menyeksakan.. Nak berhenti tak sampai hati tengok mak dan arwah abah yang dah spent banyak masa mula-mula masuk dan tak mau isu aku berhenti jadi isu besar dalam keluarga... jadik telan jelah.. Perit tapi aku percaya ada hikmahnya..Akhirnya aku tamat dengan result diploma aku tidak segah orang laen... tapi masih cukup untuk aku sambung belajar lagi... Aku nak sambung luar negeri.. siap nak ambik Toefl lagi tapi terbantut akhirnya sebab mak aku tak bagi. Katanya belajar dalam Mesia je.. tak yah pegi jauh-jauh.. Lalu melopong lah aku tengok kawan-kawan aku fly belajar kat UK. Tapi aku rasa tak percaya sebab aku tamat belajar dan dapat pulak sambung buat first degree.. mula-mula masuk dalam pintu pagar UUM buat aku rasa seperti bermimpi.. macam tak percaya.. First semester belajar memang aku stress.. bimbang gagal.. tapi kawan aku cakap jangan risau. asal ada usaha pasti lulus.. empat tahun di sana menjadikan aku seorang yang sangat berdikari.. Habis belajar, skrol dapat laki pun dapat... hehehe.. tapi sayang ...suka benar-benar kat orang laen, tapi kawin ngan orang laen... nak buat macamana .. tak da jodoh..
Aku ingat bila dah tamat belajar ni aku dah tak nak lagi sambung belajar. Aku nak kerja pulak . tapi bila kawan aku masuk kerja sekali ditempat kerja aku dengan pekerjaan tetap dengan gaji lebih banyak sebab kelayakan lebih tinggi sedangkan aku masih lagi kontrak dengan gaji ciput menyebabkan aku menyesal sangat tak sambung belajar terus.. gatal nak kerja sangat ngan berlaki. tak nak sambung.. padan muka.. mulalah terasa bila kawan gajinya jauh lagi banyak... Even aku rasa gajinya beza dua tiga ribu lebih dari aku sekarang ni tambah lagi dia dah lama dinaikkan pangkat.. sambung belajar lagi pulak tu..
Dijadikan cerita.. Allah memang nak beri rezeki walaupun bukan dengan cara yang mudah.. Tiba -tiba aku ditawarkan sambung belajar sambil bekerja oleh majikan tempat aku bekerja.. Interview dulu, isi borang kemudian terus dapat..Semuanya berlaku dalam tempoh sehari... Rasa macam tak percaya.. tapi itulah yang sebenarnya..Senang tak macam orang laen yang terpaksa ikut prosedur.. Tapi selepas itu adalah cabaran yang sangat hebat yang buat aku hampir meroyan jugaklah. 4 peranan yang terpaksa aku pegang dalam satu masa.. sebagai pekerja, ibu, isteri dan pelajar sememangnya menuntut kecekalan dan pengorbanan yang sangat tinggi.. Dua tahun pertama amat sukar.. nak beli kereta pun tak mampu sebab aku biayai sendiri pengajian dengan membuat pinjaman bank.. Gunalah motor mytebby tanpa lesen,insurans dan cukai jalan pegi kerja... hehehe.. Mytebby belum bekerja sebab belajar bahagian cikgu ni.. elaun belajar dia pun dipotong sebab waktu ekonomi gawat. Besok nak gaji hari ni cash kat tangan tinggal beberapa ringgit je.. pernah sekali aku geledah satu rumah cari duit-duit syiling sebab nak beli gas.. Life??? Jangan ceritalah... so messy.. tidur tak sempurna seperti orang laen.. Anak dah tidur baru boleh buat kerja.. Kenkadang sebelah tangan menaip buat assignment.. sebelah tangan lagi ayun buai anak. Hujung minggu seawal pagi naik motor bawak anak ke rumah pengasuh sebab nak pergi kelas kat K Trg .. lewat petang baru balik.. Nasib baek anak aku sangat baek dan tak banyak kerenah. Dan selama tempoh aku belajarlah jugak aku sangat jarang balik rumah mak dan mertua..Pernah sekali hujung minggu hari Sabtu tu aku ada final exam. Pada masa yang sama kena hantar assignment dan buat presentation, majikan pulak suruh buat tugasan yang banyak dalam masa singkat sebab beritau last minute dan kena hantar pulak hari Kamis tu.. ditambah lag iperasa anak aku pulak demam.. Tambah pulak aku sorang-sorang je sebab mytebby jauh belajar di Johor..Memang masak aku dibuatnya.. Hampir sewel aku sebab penat dan stress yang teramat tapi redah je..Pejam celik pejam celik. akhirnya aku tamat ... Sungguh.. aku tak percayalah .. sebab aku stress gila hampir meroyan... selalu menangis terutama diperingkat awal belajar bahkan aku pernah rasa nak quit je belajar sebab tekanan yang sangat berat. kali ni skrol dapat, anak nombor dua pun aku dapat.. hehehe.. Alhamdulillah... aku puas... Aku ras satu kepuasan dan satu kegembiraan yang teramat sangat semasa pegang skrol masa konvokesyen dulu. Aku gembira sebab aku dah boleh berdiri sama tinggi dengan abang dan kakak aku..Diorang dah tak boleh perlekehkan aku dan pandang aku sebelah mata lagi dan aku dah boleh duduk semeja berbincang dengan diorang tanpa rasa malu disebabkan jurang pendidikan yang tak sama..
Baru ni, kawan sekelas masa kat kusza dulu called aku.. banyak yang disembangkan. Tetiba dia tanya.. hang tak nak sambung lagi ke?? Hehehe.. lalu aku jawab.. tak nak lah.. sebab aku tak nak mati cepat... hahaha..
Rasanya cukuplah apa yang aku ada sekarang.. rasa seakan tak sanggup menyesakkan kepala aku lagi.. tambahan lagi bila mendengar cerita-cerita ngeri kawan-kawan aku hingga ada yang trauma tengok orang kulit hitam menyebabkan aku berfikir seribu kali.. But at the first place.. aku rasa aku tak ada kekuatan untuk mengorbankan masa aku bersama anak-anak dan keluarga dan waktu tidur yang lena dan panjang..... Aku dah tak mau mencabar diri aku sendiri lagi seperti masa zaman muda belia aku dulu yang penuh semangat dan tenaga.. Aku sudah penat berhempas pulas terutamanya masa aku belajar Master part time dulu. Rasanya cukuplah dengan apa yang aku ada sekarang.. tak ada yang perlu aku kejar lagi.. Sekarang adalah masa untuk aku menikmatinya dengan tenang dan bahagia.. ;-)
Tak ada jalan singkat untuk dapat apa yang kita hajatkan . Perlu ada usaha dan matlamat selain doa supaya dipermudahkan. Rezeki tak akan datang menggolek.. Nasib kita bergantung pada usaha kita.sendiri.. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat pada Allah kerana rezeki yang diberikan yang tak pernah putus.. walau hidup sukar.. Dia tetap mempermudahkan dan melancarkan perjalanan hidup aku .
Tapi satu pengajaran yang aku dapat... mesti ada usaha dan jangan putus asa. Gagal adalah peringatan supaya kita perbaiki diri kita.. Jangan sombong dengan orang.. dan hidup mesti ada ilmu kalau nak orang hormat kat kita dan restu ibu bapa sangat penting.. tanpa restu mereka selagi mereka hidup.. kita tak akan berjaya..
Tapi satu pengajaran yang aku dapat... mesti ada usaha dan jangan putus asa. Gagal adalah peringatan supaya kita perbaiki diri kita.. Jangan sombong dengan orang.. dan hidup mesti ada ilmu kalau nak orang hormat kat kita dan restu ibu bapa sangat penting.. tanpa restu mereka selagi mereka hidup.. kita tak akan berjaya..