Jenguk mam kejap

Semalam aku balik rumah mam besar  kat Kijal.. rindu benar kat mam besar. Kebetulan semalam anak-anak tak ada sebab sekolah ganti.. mytebby pun takda pegi kerja.. Jadik nak elak bosan melangut lama-lama kat rumah maka aku balik kijal la.. itupun dah dapat izin dari mytebby..
Selaen rindu kat mam besar, aku pun sebenarnya nak jenguk adik aku yang kena ciken pox. Rindu kat dia pun ya jugak.. sejak dia dah berlaki ni payahla sikit nak jumpa.. lagipun bulan 6 nanti dia nak fly ke saudi sebab dapat offer kerja jadi bidan kat hospital disana.. Kalau dia dah kerja kat sana lagi lah payah dapat jumpa dia.. So, lepas hantar anak sekolah aku terus pegi rumah mak.
Sian pulak adik aku.. dah tua bangka kena ciken pox.. He eh.. macam aku jugak kena ciken pox time dah tua bangka.. Sakit weiii!!! Especially time panas dan berpeluh..  Tambah kesian sebab kena chiken pox time birthday dia.. orang dapat hadiah dia dapat hadiah ciken pox.. terlepas promosi perl aya diskaun 40% setiap kali birthday pulak tu.. tak palah adik... tahun depan ada lagi.. itupun kalau perl aya ada bukak cawangan kat Saudi tu.. ahaks.. Bila dia dah ada kat rumah.. mam besar dah sound kat suma orang jangan datang Kijal.. tapi aku datang jugak.. dah nama pun degilkan.. dan konfiden pulak diri tu kebal tak kena ciken pox lagi.. 
Masa aku dan mam besar teman  adik aku makan kat meja sekali mam besar bukak cerita seram 18sx. Kau ada?  ehehehe..
Mak kata kalau dia cerita mesti kita orang gerun...
Maka meloponglah aku dua beradik dengar mak aku cerita kat meja makan.
Mak kata sakit ciken pox ni berhantu tau... berpuaka..
Dia cakap lagi kat kg dia dulu penyakit ni oarang panggil wabak..
Orang yang kena tak boleh keluar rumah..
Yang part berhantunya.. kalu hantu tu datang kat orang yang kena ciken pox tu kan.. kira masuk dalam badan la.. orang tu akan duk diam berkelubung dalam kain.. masa dalam kelubung tu kan dia akan kopek kuping-kuping ciken pox dan makan...
Uiitt!! Biar benar!!!!Boleh caya ke citer mak aku ni?
Ia menyebabkan aku cuba recall time aku kena ciken pox tu..
Rasanya tak dalah pulak aku buat keja tu...
Terlepek kat atas katil sambil ulangkaji citer kat tv adalah..
Lepas puas melopong dengar citer mak terus we all bantai gelak bagai..
Lepas tu siap adik aku buat gaya selet tangan kat buah-buah yang berlambak kat badan dan nak letak kat lidah sebab nak mengusik mak aku. Bab ngusik.. serah kat adik aku lah..
Sebelum balik aku bawak mak ke pantai sebab mak nak beli ikan bilis fresh kat bangsal ikan.. 
Mak lebih suka beli kat bangsal cina sebab jauh lebih murah dari melayu katanya.
Sampai kat bangsal kebiasaan dia beli ikan bilis, dia hampa sebab ikan bilis tengah duk berjemur.. tak kering lagi..
Dia cakap kat cina tu yang dia ingat ikan bilis dah ada.. nak balik dungun kejap lagi.. 
He eh.. mam besar aku ni... Dia yang nak beli ikan bilis,  aku pulak yang digunanya..eheheh..
 At last mak beli kat bangsal melayu jugak.. tapi memang agak mahal la kat situ.. so mak beli sikit je..
Sebelum balik aku masak lauk tengahari dulu.. adik aku request nak makan asam pedas.. Aku bawak balik sikit sebab tak sempat nak masak tengahari kat rumah.
Sebelum balik mak siap pesan... sembahyang awal waktu.. kalau jadi apa-apa tengah jalan masa kita tak solat lagi.. nanti bla.. bla.. bla..
Ehhehe!! baekk mamm!!!
Alhamdulillah sampai rumah pukul 3 petang.. just nice sebelum mytebby sampai rumah..
Sesekali buat aktiviti tanpa anak dan laki seronok juga...
Breakaway.. ehehehe.. 


*****  aku tak dapat bayangkan kalau tetiba aku kena chiken pox sekali lagi lepas jenguk adik aku.. Mesti orang gelak bagai sekali lagi kat aku... dan pasti mam besar cakap kat aku.. Haa tu lah!! Degil!!! orang cakap jangan datang.. balik jugak!!!"
hehehe..