sakit tak diduga

Kawan baik aku si kamis masuk hospital..
Mula-mula hospital k trg pastu pndah ke HKL sebab dia tak ada sedara mara kat sini yang boleh jaga dia kat sini.
Doktor kesan dia kena kanser.. banyak spot.. kat hati, paru-paru, tulang belakang dan latest kat buah pinggang..
Sayangnya bila dah kesan dah masuk stage 4..
Badan dia menyusut mendadak.. Teori doktor kata kalau badan menyusut mendadak dan mengecut maknanya dia tak lama lagi hidup.. Tapi apapun semuanya kuasa Allah yang menentukan..
Actually sebelum dia sakit aku dah tegur dia kenapa dia kurus sangat tak macam dulu..
Tapi itu sebelum dia dikesan ada kanser..
Memang terkejut sangat ..
tak sangka cepatnya dah stage 4..
tapi itulah.. alhamdulillah.. ramainya kawan-kawan yang sentiasa membantu dia berubat..
especially yang kat dungun ni..
aku memang bersyukur sangat kerja dan menetap kat sini sebab kat sini komuniti tempat kerja aku sangat prihatin dan sentiasa membantu jika ada kesusahan.. alhamdulillah.. rasanya tak nak pindah ke lain lagi ..
Aku tak sempat tengok lagi..
Kawan-kawan rapat si kamis kata diorang suspect si kamis kena kanser sebab amalan diet protein dia untuk kurus sebelum ni... dia duk makan diet protein.. steak daging memnjang dan kekacang yang kaya protein. kata diorang protein ni agen yang merangsang sel kanser..Mungkin itu side effect benda tu dalam jangka masa panjang. Wallahuaklam..
aku baru niat nak amek makanan kesihatan sebab nak kurangkan sikit berat badan,, kononnyalah..
Tapi bila tengok apa yang dah jadik kat sikamis buat aku cancel niat aku.. sebab makanan kesihatan untuk kurus badan ni adalah protein semata...
tak palah... guna cara laenla.. lagipun bukanlah terdesak sangat nak kurus sebab mytebby tak pernah komplen pun... in fact dia tak bagi aku kurus......... hehehe..
Apapun aku sentiasa mendoakan kawan aku sikamis dipanjangkan umur dan sembuh... aku tau semangat dia sangat kuat...