Aku singgah gerai jual ikan di tepi pantai on the way balik ke rumah petang itu. Ikan kat rumah dah abes dan kebetulan pulak aku terasa macam nak makan ikan singgang. Aku beli ikan tongkol 2 ekor dan ikan selayang sekilo yang mana jumlahnya adalah 28 hingget…Masa kelebek purse baru aku realize yang duit aku cuma ada 15 hingget je… OMG!!! Macamana boleh tak cukup ni.. sedangkan aku sangat konfiden yang duit aku ada lima puluh hingget dalam tu… aku mula panik.. apa yang harus aku buat??? Setelah ambil nafas dan bertenang sekejap kat sicukai, aku pun tepon my tebby… " Abang kat mana? Ada masalah ni… duit tak cukup nak beli ikan kat tepi pantai ni.. " .. Sayangnya mytebby kata dia kat hotel ngan kawan dia dan tak dapat entertain aku selesaikan masalah aku yang tak cukup duit… dia suruh aku pusing balik ambek duit kat dia. Tapi aku tak nak sebab malas nak pusing balik .. tak larat nak layan keta yang banyak dan slow macam siput sedut atas jalan.Mytebby sempat nak bebel bebel kat aku tapi aku cakap jangan bebel kat aku , biar aku selesaikan sendiri.. hehehe.. aku memang tak boleh terima orang bebel-bebel kat aku ni.. Walaubagaimanapun masalah diselesaikan bila adik jual ikan tu cakap.."tak pa kak.. akak ambek dulu ikan ni.. esok akak bayarlah.." So, aku bayar dulu lima belas hingget, balik rumah dengan ikan, tengok citer korea dulu sampai abes.. pastu pinjam duit amin dua puluh lima hingget dan terus pegi bayar hutang…
Tebal jugak muka masa pegi bayar tu.. tapi adik jual ikan tu percaya kat aku sebab aku pelanggan tetap dia dan tak pernah berhutang kecuali itulah kali pertama sebab tetiba aku tersalah agak… Malam tu semasa aku temankan my tebby hantar anak murid dia balik ke Jerangau dia telah bercerita yang dia telah ceritakan hal aku yang tak cukup duit beli ikan pada kawannya yang bukan sahaja jadik penolong kanan tetapi juga bekerja sambilan sebagai bomoh… Dan cerita mytebby sungguh mengejutkan aku…. Kawan dia tilik-tilik ( aku tak taulah macamana dia tilik tu) dan cakap kat mytebby " Bini mu ni ada benda laen ni…. Ada jin tanah kat bini mu.. kena kat tempat kerja.. adalah orang …bla.. bla ilmu penunduk… bla.. bla.. kena kat bini mu!!"
Whatttttttttttttttttttttttttttt?
Jin tanahhhhh??????
I cant believe it!!!!!
Melampauuu!!
Bila masa pulak aku ada jin tanahh ni???
Aku cakap dengan mytebby.. aku tak percaya cakap bomoh tu.. mengarut… Selama ni sentiasa amalkan surah yang orang duk suruh amalkan… baca sebelum tidur, nak keluar,.. masuk kereta… Macamana orang boleh kata aku ada jin tanah… nonsense!!! Memang "tolol berdarah"lah orang itu.. Aku memang tak percaya kat bomoh ni… Naseb baek mytebby pun tak percaya.. Kalau mytebby percaya sekalipun, mati balik hidup aku tak akan pegi jumpa bomoh tu.. aku cakap ngan mytebby.. ' cuba lah bawak aku pegi jumpa bomoh tu… silap aribulan bomoh tu buat benda laen.. jampi aku macam-macam tu pastu kebas aku jadik bini dia..!!" heheheh!! Eiii!! Karut bomoh ni.. tak boleh percaya langsung kat golongan ni terutamanya yang guna jin ni.. Jangan-jangan jin tanah tu bomoh tu yang punya…
****** Lupa aku nak tanya mytebby.. dia tanya tak kat bomoh tu jin tanah tu ada pakai tonceng tak?? Hehehehe.. aku baru terlupa duit tak cukup sekali dah kata aku ada jin tanah… Agaknya orang-orang yang pelupa tu ada jin tanah lah…. hahahah