orang tu memang lah

Semalam aku ke bandar sebab nak makan. Puas dah makan kat tempat kerja .Sesekali keluar jauh sekali.. nak cari barang pun ya jugak.. Aku survey purse kat kedai berhampiran sebab purse aku dah nak meninggal.. sampai di bandar aku park depan supermarket. Round punya round tak jumpalah purse yang aku berkenan.. dahlah tak menarik, mahal pulak tu.. cap ayam betullah kedai kat sini ni..
Lepas makan aku berjalan balik mendapatkan sicukai yang setia menunggu kat depan supermarket...  sampai di sana aku tengok ada sebijik lori roti gadenia dah park belakang sicukai.. tuan tak ada , tapi pintu lori menganga luas menampakkan roti-roti yang banyak.. ni kalau orang ambik satu buku roti  pasti tuan lori  tu tak perasan. Aku tak kisahlah lori yang tak bertuan ternganga depan aku tu.. tapi yang aku kisah ialah kenapa dia block keta aku ni!!! Adoiyaiii!!
Aku menung kejap dalam sicukai menunggu tuan lori roti tu keluar..
Agak lama aku tunggu tapi bayang batang hidung tuan tu tak nampak lagi..
Tensyen wehhh...
Lalu aku keluar bertanyakan sorang pekerja supermarket yang melangut kat depan pintu supermarket..
" encik.. nak tanya... tuan lori ni hantar roti kat kedai ni ke?"
" Ha... ada dalam tu!! ' jawab pekerja supermarket tu..
" Encik,... lori dia blok kereta saya.. saya tak dapat nak keluar la encik!!"  
Serius aku sangat bersopan santun masa cakap kat pakcik jaga pintu supermarket tu.. sekali  dia jawab.. " dia ada kat dalam.. pegilah tengok.. nampak orang yang susun roti tu dia lah.. pegilah cakap kat dia.. gi masuk dalam!!!!"  buat aku terpaku seketika....
Mak aii!!! Eiii!! tak boleh ke dia yang pegi masuk sebab diakan pekerja kat situ...!!"
Tak logik betullah pakcik ni... takkan aku yang bukan pelanggan kedai nak kena cari orang tu pulak.. lagipun manalah aku  kenal tuan punya lori roti tu yang.. Mana lah aku nak cari...
Dan yang paling aku tak tahan sekali bila dia terus melangut kat situ lepas bercakap sedemikian rupa kat aku tanpa mempedulikan aku yang terkulat-kulat kat situ..
Tergamak betul pakcik tu..
Apalah salahnya tolong pempuan yang lemah yang tak boleh keluarkan keta ni...
Bukan sahaja dapat pahala, badan pun jadik sihat sebab berjalan ke dalam cari tuan lori roti tu... better lah daripada duduk melangut jaga almari yang kosong depan pintu supermarket tu..
Oleh kerana tak ada hal yang urgent sangat lalu aku ambik keputusan tunggu je tuan lori roti tu keluar samabil layan anuar zeng dalam sicukai..
Tak lama tuan lori roti keluar dan aku pun keluar jugak lepas si mamat tu alihkan lori rotinya.......
Sememangnya hidup perlu kesabaran especially bila melayan kerenah orang yang ada kalanya menyakitkan hati......