Sesekali outing

Dua hari lepas aku pegi ke pesta buku kat Kay El..
Majikan suruh aku dan beberapa orang kawan sekerja aku pergi..
Tak ada masalah sebab semua disediakan..
Aku cuma bawak body je..
Bilik hotel bersebelah dengan Parkson dan bertentangan dengan pusat pesta buku..
Jadi jalan kaki je ke sana..
Aku menginap kat tingkat 23, jadi boleh tengok sungai Gombak dan panorama KL yang sibuk
Bilik hotel besar dan selesa.. 
siap ada dapur, peti ais besar dan microwave oven lagi..
Tapi aku tak ada masa nak masak walaupun maggi sebab sangat penat.. 
Cuma tak tahan sebab hotel tu dekat dengan stesyen komuter..
Jadik memang sentiasa bising dengan bunyi enjin komuter tu..
tidur memang sedikit terganggu.
 Masa mula nak tidur adalah yang paling terseksa sekali..
Hingga sesekali aku rasa nak pegi letupkan landasan komuter tu je.
Aku tak boleh imagine la macamana orang boleh tahan tinggal bersebelahan dengan  landasan komuter.
Dah lali agaknya dengan bunyi bising..
Tugas aku pilih buku untuk majikan aku..
Nanti diorang bayar...
Pegi kat sana dah wakil supplier buku tunggu dan entertain sampai balik...
Masa nak pilih buku pun diorang ikut je..
DAn aku maen ambek dan pilih buku sampai tak hengat dunia..
Entah berapa ratus bijik yang aku pilih...
Memang aku dah tak tilik isi kandungan dalam buku-buku tu...
Kalau tak lambatla siap sebab publisher sangat banyak..
Jadik siapa sahaja authornya yang berkait dengan bidang memang aku belasah je ambik..
Agaknya kalau aku beli sendiri mesti berpuluh ribu aku spent..
Lagi banyak buku yang aku pilih, lagi lebar senyuman diorang..
Memang diorang layan baik punya...
 Yalah... lagi banyak diorang dapat dari kos entertain kitorang..
Harga sebijik buku akademik bukan singgit dua..
Semuanya seratus hinggit ke atas.. especially kalau international publisher..
Ada sekali aku pilih 3 buah buku tebal  yang sangat bagus untuk di baca ... semuanya tentang Human Resource in MAlaysia.. Lepas aku pilih-pilih tu tetiba aku rasa ringan mulut nak bertanya... " Bos, berapa harga buku ni sebijik?!!"
"tak mahal sangat kak!! Sembilan ratus je!!"
Lalu aku terkesima seketika.... aku dah ambik 3 buah buku.. bermakna dah dua ribu tujuh ratus ringgit untuk 3 buah buku je.. Mak aii!!!
Tapi yang paling aku tak tahan sekali biala Naim bertanya dengan penuh sopan santun masa aku call rumah dari hotel.." Ibu!! Ibu beli tak sesuatu untuk Naim??"
Dan akhirnya terpaksa jugak pergi beli untuk rakyat di rumah..
Tapi kalau dia tak tanya pun aku memang sentiasa beli untuk anak-anak dan mytebby setiap kali outing.
Set tupperware princess dan 2 helai baju untuk YAti..
1 Set buku cerita..
Baju bola dua helai setiap sorang untuk naim dan amin..
Botol air 1 litre untuk Amin macamlah kat Dungun tak ada..
Bola saiz 5 cap adidas kebetulan ada offer untuk Amin dan naim..
set buku PMr untuk Amin.
Kemeja yang tersalah beli saiz besar untuk mytebby... biasa muat tapi kali ni terlebih saiz plak.. mungkin size berbeza ikut brand kot. Rasanya baju tu bagi kat anak sedaralah jawabnya..
Perfume yang wajib untuk aku , kasut dan sebuah buku Human Resource in Malaysia untuk rujukan aku..
Berapa jumlahnya..?? Entahlah .. aku tak nak fikir dan malas nak fikir sebab aku tau banyak .. aku bayar je.. bukan sebab kaya tapi kalau aku ambik tahu harga aku takut jadi terlalu kedekut utk membeli sedangkan semuanya untuk diri sendiri dan family..
Asalnya aku beli perfume.. so dia bagi voucher sebanyak rm50..
So aku pun belilah barang untuk anak-anakguna voucher dan akhirnya tinggallah voucher sebanyak 2o hingget..
Tak tau nak buat apa lalu aku round kat bahagian kasut..
Sekali aku berkenan dengan kasut yang harganya seratus enam puluh hingget.. 
aku ambik jugak sebab dah sangat berkenan aku dah tak nak fikir harga..
aku takut nanti aku meroyan teringat-ingat kasut tu dalam bayangan,,
Lagipun bukan selalu dan tak ada kat Dungun jenis kasut tu..
Jadi plan aku beli kasut tu pakai voucher.. jadi dapatlah potongan harga..
Sekali lepas adik promoter tu tulis resit dia pun cakap.. 'nanti akak dapat lagi satu voucher ya!!"
Dan ia menyebabkan aku terlopong dan sya yang temankan aku dah gelak bagai kat aku..
Adoiyaii... aku nak abiskan voucher dia nak bagi lagi voucher plak..
Tapi nasib baik adik kat kaunter cashier cakap akak kena tambah lagi beberapa hingget baru dapat voucher tu... hehehe.. selamat duit aku..
Balik rumah anak-anak dah excited..
Bayangkan kalau aku tak beli sesuatu kat diorang setiap kali ke luar negeri..
Dan malam tu, kedua beradik si Amin dan Naim bersungguh-sungguh pam bola sebelum tidur..
Aku dah tak layan dah sebab dah penat..
Tidur ngan mekap terus..
Bangun tidur lipstick merah lekat lagi kat mulut..
Teruk betul.. ehehehe..
Yang pasti,.. berjimba seorang diri..  bebas nak kemana dan lepak dimana.....
Adalah masa untuk diri aku sendiri.... 
The best moment in my life ...

What next??

Sememangnya hingga ke saat ini dan di waktu diri hampir memasuki fasa baru kehidupan ,aku masih seakan tidak percaya dengan apa yang aku perolehi dan capai sekarang. Walaupun tidak segah dan sehebat  pencapaian orang lain tetapi sekurang-kurangnya aku dapat capai apa yang aku inginkan sebelum ni dalam tempoh waktunya..
Aku bukan dilahirkan di kalangan orang yang kaya raya... ahli keluarga yang ramai tambahan pula arwah abah hanya polis biasa menyebabkan aku sedar yang untuk hidup senang perlu adanya ilmu.. Tapi aku bukan anak yang sangat pandai seperti abang-abang dan kakak-kakak aku.. Kebanyakan abang dan kakak aku berkelulusan luar negeri menyebabkan keinginan untuk duduk sebaris dengan mereka begitu mendesak.. Aku masih ingat waktu abang aku balik belajar dari luar negeri. Aku baru darjah 3 bila dia pakaikan jubah universiti.. aku tenggelam dalam jubah yang labuh tu sambil sengih-sengih... lalu aku  pasang impian dalam hati.. satu hari aku akan pakai jubah ini jugak macam abang aku.. Tapi perjalanan untuk sampai ke tahap sekarang tidak mudah...
Pencapaian SPM aku tidaklah sangat menarik.. hanya cukup makan dengan tauge yang aku kutip dengan banyaknya... tapi bagi aku cukup untuk melayakkan aku sambung belajar..Maklumlah masa zaman aku belajar dulu tak macam sekarang... Cikgu sekarang rajin buat tusyen... banyak kemudahan kat sekolah.. Dulu aku hanya belajar sendiri.. cikgu tak peduli.. sememangnya tiada istilah tusyen dalam hidup aku... jadi bagi aku kalau tak ada A sekalipun aku kira berbaloilah dengan C yang banyak.. Tapi bagi abang-abang aku dan kakak aku pikir itu adalah yang sangat teruk sekali seolah tak ruang lagi untuk belajar... Kena bebel sekarung jugaklah dek kakak aku... So.. result SPM dah dapat... Apa pulak lepas ni.. nak ambik apa??? Aku buntu.. Abang dan akak dah tak amik kisah sebab diorang kata aku tak pandai.. jadi tak ada orang nak tolong. Pada awalnya aku nak ambik culinary art sebab aku minat sangat. tapi mak aku membantah dengan kerasnya dan aku bertambah buntu  sebab tak tau nak amek apa... Akhirnya aku perjudikan nasib aku mohon business study di  ITM dan kursus Perdagangan Antarabangsa di kusza..Semuanya  aku buat sendiri.. cuma aku minta tolong kak jurai  buatkan karangan kenapa mohon business study dalam bahasa malaysia dan aku terjemahkan pulak dalam bahasa inggeris sebab result BM aku sangat teruk berbanding subjek BI. Sedih?? Menitis airmata jugaklah sebab my result was below  their expectation.. Tapi, rezeki untuk aku tetap ada..Ditakdirkan Allah kedua-dua permohonan aku berjaya..Akhirnya aku masuk kusza. Seriously... bila ambik dan belajar kursus yang langsung tidak disukai sememangnya amat menyeksakan.. Nak berhenti tak sampai hati tengok mak dan arwah abah yang dah spent banyak masa mula-mula masuk dan tak mau isu aku berhenti jadi isu besar dalam keluarga... jadik telan jelah.. Perit tapi aku percaya ada hikmahnya..Akhirnya aku tamat dengan result diploma aku tidak segah orang laen... tapi masih cukup untuk aku sambung belajar lagi... Aku nak sambung luar negeri.. siap nak ambik Toefl lagi tapi terbantut akhirnya sebab mak aku tak bagi. Katanya belajar dalam Mesia je.. tak yah pegi jauh-jauh.. Lalu melopong lah aku tengok kawan-kawan aku fly belajar kat UK. Tapi aku rasa tak percaya sebab aku tamat belajar dan dapat pulak sambung buat first degree..  mula-mula masuk dalam pintu pagar UUM buat aku rasa seperti bermimpi.. macam tak percaya.. First semester belajar memang aku stress.. bimbang gagal.. tapi kawan aku cakap jangan  risau. asal ada usaha pasti lulus.. empat tahun di sana menjadikan aku seorang yang sangat berdikari.. Habis belajar, skrol dapat laki pun dapat... hehehe.. tapi sayang ...suka  benar-benar kat orang laen, tapi kawin ngan orang laen... nak buat macamana .. tak da jodoh..
Aku ingat bila dah tamat belajar ni aku dah tak nak lagi sambung belajar. Aku nak kerja pulak . tapi bila kawan aku masuk kerja sekali ditempat kerja aku dengan pekerjaan tetap dengan gaji lebih banyak sebab kelayakan lebih tinggi sedangkan aku masih lagi kontrak dengan gaji ciput menyebabkan aku menyesal sangat tak sambung belajar terus.. gatal nak kerja sangat ngan berlaki. tak nak sambung.. padan muka.. mulalah terasa bila kawan gajinya jauh lagi banyak... Even aku rasa gajinya beza dua tiga ribu lebih dari aku sekarang ni tambah lagi dia dah lama dinaikkan pangkat.. sambung belajar lagi pulak tu..
Dijadikan cerita.. Allah memang nak beri rezeki walaupun bukan dengan cara yang mudah.. Tiba -tiba aku ditawarkan sambung belajar sambil bekerja oleh majikan tempat aku bekerja.. Interview dulu, isi borang kemudian terus dapat..Semuanya berlaku dalam tempoh sehari... Rasa macam tak percaya.. tapi itulah yang sebenarnya..Senang tak macam orang laen yang terpaksa ikut prosedur.. Tapi selepas itu adalah cabaran yang sangat hebat yang buat aku hampir meroyan jugaklah. 4 peranan yang terpaksa aku pegang dalam satu masa.. sebagai pekerja, ibu, isteri dan pelajar sememangnya menuntut kecekalan dan pengorbanan yang sangat tinggi.. Dua tahun pertama amat sukar.. nak beli kereta pun tak mampu sebab aku biayai sendiri pengajian dengan membuat pinjaman bank.. Gunalah motor mytebby tanpa lesen,insurans dan cukai jalan pegi kerja... hehehe.. Mytebby belum bekerja sebab belajar bahagian cikgu ni.. elaun belajar dia pun dipotong sebab waktu ekonomi gawat. Besok nak gaji hari ni cash kat tangan tinggal beberapa ringgit je.. pernah sekali aku geledah satu rumah cari duit-duit syiling sebab nak beli gas.. Life??? Jangan ceritalah... so messy.. tidur tak sempurna seperti orang laen.. Anak dah tidur baru boleh buat kerja.. Kenkadang sebelah tangan menaip buat assignment.. sebelah tangan lagi ayun buai anak. Hujung minggu seawal pagi naik motor bawak anak ke rumah pengasuh sebab nak pergi kelas kat K Trg .. lewat petang baru balik.. Nasib baek anak aku sangat baek dan  tak banyak kerenah. Dan selama tempoh aku belajarlah jugak aku sangat jarang balik rumah mak dan mertua..Pernah sekali hujung minggu hari Sabtu tu aku ada final exam. Pada masa yang sama kena hantar assignment dan buat presentation,   majikan pulak suruh buat  tugasan yang banyak dalam masa singkat sebab beritau last minute dan kena hantar pulak hari Kamis tu.. ditambah lag iperasa anak aku pulak demam.. Tambah pulak aku sorang-sorang je sebab mytebby jauh belajar di Johor..Memang masak aku dibuatnya.. Hampir sewel  aku sebab penat dan stress yang teramat tapi redah je..Pejam celik pejam celik. akhirnya aku tamat ... Sungguh.. aku tak percayalah .. sebab aku stress gila hampir meroyan... selalu menangis terutama diperingkat awal belajar bahkan  aku pernah rasa nak quit je belajar sebab tekanan yang sangat berat. kali ni skrol dapat, anak nombor dua pun aku dapat.. hehehe.. Alhamdulillah... aku puas... Aku ras satu kepuasan dan satu kegembiraan yang teramat sangat semasa pegang skrol masa konvokesyen dulu. Aku gembira sebab aku dah boleh berdiri sama tinggi dengan abang dan kakak aku..Diorang dah tak boleh perlekehkan aku dan pandang aku sebelah mata lagi dan aku dah boleh duduk semeja berbincang dengan diorang tanpa rasa malu disebabkan jurang pendidikan yang tak sama..
Baru ni, kawan sekelas masa kat kusza dulu called aku.. banyak yang disembangkan. Tetiba dia tanya.. hang tak nak sambung lagi ke?? Hehehe.. lalu aku jawab.. tak nak lah.. sebab aku tak nak mati cepat... hahaha.. 
Rasanya cukuplah apa yang aku ada sekarang.. rasa seakan tak sanggup menyesakkan kepala aku lagi.. tambahan lagi bila mendengar cerita-cerita ngeri kawan-kawan aku hingga ada yang trauma tengok orang kulit hitam menyebabkan aku berfikir seribu kali.. But at the first place.. aku rasa aku tak ada kekuatan untuk mengorbankan masa aku bersama anak-anak dan keluarga dan waktu tidur yang lena dan panjang..... Aku dah tak mau mencabar diri aku sendiri lagi seperti masa zaman muda belia aku dulu yang penuh semangat dan tenaga.. Aku sudah penat berhempas pulas terutamanya masa aku belajar Master part time dulu. Rasanya cukuplah dengan apa yang aku ada sekarang.. tak ada yang perlu aku kejar lagi.. Sekarang adalah masa untuk aku menikmatinya dengan tenang dan bahagia..  ;-)
Tak ada jalan singkat untuk dapat apa yang kita hajatkan . Perlu ada usaha dan matlamat selain doa supaya dipermudahkan. Rezeki tak akan datang menggolek.. Nasib kita bergantung pada usaha kita.sendiri.. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat pada Allah kerana rezeki yang diberikan yang tak pernah putus.. walau hidup sukar..  Dia tetap mempermudahkan dan melancarkan perjalanan hidup aku .
Tapi satu pengajaran yang aku dapat... mesti ada usaha dan jangan putus asa. Gagal adalah peringatan supaya kita perbaiki diri kita.. Jangan sombong dengan orang.. dan hidup mesti ada ilmu kalau nak orang hormat kat kita dan restu ibu bapa sangat penting.. tanpa restu mereka selagi mereka hidup.. kita tak akan berjaya.. 

orang tu memang lah

Semalam aku ke bandar sebab nak makan. Puas dah makan kat tempat kerja .Sesekali keluar jauh sekali.. nak cari barang pun ya jugak.. Aku survey purse kat kedai berhampiran sebab purse aku dah nak meninggal.. sampai di bandar aku park depan supermarket. Round punya round tak jumpalah purse yang aku berkenan.. dahlah tak menarik, mahal pulak tu.. cap ayam betullah kedai kat sini ni..
Lepas makan aku berjalan balik mendapatkan sicukai yang setia menunggu kat depan supermarket...  sampai di sana aku tengok ada sebijik lori roti gadenia dah park belakang sicukai.. tuan tak ada , tapi pintu lori menganga luas menampakkan roti-roti yang banyak.. ni kalau orang ambik satu buku roti  pasti tuan lori  tu tak perasan. Aku tak kisahlah lori yang tak bertuan ternganga depan aku tu.. tapi yang aku kisah ialah kenapa dia block keta aku ni!!! Adoiyaiii!!
Aku menung kejap dalam sicukai menunggu tuan lori roti tu keluar..
Agak lama aku tunggu tapi bayang batang hidung tuan tu tak nampak lagi..
Tensyen wehhh...
Lalu aku keluar bertanyakan sorang pekerja supermarket yang melangut kat depan pintu supermarket..
" encik.. nak tanya... tuan lori ni hantar roti kat kedai ni ke?"
" Ha... ada dalam tu!! ' jawab pekerja supermarket tu..
" Encik,... lori dia blok kereta saya.. saya tak dapat nak keluar la encik!!"  
Serius aku sangat bersopan santun masa cakap kat pakcik jaga pintu supermarket tu.. sekali  dia jawab.. " dia ada kat dalam.. pegilah tengok.. nampak orang yang susun roti tu dia lah.. pegilah cakap kat dia.. gi masuk dalam!!!!"  buat aku terpaku seketika....
Mak aii!!! Eiii!! tak boleh ke dia yang pegi masuk sebab diakan pekerja kat situ...!!"
Tak logik betullah pakcik ni... takkan aku yang bukan pelanggan kedai nak kena cari orang tu pulak.. lagipun manalah aku  kenal tuan punya lori roti tu yang.. Mana lah aku nak cari...
Dan yang paling aku tak tahan sekali bila dia terus melangut kat situ lepas bercakap sedemikian rupa kat aku tanpa mempedulikan aku yang terkulat-kulat kat situ..
Tergamak betul pakcik tu..
Apalah salahnya tolong pempuan yang lemah yang tak boleh keluarkan keta ni...
Bukan sahaja dapat pahala, badan pun jadik sihat sebab berjalan ke dalam cari tuan lori roti tu... better lah daripada duduk melangut jaga almari yang kosong depan pintu supermarket tu..
Oleh kerana tak ada hal yang urgent sangat lalu aku ambik keputusan tunggu je tuan lori roti tu keluar samabil layan anuar zeng dalam sicukai..
Tak lama tuan lori roti keluar dan aku pun keluar jugak lepas si mamat tu alihkan lori rotinya.......
Sememangnya hidup perlu kesabaran especially bila melayan kerenah orang yang ada kalanya menyakitkan hati......

Jenguk mam kejap

Semalam aku balik rumah mam besar  kat Kijal.. rindu benar kat mam besar. Kebetulan semalam anak-anak tak ada sebab sekolah ganti.. mytebby pun takda pegi kerja.. Jadik nak elak bosan melangut lama-lama kat rumah maka aku balik kijal la.. itupun dah dapat izin dari mytebby..
Selaen rindu kat mam besar, aku pun sebenarnya nak jenguk adik aku yang kena ciken pox. Rindu kat dia pun ya jugak.. sejak dia dah berlaki ni payahla sikit nak jumpa.. lagipun bulan 6 nanti dia nak fly ke saudi sebab dapat offer kerja jadi bidan kat hospital disana.. Kalau dia dah kerja kat sana lagi lah payah dapat jumpa dia.. So, lepas hantar anak sekolah aku terus pegi rumah mak.
Sian pulak adik aku.. dah tua bangka kena ciken pox.. He eh.. macam aku jugak kena ciken pox time dah tua bangka.. Sakit weiii!!! Especially time panas dan berpeluh..  Tambah kesian sebab kena chiken pox time birthday dia.. orang dapat hadiah dia dapat hadiah ciken pox.. terlepas promosi perl aya diskaun 40% setiap kali birthday pulak tu.. tak palah adik... tahun depan ada lagi.. itupun kalau perl aya ada bukak cawangan kat Saudi tu.. ahaks.. Bila dia dah ada kat rumah.. mam besar dah sound kat suma orang jangan datang Kijal.. tapi aku datang jugak.. dah nama pun degilkan.. dan konfiden pulak diri tu kebal tak kena ciken pox lagi.. 
Masa aku dan mam besar teman  adik aku makan kat meja sekali mam besar bukak cerita seram 18sx. Kau ada?  ehehehe..
Mak kata kalau dia cerita mesti kita orang gerun...
Maka meloponglah aku dua beradik dengar mak aku cerita kat meja makan.
Mak kata sakit ciken pox ni berhantu tau... berpuaka..
Dia cakap lagi kat kg dia dulu penyakit ni oarang panggil wabak..
Orang yang kena tak boleh keluar rumah..
Yang part berhantunya.. kalu hantu tu datang kat orang yang kena ciken pox tu kan.. kira masuk dalam badan la.. orang tu akan duk diam berkelubung dalam kain.. masa dalam kelubung tu kan dia akan kopek kuping-kuping ciken pox dan makan...
Uiitt!! Biar benar!!!!Boleh caya ke citer mak aku ni?
Ia menyebabkan aku cuba recall time aku kena ciken pox tu..
Rasanya tak dalah pulak aku buat keja tu...
Terlepek kat atas katil sambil ulangkaji citer kat tv adalah..
Lepas puas melopong dengar citer mak terus we all bantai gelak bagai..
Lepas tu siap adik aku buat gaya selet tangan kat buah-buah yang berlambak kat badan dan nak letak kat lidah sebab nak mengusik mak aku. Bab ngusik.. serah kat adik aku lah..
Sebelum balik aku bawak mak ke pantai sebab mak nak beli ikan bilis fresh kat bangsal ikan.. 
Mak lebih suka beli kat bangsal cina sebab jauh lebih murah dari melayu katanya.
Sampai kat bangsal kebiasaan dia beli ikan bilis, dia hampa sebab ikan bilis tengah duk berjemur.. tak kering lagi..
Dia cakap kat cina tu yang dia ingat ikan bilis dah ada.. nak balik dungun kejap lagi.. 
He eh.. mam besar aku ni... Dia yang nak beli ikan bilis,  aku pulak yang digunanya..eheheh..
 At last mak beli kat bangsal melayu jugak.. tapi memang agak mahal la kat situ.. so mak beli sikit je..
Sebelum balik aku masak lauk tengahari dulu.. adik aku request nak makan asam pedas.. Aku bawak balik sikit sebab tak sempat nak masak tengahari kat rumah.
Sebelum balik mak siap pesan... sembahyang awal waktu.. kalau jadi apa-apa tengah jalan masa kita tak solat lagi.. nanti bla.. bla.. bla..
Ehhehe!! baekk mamm!!!
Alhamdulillah sampai rumah pukul 3 petang.. just nice sebelum mytebby sampai rumah..
Sesekali buat aktiviti tanpa anak dan laki seronok juga...
Breakaway.. ehehehe.. 


*****  aku tak dapat bayangkan kalau tetiba aku kena chiken pox sekali lagi lepas jenguk adik aku.. Mesti orang gelak bagai sekali lagi kat aku... dan pasti mam besar cakap kat aku.. Haa tu lah!! Degil!!! orang cakap jangan datang.. balik jugak!!!"
hehehe.. 

sakit tak diduga

Kawan baik aku si kamis masuk hospital..
Mula-mula hospital k trg pastu pndah ke HKL sebab dia tak ada sedara mara kat sini yang boleh jaga dia kat sini.
Doktor kesan dia kena kanser.. banyak spot.. kat hati, paru-paru, tulang belakang dan latest kat buah pinggang..
Sayangnya bila dah kesan dah masuk stage 4..
Badan dia menyusut mendadak.. Teori doktor kata kalau badan menyusut mendadak dan mengecut maknanya dia tak lama lagi hidup.. Tapi apapun semuanya kuasa Allah yang menentukan..
Actually sebelum dia sakit aku dah tegur dia kenapa dia kurus sangat tak macam dulu..
Tapi itu sebelum dia dikesan ada kanser..
Memang terkejut sangat ..
tak sangka cepatnya dah stage 4..
tapi itulah.. alhamdulillah.. ramainya kawan-kawan yang sentiasa membantu dia berubat..
especially yang kat dungun ni..
aku memang bersyukur sangat kerja dan menetap kat sini sebab kat sini komuniti tempat kerja aku sangat prihatin dan sentiasa membantu jika ada kesusahan.. alhamdulillah.. rasanya tak nak pindah ke lain lagi ..
Aku tak sempat tengok lagi..
Kawan-kawan rapat si kamis kata diorang suspect si kamis kena kanser sebab amalan diet protein dia untuk kurus sebelum ni... dia duk makan diet protein.. steak daging memnjang dan kekacang yang kaya protein. kata diorang protein ni agen yang merangsang sel kanser..Mungkin itu side effect benda tu dalam jangka masa panjang. Wallahuaklam..
aku baru niat nak amek makanan kesihatan sebab nak kurangkan sikit berat badan,, kononnyalah..
Tapi bila tengok apa yang dah jadik kat sikamis buat aku cancel niat aku.. sebab makanan kesihatan untuk kurus badan ni adalah protein semata...
tak palah... guna cara laenla.. lagipun bukanlah terdesak sangat nak kurus sebab mytebby tak pernah komplen pun... in fact dia tak bagi aku kurus......... hehehe..
Apapun aku sentiasa mendoakan kawan aku sikamis dipanjangkan umur dan sembuh... aku tau semangat dia sangat kuat...

anak sakit perutla

Dua hari lepas masa tengah buat kerja aku dapat call dari cikgu si Naim..
aku ni kan setiap kali cikgu anak aku call mesti aku cuak gilalah...
Tapi naseb baik dia nak cakap Naim tak sihat..
Perutnya sakit sampai terbongkok-bongkok dia bila berjalan..
Tengahari tu lepas ambik naim dari sekolah aku terus bawak dia pegi klinik..
Punyalah lama tunggu giliran sampai tertidur-tidur aku dibuatnya..Time tengahari kan. memang nak membutalah rasanya..
dan disaat aku nak keluar menjamu mata dikedai sebelah klinik maka sampailah giliran we all..
doktor yang check kata bukan sakit perut biasa sebab sakit sebelah kiri je..
dia suspect jangkitan kuman..
and as expected memang naim kena jangkitan kuman ..
Doktor tanya naim ada makan junk food ke tidak..
Aku kata tak kat rumah aku mana ada junk food ni..
kalau ada pun sesekali kala je my tebby beli kalau kitorang outing sekeluarga..
Kalau aku saja-saja nak beli memang sorry lah..
Cuma aku agak mungkin sebab anak aku kurang minum air dan suka tahan kencing..
Anak aku kan,,, kalau bab maen sungguh memang bersemangat waja...
sebelum balik doktor bagi antibiotik, ubat lawas kencing ngan sakit perut..
Dan macam biasalah...
Masuk dalam keta je dia kena bebel dan bebel..
"ha baguslah... pasni tak payah minum air masak... minum air manis banyak-banyak!!!!"
" kalau time main tak yah kencing... tak payah kencing terus ..kepit je sampai bila-bila!!"
Dan naim terus diam membisu sampai mak dia berhenti bebel-bebel..
tak berani dia nak menjawab seperti kebiasaannya dia suka menjawab...
Sekarang ni dia minumlah air masak as directed by the doctor..
Esok lusa belum tentu..... ahaks...

Tak diterima akal langsung

Aku singgah gerai jual ikan di tepi pantai on the way balik ke rumah petang itu. Ikan kat rumah dah abes dan kebetulan pulak aku terasa macam nak makan ikan singgang. Aku beli ikan tongkol 2 ekor dan ikan selayang sekilo yang mana jumlahnya adalah 28 hingget…Masa kelebek purse baru aku realize yang duit aku cuma ada 15 hingget je… OMG!!! Macamana boleh tak cukup ni.. sedangkan aku sangat konfiden yang duit aku ada lima puluh hingget dalam tu… aku mula panik.. apa yang harus aku buat??? Setelah ambil nafas dan bertenang sekejap kat sicukai, aku pun tepon my tebby… " Abang kat mana? Ada masalah ni… duit tak cukup nak beli ikan kat tepi pantai ni.. " .. Sayangnya mytebby kata dia kat hotel ngan kawan dia dan tak dapat entertain aku selesaikan masalah aku yang tak cukup duit… dia suruh aku pusing balik ambek duit kat dia. Tapi aku tak nak sebab malas nak pusing balik .. tak larat nak layan keta yang banyak dan slow macam siput sedut atas jalan.Mytebby sempat nak bebel bebel kat aku tapi aku cakap jangan bebel kat aku , biar aku selesaikan sendiri.. hehehe.. aku memang tak boleh terima orang bebel-bebel kat aku ni.. Walaubagaimanapun masalah diselesaikan bila adik jual ikan tu cakap.."tak pa kak.. akak ambek dulu ikan ni.. esok akak bayarlah.." So, aku bayar dulu lima belas hingget, balik rumah dengan ikan, tengok citer korea dulu sampai abes.. pastu pinjam duit amin dua puluh lima hingget dan terus pegi bayar hutang…


Tebal jugak muka masa pegi bayar tu.. tapi adik jual ikan tu percaya kat aku sebab aku pelanggan tetap dia dan tak pernah berhutang kecuali itulah kali pertama sebab tetiba aku tersalah agak… Malam tu semasa aku temankan my tebby hantar anak murid dia balik ke Jerangau dia telah bercerita yang dia telah ceritakan hal aku yang tak cukup duit beli ikan pada kawannya yang bukan sahaja jadik penolong kanan tetapi juga bekerja sambilan sebagai bomoh… Dan cerita mytebby sungguh mengejutkan aku…. Kawan dia tilik-tilik ( aku tak taulah macamana dia tilik tu) dan cakap kat mytebby " Bini mu ni ada benda laen ni…. Ada jin tanah kat bini mu.. kena kat tempat kerja.. adalah orang …bla.. bla ilmu penunduk… bla.. bla.. kena kat bini mu!!"


Whatttttttttttttttttttttttttttt?


Jin tanahhhhh??????


I cant believe it!!!!!


Melampauuu!!


Bila masa pulak aku ada jin tanahh ni???


Aku cakap dengan mytebby.. aku tak percaya cakap bomoh tu.. mengarut… Selama ni sentiasa amalkan surah yang orang duk suruh amalkan… baca sebelum tidur, nak keluar,.. masuk kereta… Macamana orang boleh kata aku ada jin tanah… nonsense!!! Memang "tolol berdarah"lah orang itu.. Aku memang tak percaya kat bomoh ni… Naseb baek mytebby pun tak percaya.. Kalau mytebby percaya sekalipun, mati balik hidup aku tak akan pegi jumpa bomoh tu.. aku cakap ngan mytebby.. ' cuba lah bawak aku pegi jumpa bomoh tu… silap aribulan bomoh tu buat benda laen.. jampi aku macam-macam tu pastu kebas aku jadik bini dia..!!" heheheh!! Eiii!! Karut bomoh ni.. tak boleh percaya langsung kat golongan ni terutamanya yang guna jin ni.. Jangan-jangan jin tanah tu bomoh tu yang punya…



****** Lupa aku nak tanya mytebby.. dia tanya tak kat bomoh tu jin tanah tu ada pakai tonceng tak?? Hehehehe.. aku baru terlupa duit tak cukup sekali dah kata aku ada jin tanah… Agaknya orang-orang yang pelupa tu ada jin tanah lah…. hahahah


kalau dah tak nak.. macam2 alasan

"Ibu, boleh tak naim tak nak pegi KAFA"
"Sebab apa tak nak pegi?"
" Gigi Naim tercabut."

??

Mak aii!! Kenapa pulak gigi tercabut sampai tak nak pegi kelas agama?
Bukannya sampai tak boleh berjalan pun..
Adoiyaii anak aku ni..
Cari alasan je tak nak gi kelas kafa ni..
Sebelum ni dia kata tak larat sangat..
Hari tu dia bagi alasan adik dia sakit perut..
Bukan adik dia sorang je balik.. sekali dengan dia nak balik...

Hari ni dia cakap gigi dia tercabut pulak..
Tapi akhirnya dia pergi jugak masuk kelas sebab aku tak nak pegi ambik dia kat sekolah,,,

Tak kuasalah aku.. ada ke gigi patah tak nak gi kelas..
aii anak aku ni.. ada je alasan kalau tak nak pegi kelas..

tapi kenkadang kesian jugak kat anak-anak aku .. hampir seharian spent masa kat sekolah..
each time ambik diorang nampak sangat muka penatnya...
Sampai rumah dua beradik terbungkang tidur..
Itu belum lagi masuk tuisyen malam..
Nanti bila msuk darjah 5 ngan 6 sok..
Tiap malam sekolah buat tuisyen..
lagi kesian anak aku..
aku rasa dulu masa aku kecik tak ada pulak seteruk zaman sekarang ni..
Balik je sekolah terus tengok tv dan main. dengan bahagianya..
Bahagianya hidup tanpa sebarang masalah..
Ok je sekarang ni..
Kenkadang aku bimbang jugak..
Paksa sangat anak belajar
akhirnya budak tu tak nak sebab muak...
Itu lah kenkadang bila anak masuk unibersiti jadi pelik perangainya..

** aku dulu tak ponteng sekolah... aku cukup rajin gi sekolah.. aku cuma ponteng mengaji je.. pastu kena libas ngan mem besar... ahaks.. alhamdulillah dah jadi orang sekarang..