leaving on a jetplane

to Cambodia....


Torchlight dah beli



tudung express yang tak payah gosok dah beli..


toiletries pun dah beli..


Hari Isnin malam Selasa baru ni aku beli sneaker yang feminin tapi lasak gitu bertajuk North Star untuk dipakai kat sana sebab jalan kat sana banyak jalan yang berdebu.. Semalam dah test bawak pegi kerja sehari suntuk.. memang selesa..


Bantal kecik pinjam si Yati punya.. hehehe

Selimut- Hmm.. perlu ke?? Tak yah lah kot.. buat berat beg aku je..

Lain suma dah ada.. Separuh dah siap masuk dalam beg..


Bertolak dari Dungun pukul 11.30 ke KL. Pegi awal sebab nak ambik barang orang sponsor yang nak bawak ke sana. Bertolak dari KLIA pukul 8.30 pagi keesokannya dan dijangka tiba kat lapangan terbang Pnom Penh pukul 10.30 pagi..

YAng pasti.. Hari pertama seronok... Hari kedua, ketiga dan keempat tak seronok.. Mesti aku dah rindu kat famili aku..huhu..

Hari ke 5, 6 dan 7 .. sure sakit badan sebab duk dalam keretapi lama.. transit kat Bangkok pada 20hb. Bertolak dari Bangkok pada 21hb Julai kul 3.45 pm dan dijangka tiba di Butterworth pada 22 hb pukul 1.00 tengahari.. Memang boleh keras montot lah.. Dalam ketapi tu ada makanan halal tak??? Konpius lah..

Hingga sekarang aku rasa tak berapa sedap hati..

Sedih pun ada sebab tak pernah tinggalkan family lama sampai seminggu....

Aku berdoa kami selamat pergi dan balik , aktiviti berjalan lancar seperti dijadualkan... cuma aku bimbangkan anak-anak orang kaya yang tak pernah hidup susah yang ikut sekali ni ....


Boleh ke diorang bertahan ni?? Kalau tetiba diorang meraung nak balik????? Tak dpt aku bayangkan... Pergi.. tunggu dan lihat...