Akan dikenang sepanjang hayat

Alhamdulillah rombongan aku telah selamat ke Kemboja dan selamat sampai ke Malaysia seperti yang telah ditetapkan. Penat jangan dikiralah.. memang sangat penat.. Yang pasti macam-macam rasa yang aku alami, Happy, sedih, geram, takut.. semuanya ada.. Aku catatkan momen aku di sana supaya nanti aku takkan lupa sampai bila-bila.



15 Julai,2011


We all mula bertolak dari Dungun lebih kurang pukul 10.15 pagi dan sampai ke Sungai Buluh lebih kurang pukul 4 lebih.. Kat Sungai Buluh kitaorang singgah kat rumah Pak cik Rahim di Paya Jaras sebab nak ambik barang sumbangan dan urusan timbang semua barang nak memastikan tak lebih had masa naik flight nanti. Lepas solat maghrib we all bertolak ke rumah kinah, salah sorang yang ikut serta rombongan. Ikut perancangan tidur di 2 buah rumah. Tapi akhirnya semua tidur kat rumah Kinah sebabnya masing-masing dah angkut beg ke sana tambah lagi tuanrmah dah sedia makan.. Tapi aku bengang betul dengan salah sorang driver bas yang mulut macam s**l je.. BAwak bas sekejap je tapi berlagak je lebih.. Malam tu urusan lambat selesai sebab Makcik Raf yang nak hantar muqaddam dan tag Malaysia untuk diikat pada beg lambat sampai.. Jadik aku dan raf stuck kat situ agak lama sebab menunggu.. Tak pasal-pasal dia mengomel-ngomel sedangkan driver yang lagi satu tu cool je.. Macam lah dia penat sangat.. Aku dan Raf ni tak penat ke.. aku tunggu je dan bersabar dengan kerenah dia yang berlagak tu selagi boleh.... Aku tunggu masa dia.. kalau dia berlebih-lebih lagi memang aku bagi dia sekali.. pastu aku complaint kat tempat keja aku supaya jangan berurusan lagi dengan syarikat bas ni sebab driver dia kurang ajar.Lebih kurang 10 lebih makcik Raf sampai dan settlekan urusan selebihnya. Oleh kerana rumah Kinah tak muat lagi, maka aku dan Raf ikut pakcik driver bas ke KL dan tidur kat hotel murah kat sana. TApi tidur bilik berasinganlah ...




16hb Julai,2011



Aku dan RAf checkout dari hotel pukul 5.00 pagi. Bertolak dari KL dan sampai rumah Kinah pukul 5.40 pagi. Sedang elok sampai, we all solat Subuh dan makan pagi yang tuan rumah dah sediakan sebelum bertolak ke KLIA. Kat KLIA ada 5 orang lagi ahli rombongan dah sedia tunggu.. Sebelum check in we all wrap semua beg dan bungkusan. Oleh kerana beg dan bungkusan sangat banyak maka ia mengambil masa yang agak lama untuk selesai.. Kesian si tukang wrap tu sampai berpeluh ke kaki.. Sampai di kaunter timbul masalah hingga hampir menyebabkan we all terkandas kat situ.. Pegawai kaunter tegur kitorg sebab sampai 15 minit sebelum kaunter tutup. Nak wat macamana kan.. barang banyak.. Tetiba salah sorang dari pegawai lelaki kat kaunter mintak benda yang kitaorang tak de.. Dia tanya mana surat kebenaran masuk dari Kemboja dalam bahasa Inggeris.. Kalau tak nanti kitorang tak dapat masuk kat sana.. He eh!! International Pasport tak cukup ke? .. Orang laen elok-elok je pegi kemboja holiday tak ada surat kebenaran pun. WE all dah panik.. Tapi nasib baek lepas bagi dia cakap dengan Pakcik Rahim yang dah standby tunggu kitorang kat sana dan confirmkan pegawai pengiring barulah lepas.. Berlari jugaklah sikit nak masuk kapalterbang sebab dah agak lewat dan kapalterbang tengah tunggu. Sebaik je masuk perut kapal terbang terus we all berlepas.. Sampai di Pnom Penh airport lebih kurang pukul 11.20 pagi waktu Malaysia. Pak cik RAhim dah standby tunggu dan we all betul-betul keluar dari airport selepas uruskan luggage dan proses kastam yang cerewet menuju ke hotel PHO di Pnom Penh. Lepas check in kitorang makan tengahari di sebuah restoran halal berhampiran. Rasa macam tak caya je bila tengok TV1 ada kat Cambodia.. hehe.. tambahlagi orang Terengganu yang uruskan restoran tu..



Lepas makan we all melawat Genocide muzium di Toul Sleng.. Tempat tu tempat tahanan di soalsiasat dan disiksa masa zaman polpot. Disebabkan ngeri aku tak spent masa lama kat situ.. Aku tengok tingkat bawah bangunan je.. selebihnya aku berkeliaran dan lepak-lepak kat situ. Sebelum masuk ke Muzium adalah sorang budak kecik jual aksesori.. Si Dila melayan budak tu macam nak beli.. Aku cakap kat Dila sekali dia layan bermakna dia berminat nak beli.. dan dia akan pastikan Dila beli. Sekali Mek tu tak jadik beli.. rupanya budak kecik tu tunggu sampai we all keluar dan cari Dila sampai dapat.. dia paksa dila beli tapi Dila tak nak dan duk lari-lari.. Sambil kejar dia jerit kat Dila.. " You're a liar!! You promised to buy!!" .. Tergezut aku.. sebab tak sangka budak kecik kemboja yang selekeh tu pandai cakap omputeh. Tapi kesian kat Dila lah sebab lepas tu we all duk usik dia cakap ' You're a liar!!" sepanjang perjalanan.. hehehe!!



Lepas muzium we all ke killing field tempat Polpot bunuh dan tanam tahanan mayat beramai-ramai.. banyak tengkorak yang disusun bertingkat-tingkat dalam satu tugu.. Kat kawasan sekitar ada kawasan yang masih ada cebisan tulang dan gigi yang tak dikutip. Pun aku tak berapa nak layan sangat. Tengok gitu-gitu je dan selebihnya lepak-lepak bersembang dengan pakcik RAhim. Lepas melawat Killing field pakcik RAhim bawak we all shopping kat Central Market (Pasar Thmey). Memang sangat banyak sampai kelabu mata.. murah dan urusniaga dalam USD.. tapi masih harganya berpatutan.. Masalah utama ialah bahasa.. Tapi nasib baek Roqib ada. Roqib ni orang kemboja dan anak angkat pakcik Rahim. so.. we all ikut dia jelah.. dan dialah yang tolong translate dan tolong tawar harga.. Aku tau bayar je.. tak banyak yang aku beli sebab malas nak beratkan beg.. just beli baju dan keychain untuk family dan kawan-kawan je..Tapi yang pasti aku seram tengok anak buah aku shopping..banyak gila lah diorang beli. Kat situ ramai pengemis yang mintak duit dan ada antaranya yang agak agresif.. Ada yang sampai pegang lengan kita mintak duit dan ikut je mana kita pegi.. Uii! So scary.. Malam tu we all makan malam di restoran yang sama tapi menu berbeza dengan beberapa orang pelajar islam Kemboja. Lepas makan si Roqib dera kitorang jalan 2 kilometer ke persisiran sungai Mekong. Katanya dekat tapi jauh giler la.. pendekata sampai nak cramp la kaki aku berjalan. Tapi tak sempat sampai pesisir sungai Mekong.. diaorang gasak singgah shopping sakan kat Night Market berhampiran Sungai Mekong. Balik dah tak larat nak jalan lagi so we all pakat naik tuk tuk. Sampai hotel aku terus naik bilik sebab dah penat tapi ada lagi anak buah aku sempat singgah kedai sebelah urut badan.. hehehe!



17hb Julai..



Pagi tu aku bengang ngan anak buah aku sebab diorang sangat lambat.. Janji pukul 8.30 berkumpul tapi sembilan lebih ada lagi yang belum keluar.. Aku dah nak tinggalkan diorang. aku dah bengang sangat tapi Raf tolong aku tegur diaorang sebab dia tau kalau aku sound mestinya bunyinya jadik pelik.. Aku nak marah sebab bukan nak pegi vacation.. kitakan berurusan dengan orang . Bila lambat dia akan menyusahkan orang laen. Kitorang singgah ke Madrasah Dubai sebelum pergi ke kg roqib tu. Kat Madrasah tu we all breakfast sama-sama dengan tenaga pengajar dan beramah mesra dengan pelajar kat sana. disamping tu we all sampaikan sumbangan dari keluarga angkat Malaysia yang telah mengambil beberapa pelajar Kemboja yang belajar kat situ sebagai anak angkat dengan menanggung kos yuran dan alat tulis pelajar tersebut. Lepas we all singgah ke masjid kg Chnang dan madrasahnya yang sunyi kerana tak ada orang pelajar kat situ sebab ustaz tak ada kerana tak ada duit nak bayar elaun ustaz.. Macam dalam lagu bangau oh bangau kan. Tapi itulah.. kelamaan generasi muda islam kemboja ni makin jahil agama.. We all tak lama kat situ sebab program seterusnya ke rumah Timbalan Menteri kebajikan dan Hal Ehwal Veteran. kat situ pun tak lama dan aku tak fokus pun apa menteri tu cakap sebab duk melayan bini dia bercakap. Selepas tu barulah kitorang ke kg Toul Tbeng Bungkep iaitu kg Roqib dan tempat kita orang akan stay selama 4 hari 3 malam. Untuk memudahkan perjalanan supaya lepas roadblock kiranya ada kitorang letak banner kat depan van.. dan sememangnya perjalanan lancar tanpa sebarang sekatan polis.








Sampai di rumah Roqib kami terkedu seketika... Kami terdiam sambil merenung rumah yang bakal kami tinggal.. Ada terdengar suara anak buah aku mengeluh.. Eletrik tak ada, air pakai pam tangan macam kehidupan zaman di Malaysia 60 tahun yang lepas.. pegi tandas kena angkut air.. rumah kecik tak ada bilik.. Tapi sebenarnya rumah Roqib tu much more better dari rumah orang laen.. Sepanjang 3 hari tu yang pempuan tidur atas rumah bersusun-susun. Yang lelaki tidur atas pangkin kat tanah dan ada sebahagian tidur berbumbungkan langit bulan dan bintang dengan harapan janganlah hujan turun. Masa makan kami ditemani 2 ,3 ekor ekor anjing yang mengendeng mintak makan... Suasana yang asing bagi kitorang tapi biasa di sana.. Anjing-anjing yang we all beri nama Mojo, fair n lovely tu jiran bersebelahan rumah Roqib yang bela.. mula-mula we all cuak jugak.. tapi lama-lama we all get used to it.. Percaya tak kalau aku cakap kat kg tu aku tak nampak sekor pun kucing. Even masa round kat Pnom Penh pun aku langsung tak nampak kucing.. anjing je yang banyak.. anjing dah jadik macam kucing.. Pak cik Rahim cakap orang Khmer tak suka bela kucing.. diorang suka bela anjing.. PEliknya..







Tak lama lepas we all sampai rumah roqib.. ramailah budak-budak yang datang menyaksikan kami dengan sabarnya macam we all ni artis popular.. Diorang duk bertunggu bertangga kat situ sampailah malam.. Mungkin sebab diaorang teruja kot tengok ramai orang asing masuk kg dan mengharapkan sesuatu dari kitorang.. Tengahari tu kitorang makan lauk ikan patin campur rebung ala kemboja yang agak pelik tapi masih lalu di tekak sebab lapar.. Petang tu anak-anak buah aku gotong royong ajar Sara (isteri roqib) cara buat sekaya dengan harapan dia dapat ajar orang-orang kg yang laen sebab we all tak dapat kumpulkan orang kg kerana mereka sibuk bersawah. Aku tak tolong diorang sebab aku sibuk masak lauk untuk makan malam.. kesian kat Sara penat jadik aku ambikalaih lah tugas jadik tukang masak buat sementara.. Malam tu aku masak lauk stew daging. Sekaya yang dah siap dibawa ke masjid untuk dimakan bersama orang kg lepas solat Isyak. Anak-anak buah aku yang solat kat sana kata sedihnya tengok masjid sebab ada 1 mentol je dalam masjid yang dinyalakan guna generator.Malam tu masing-masing tidur awal sebab generator tutup pukul 10 malam.. jadik sepuluh malam dah gelap.. nak tak nak terpaksa tidur awal..






18 Julai 2011.



pagi lepas breakfast diorang turun sawah kecuali aku.. Sebabnya letih masak breakfast tak hilang lagi. Lagipun tengahri aku nak kena masak lagi.. jadik aku tak nak kotor baju dalam keadaan baju yang terhad. Biarkan diaorang merasa teruknya tanam padi sebab diorang tak pernah susah. Lepas balik dari sawah masing-masing terlepek penat.. Tengahari tu aku masak lauk masak lemak cili api ayam kg yang dicampur dengan rebung sementara sarah goreng ikan masin. lepas makan dan rehat we all pergi ke masjid Kg toul tbeng Bungkep sebab nak beri sumbangan pada orang kg... Jauh jugak nak kena jalan.. lecet jugaklah kaki aku dibuatnya... Jalan sangat berdebu sampai putih kaki masing-masing macam tepung kurma disaluti debu. Sepanjang perjalanan aku perhati keadaan kg. Sedih tengok kemiskinan diorang.. kebanyakan rumah beratap dan berdindingkan daun nipah..air dan eletrik jauh sekali.. Baru aku perasan.. rumah diorang tak ada tandas.. rupanya dalam kg tu hanya 3 buah rumah je yang ada tandas termasuklah rumah Roqib dan masjid. YAng lain semuanya pakai tandas pusing (pusing kanan, pusing kiri pastu cangkung.. hehehe). Orang kg dah siap berkumpul masa kitorang sampai masjid.. Masa aku bersalam dengan orang perempuan tu ada yang pegang tangan aku lama dan pegang-pegang jari aku lama.. diorang cakap orang Malaysia kulit cantik-cantik dan gebu.. hehe.. Ada anak buah lelaki aku menangis especially tengok keadaan kanak-kanak kemboja tu.. sedih tengok orang kg yang dhaif. Miskin segalanya.. Miskin harta, miskin ilmu sebab hampir keseluruhan masyarakat kg tu buta huruf.. Satu keluarga buta huruf.. dhaif dari segi kebesihan.. Serius.. bau diorang macam kambing dan kerbau hingga kenkadang aku rasa mual bila duk dekat diorang.. Ada aku tengok orang kg peluk anjing macam kucing terutama budak-budak.. sebab tu aku tak sentuh anak-anak orang kg tu kecuali anak-anak Roqib.. Kat situ ustaz tak bertauliah.. asal ada pengetahuan ugama lebih maka jadilah dia ustaz.. Agak mengejutkan bila ramai orang kg amek air sembahyang pun tak betul dan tak pandai mengucap. Kesempatan singkat yang kami ada digunakan untuk mengajar diorang mengambil air sembahyang secara praktikal yang betul dan mengajar diorang mengucap beramai-ramai.. Tetiba terlintas difikiran aku.. kalau amek sembahyang tak betul macamana agaknya mandi wajib ya??? Hmmm... Menyedihkan juga sebab orang kg kat situ sembahyang hanya sekali dalam seminggu iaitu hari Jumaat. Mungkin kerana kemiskinan dan tiada pengetahuan sebab buta huruf dan kesibukan mencari rezki sebab diaorang bekerja untuk makan.. Hidup kais pagi makan pagi.. Kalau rajin dapatlah makan 3 kali sehari. Memang sedih tengok keadaan diorang.. sebuah kg yang tertinggal dalam aspek pembangunan keseluruhannya hanya kerana Jabtan Mufti yang bertanggung jawab terlepas pandang dan rasuah dikalangan ulamak yang dibutakan mata dan hati kerana duit yang banyak. Percaya atau tidak.. dalam kg tu hanya ada dua je pam air ala tradisional untuk orang kg dapatkan air yang baru siap pada 2009 ni.. SAtu di masjid dan sebuah lagi di rumah Roqib. Kalau tak sebelum ni orang kg terpaksa keluar pagi mencari air dan balik hampir tengahari. Itupun hasil usaha pak cik Rahim yang mencari dana sumbangan dari rakyat Malaysia untuk buat pam air tu.



Masa sumbangan baju diberikan adalah saat yang ditunggu oleh orang kg tapi saat menyedihkan bagi kami.. ada anak murid aku menitiskan air mata tengok keadaan orang kg yang berebut-rebut nak baju.. sampai ada yang sanggup menipu untuk dapat lebih baju terpakai walaupun ada yang memilih.. Paling aku tak tahan bila ada sorang ibu muda yang menggendong anak kecik yang pakai baju koyak dan lusuh mintak baju dari aku untuk anaknya sedangkan baju budak kecik tak ada. Ada yang tadah tangan tanya ada lagi tak tudung untuknya dan aku menangis dalam hati...



Balik petang tu aku masak bubur jagung untuk anak-anak buah aku dan orang kg... Malam pun tidur awal sebab letih.


*** Bubur jagung aku sedappp!!! eheheheheheh










orang kg yang miskin. ada yang berkaki ayam datang.. cuba tengok anjing kat belakang selamba je join..



Madrasah belakang masjid yang masih belum siap dan dibina dari sumbangan orang Malaysia.. Masih terbengkalai kerana masih memerlukan dana lagi..



Pak cik Rahim yang banyak menyumbang jasa dan bakti untuk kg tu


cuba perhati dan kenal pasti.. salah sebuah dari 3 buah rumah ni adalah reban ayam.. teka yang mana satu.. Sedihkan?





Waktu menghulurkan sumbangan





19 Julai, 2011





Aku sudah nangis sebab rindu kat anak-anak. Dah lama tak dengar suara anak-anak aku sebab nak call mahal.. baru nak cakap hello je celcom dah caj 5 hingget. Pagi tu we all sewa lori tuktuk ke rumah Kali di kg Satanni di wilayah pursat jugak.. Perjalanan memakan masa sejam.. Keras montot dan kaki sebab duk lama atas batang kayu yang dijadikan tempat duduk.. Memang scary betullah naik lori ni.. terjerit jerit kitaorng bila lori ni lalu jalan sempit dan macam hampir terbalik.. laju pulak tu dia bawak.. Adoiyai.. kalu aku mengandung boleh terberanak aku dibuatnya..






Tapi orang Kemboja ni memang tak tepati janji dan muka tak malu.. Kitaorang sewa untuk kitaorang je.. tapi dia angkut jugak beberapa orang kg dan buat muka bodoh je bila kita kitaorng bising sebab memang dia tak paham bahasa.. Akhirnya terpaksalah kitaorang bersesak hampir 30 orang dalam lori.. Bayangkan keadaan kitorang dalam lori tu. Masa balik dari rumah lagilah kitorang bengang.. beberapa orang kg yang naik dengan kitaorang datang bawak besama barang-barang yang diorang borong dan sangat banyak.. macam-macam diorang letak dalam lori tu.. Punyalah hangin we all sampai aku cakap kat dia.. ' ambiklah akak angkut sekali satu stesyen minyak ni letak dalam lori".. Nasib baek dia itik tak faham bahasa ayam.. hehehe!! At last balik pun sesak padat jugak.. dan masa sampai masing-masing termasuklah aku terpaksa turun buat ala stunt terjun ikut tepi lori tu.. Petang tu pack barang dan gotong royong bersihkan kawasan rumah dan buat air kacang soya.. tapi sudahnya kacang tu direbus macam tu je dan masuk perut... kenyang jugak.. Malam tu we all makan beramai-ramai denga tuan rumah untuk kali akhir.. Esok dah nak balik. Tapi sempat lagi anak-anak buah aku beri berus gigi yang diorang dapat percuma masa menginap kat hotel di Pnom Penh kat anak-anak jiran yang setia menunggu kitaorang selama kami berada disitu dan ajar diorang cara berus gigi dengan betul.. Kesian kat diorang sebab memang tak tau jaga kebersihan.



20 Julai. 2011



Pagi seawal 6.30 pagi we all bertolak balik. Sebelum bertolak we all makan nasi lauk ikan toman goreng. Sara menangis masa kitaorang peluk dia sebelum balik.. Pagi tu si Mojo dah tertonggok tunggu kitorang.. sedih tengok Si mojo tu sebab dia setia menemani dan mengendeng time kitaorang makan. TApi bagi aku.. dalam sedih aku bengang betul dengan drebar orang kemboja ni.. Dia cakap nak bawak barang sikit je ke sempadan. Tetiba aku tengok banyak tong dan guni gula merah dalam van.. Terpaksalah yang duk depan sekali letak kaki atas guni tu. Tengah jalan tetiba dia berhenti dan angkut sorang pempuan dan anaknya duk dalam van. Pempuan tu duduk bertentangan depan aku menyebabkan aku tak selesa. Bukannya aku berkira.. Aku tak kisah kalau nak duduk depan tapi yang aku kisah sebab pempuan tu bau kambing pastu anak dia kudis kat kaki punyalah dalam, kaki kotor.. pastu ada darah lelehan darah dan nanah yang dah kering buat aku rasa nak muntah.. Sejarah la dalam hidup aku sebab terpaksa duduk mengangkang dalam van sebab nak elak dari tersentuh kaki anaknya nya berkudis tu.. Tetiba dia bagi anak dia minum air masak.. yang aku tak tahan anak dia main ludah masa minum air masak tu ... lalu aku cakap kat budak kecik tu " Kau ludahlah kat aku.. aku ludah kau balik!!!" . Peduli apa aku sebab ayam dan itik bercakapkan. Lagipun budak tu baru umur setahun dan mak dia pun tak paham bahasa.. hehehehe. Tetiba budak tu kencing atas mak dia sebab dia tak pakai pampers.. Yang aku cuak mak dia buat tak tau je bila seluar dia basah kena air kencing anak dia.. Pastu boleh boleh pulak masa anak dia tengah telanjang bulat sebelah bawah tu dia sumbat pulak tetek dia ke mulut anak dia bagi susu.. Allah saja yang tahu perasaan aku masa tu bila tengok anak dia hisap susu tak pakai seluar.. .. dah lah lenguh mengangkang 2 jam dalam van tu. Kalau dia pancut kencing kat aku lah... aku rasa memang kiamat lah dalam van tu.. Halfway aku tukar naik van laen..barulah lega sebab tak perlu mengangkang lagi.. Sampai Poipet di sempadan Kemboja. we all makan dulu sebelum ke pejabat kastam dan imigresen. Sampai kat imigresen we all beratur panjang sebab ramai mat saleh yang melancong ala backpack kat situ. Tetiba ada sorang pegawai imigresen datang kat kitorang cakap kalau nak cepat selesai kena bayar kat dia sepuluh hingget malangnya tak dilayan. Selesai urusan di sempadan kemboja kitaorang berjalan ke sempadan Thailand di Aranyaprathet untuk urusan kastam. Waktu kitorang sampai dah hampir pukul 2.00. Pakcik Rahim dah risau sebab orang ramai.. keretapi ke bangkok pukul 2.55 ptg. Orang imigresen sana pulak buat leweh je tanya soklan macam-macam. Kitorang tau dia nak kitaorang hulur duit baru dia nak buat cepat. Si Raf dah kurang sabar lalu cakap dengan ketua imigresen kat situ.. entah apa yang diayatkan dek si RAf terus pempuan tu ganti pegawai imigresen yang banyak songeh tu dan percepatkan urusan masuk. Nasib baek jugak pegawai kastam tak buat perangai tetiba nak check luggage kitorang.. Dia tanya Malaysia? pastu dia lepaskan we all.. Fuhh!! Lega. Selesai urusan dah hampir pukul 2.40 petang.. Masing-masing bergegas cari kenderaan nak ke Stesyen keretapi. Aku dan beberapa orang lain termasuk pakcik rahim naik lori pickup. Selebihnya naik tuktuk. Punyala laju gila lori pickup tu sampai hampir terbang tudung aku. Kalau terbangla tudung aku kira memang jadi sejarahlah.. tujuh generasi orang akan ingat.. hehehe. Sampai je kat stesyen keretapi , pakcik Rahim terus terjun dari lori pickup berkejar ke kaunter tiket keretapi beli tiket. Budak-budak laen semua berkejar ke keretapi.. Aku dan raf tunggu kat lori pickup sampai settle pembayaran. Pastu berlari masuk keretapi.. Just nice masuk keretapi pun jalan. Serius !! Macam amazing race.. TApi alhamdulillah sempat.. Kalau tak sempat maknanya kitorang terpaksa tukar plan iaitu terpaksa tidur kat Aranyaprathet, esok pagi naik train yang bertolak awal pagi sampai Bangkok dan terus naik keretapi dari Bangkok ke Butterworth bermakna program di kedutaan Malaysia di Bangkok terpaksa dibatalkan. Perjalanan ke Bangkok mengambil masa 7 jam.. Lapar gilalah dalam train dahlah kerusi dia 90 darjah tegaknya.. Ada je orang menjual makanan dalam train dan makanan nampak sangat menarik sebab dah lapar kan.. tapi kerana was-was dengan status halal terpaksalah kitaorang pandang je.. Sampai di stesyen keretapi Bangkok kami di sambut oleh isteri Duta Malaysia dan anaknya yang juga sedara Raf. Dari situ we all naik keretapi bawah tanah ke Kedutaan Malaysia.. sampai kat destinasi terpaksa pulak berjalan 1.5 km sebelum sampai ke rumah duta Malaysia.. Memang sangat penat sampai nak makan pun dah tak berapa nak larat walaupun lauk sedap... berpeluh sampai ke kaki berjalan di waktu malam. Akhirnya rasa jugak lauk Malaysia .. seronoknya.. Malam tu tidur di aparment kat kedutaan yang sangat selesa..

21 Julai,2011



Its time to go home... yahoooo!!! Semua orang dah tak sabar nak balik.. Pagi tu Datin siapkan breakfast dan bekalkan nasi lemak dan roti canai untuk kita orang makan dalam train sebab perjalanan 22 jam dan makanan di cafe dalam train memang tak halal. Lepas makan kitorang tinggalkan barang kat Kedutaan sebab nanti ada staf di kedutaan akan hantar ke stesyen keretapi. We all pegi ke shopping mall untuk terapi mata dan shopping. Sampai kat Mall kitaorang berpecah dan janji untuk berkumpul kat money changer pukul 2.00 waktu Malaysia.. Sampai masa untuk berkumpul ada beberapa orang belum kelihatan menyebabkan we all dah mula panik.. Akhirnya terpaksa tinggal diorang dan berkejar ke stesyen keretapi bawah tanah berhampiran sebab nak beli tiket.. Panik nya jangan kiralah sebab sampai dah beli tiket pun 5 orang belum nampak batang hidung lagi.. Aku dah mula nak sakit jantung. Si Az yang guide kitaorang dah meremang bulu roma, si raf dah menggigil bimbang.. Nak tinggal tak sampai hati.. sebab kalau diorang kena tinggal kat bangkok, diaorng memang kena balik sendiri.. Sedang elok kitorang buat keputusan tinggalkan diorang, tetiba diorang muncul.. Ya Allah.. aku rasa nak sekeh je diorang tu.. Aku memang sound kat bebudak yang lambat tu.. " Saya hampir sakit jantung tau! .. kalau saya ada sakit jantung saya rasa saya boleh mati terus tau kat sini!!!. Apapun alhamdulillah.. semasa berkejar turun keretapi pun sampai dan we all sampai ke stesyen keretapi awal.. Pukul 3.45 petang kitaorang bertolak selepas bersalam dan bebabai-babai dengan Az dan datin yang hantar kitaorang balik. Kitorang duduk kelas dua.. tapi sangat selesa.. bila malam kerusi diubah jadi katil. 1 koc keretapi kitorang conquer. Pendekata buat macam rumah sendirilah. Dahnama perjalanan jauhkan.. memang boringlah..



22 Julai 2011



Semua orang dah tak berapa betul sebab kebosanan melampau dalam train. Masing-masing bising macam keretapi tu diorang yang punya. Pukul 9 pagi we all sampai sempadan Malaysia di Padang Besar untuk urusan imigresen dan kastam. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. Ada anak murid aku beli rokok kat Kemboja . Dia dah panik tapi nasib baik dia terlepas sebab dia pandai sorok. Lagipun dia beli tak banyak.. lagipun sapa nak sangka pempuan beli rokok.. hehehe.. tapi dia beli untuk bapak dia.. Bagus betul!Sampai stesyen Arau pakcik Rahim turun sebab wife dia dah tunggu. Kitorang sampai Butterworth pukul 2.00 pm. WAktu tu bas kitorang dah sedia menunggu dan terus bertolak balik ke dungun dan selamat sampai tengah malam.


Catatan :



* BAndar Pnom Penh sangat kotor.. jalan sangat berdebu, tak da traffic light tapi kurang kemalangan.. Sistem jalan berterabur.Kemboja bukan tempat yang sesuai kalau nak gi holiday.. tapi kalau nak membuat amal.. memang kemboja tempat yang sangat sesuai..


*






Kamrai @ kamarudin.. anak sulong Roqib.. aku sangat kagum dengan dia .. Baru umur 11 tahun tapi sangat berdikari dan sangat taat pada ibu bapa.. Aku perhatikan dia selama duduk kat rumah tu.. Dia sangat ringan tulang.. dia bantu mak dia menanam padi kat sawah.. Tolong mak dia jaga adik, mandikan adik dia.. kemas tempat tidur sendiri dan setiap kali mak atau ayahnya mintak tolong tidak pernah pun aku dengar dia membantah.Malah waktu dia sakit aku tak dengar pun dia mengeluh sakit.. dia diam je.. Tapi sayang .... persekolahannya tak sempurna disebabkan kemiskinan.





Seat dalam keretapi yang telah ditransform jadi katil.. sangat selesa.. siap ada tirai lagi


* Rumah tu ada 1 bilik air dan 1 toilet yang terpaksa dikongsi hampir 30 orang.. Seawal 4.30 pagi aku dan raf dah bangun dan mandi dulu sebab malas nak berebut..




* Dalam banyak-banyak bahasa kemboja ada 3 perkataan yang aku ingat...


- Okun - terimakasih..


- Chopp! - Berhenti!!


- Bakseray Klung - kakak gemuk .. hehehehe



* Selama seminggu trip ke sana.. lebih 6000 lebih keping gambar sudah diambil.. Memang bebudak ni gila bergambor lah.. Aku tumpang sekaki jugak..heheh

* The experience that we've got? Priceless.