Farewell jengka

Selamat sudah urusan aku di Jengka... Well!!! u cannot expect everything will run smoothly as what u're expecting.. Mula-mula masa orang sana beria-ia cakap vetting semester depan ( semester ni lah) diorang nak buat kat Jengka.. aku dah rasa tak begitu seronok mendengarnya...

Semester ini aku jangkakan vetting soklan di machang sekali lagi.. tapi rupanya kali ni kat Jengka seperti mana yang diorang cakap hari tu.. Nak tak nak terpaksalah pergi sebab dah tugas kan..

Aku pergi berlima dan aku jadik ketua rombongan since aku orang lama bab vetting soklan.. Kami bertolak dari kampus pukul 2.30 naik van Toyota bumbung tinggi.. Selepas puas dilambung van sebab aku duk seat belakang dan selepas menikmati pemandangan kepala sawit saujana mata memandang , akhirnya kitorg sampailah destinasi di sebuah Resort kat Jerantut yang tak mahu dinyatakan namanya pukul 6 lebih.. My first impression to the hotel when we reached there was very positive.. i'm happy tambah lagi ada swimming pool.. aku memang dah standby siap-siap bawak baju untuk mandi.. aku dah survey hotel tu kat internet sebelum bertolak dan bilik-biliknya nampak ok je.. Malangnya lepas check in, waktu kitaorang berlima dah happy-happy nak bawak beg masuk lif .. adik front office tu cakap kat we all.. " kak, situ jalan ke bilik... chalet akak kat belakang.. kena keluar.. jauh sikit kena jalan..." .. menyebabkan kitorang kelam kabut call drebar kitotang yang dah push off balik pusing balik ambik kitaorang kat lobi dan hantar we ke chalet..


Sampai kat chalet aku dan yang laennya terkesima seketika... *OMG!!**


Tu baru sampai depan chalet... masuk je dalam chalet we all terkesima sekali lagi...*OMG!!*


Kemisah mula bersuara .." Mi, bakpe rumah ni macam rumoh tuk tua.. "


Mekdah cakap.. !! Tak mboh duk sini ... nok balik !!!"

Aku telan air liur.. tak tau nak kata apa walaupun dalam hati mengeluh.. Sabar je lah.. dah itu jer yang ada..


Chalet tu adalah umah kayu kecik tuek yang di renovate.. very basic .. 2 katil kat atas.. 1 kat bawah.. Semek dua orang tu dah ambik katil atas.. aku tidur katil bawah lah sebelah toilet... aku tak kisah pun kat mana .. janji ada tempat nak tidur walaupun hati tensyen tengok chalet tu...


Kemisah cakap kat aku.. " Mi...!!! mu menatu mak mentua benci.. sebab tu mu kena tidur kat dapur.. heheheh!!!"


Oleh kerana we all tak de kenderaan.. makan menjadi masalah utama.. at last we all jalan kaki ke satu cafe berhampiran... terpaksa berkongsi pulak dengan penghuni felda laen yang berkumpul kat situ tengok bola.. We have no choice.. duduk je lah.. kat situ self service.. kena order dan amek sendiri.. makanan tak sedap langsung..sian kat we all lah... We all frust ngan bengang jugaklah sebab time diorang datang vetting kat tempat kitorang.. kita tempatkan kat hotel yang selesa dan makan pun sedap..


The next morning.. we all mula vetting kat kampus... we all pergi sekali dengan vetters dari Machang.. Mula-mula aku tengok diorang bawak soklan yang siap 'sealed' dalam kotak yang di'sealed' jugak buat aku segan jugaklah dengan diorang sebabnya aku cuma letak dalam beg sandang je... ada yang tak seal pulak tu iaitu sampul soklan aku.. tambah lagi diorang cakap diorang dah siap check kat sana sebelum seal soklan-soklan tu.. Uihh!! Hebat!!!!


Mula vetting maka bermulalah juga sessi berasap kepala.. aku tak nak cerita bab orang laen.. aku nak citer bab aku dulu... Kumpulan vetting aku ada 3 orang.. aku dan 2 orang lagi yang baru first time nak vetting dan tak ada pengalaman langsung dan 3 set soklan.... Aku agak risau. Mula vett aku request dengan orang Jengka kalau borang akuan staf kitorang hantar kemudian memandangkan bigboss tak ada untuk tandatangan malangnya aku hampa sebab Shah Alam nak cepat.. jadik akhirnya banyak paper we all termasuklah aku punya kena reject.. Sengih je lah.. penat-penat buat... Untuk subjek aku ada 3 set soklan.. naseb baek Shah ALam nak 2 set je.. Dua set yang diterima semuanya dari Machang.. Ingatkan bila diorang cakap dah siap check sebelum seal maknanya paper diorang ok lah.. Hati aku sudah sudah berbunga riang sebab kalau soklan dah check.. maknanya soklan ok.. kalau soklan ok maknanya siap awal.. kalau siap awal.. maknanya Yahuuuuu..!! lepak dan balik awal!!! Tetapi malangnya impian aku hancur musnah sebaek sahaja aku buka mukasurat pertama kertas soklan.. *OMG!!!*.. too many errors here and there.. dengan marginnya lari.. buat soklan sesuka hati je dan berterabur.. soklan out of syllabus dan tak tau tah dari sumber mana dia ambek, itu tak kira soklan semester lepas dia tanya sekali lagi.. adoiyaii!!.. Hati aku mula nak menangis.. nak reject, tu jer yang ada.. paper lagi satu pun sama.. naseb baek empunya badan ada.. so aku boleh suruh dia buat correction dan sudahnya aku suruh je dia ambek mana-mana soklan aku ganti beberapa soklan dia . Nak tak nak terpaksalah aku buat salvation kertas si Mamat ni... Lagi aku bengang bila aku tak boleh nak adjust paper dia sebab dia buat dalam table dan tak leh nak adjust.!! Owh!! Senok otok sungguhlah!! Rasa nak mencarut pun ada..!! Sabar!!!! At last terpaksa buat template baru.. mana-mana soklan dia yang boleh diterima aku copy masuk template tu dan baiki.. dan akhirnya mana-mana soklan yang tah hapa-hapa tu aku ganti dengan soklan aku dan seratus peratus aku adjust skima jawapan dia yang teruk tu.. For the whole day aku duk mengadap soklan dan skima si mamat tu punya dan sepanjang hari itu jugak aku kunci mulut sebab fokus buat benda alah tu.. Naseb baek soklan aku ada.. kalau tak boleh bernanah mata , menggelegak otak dan menitis airmata darah aku kena buat soklan baru... Frust tau!! datang dari jauh akhirnya kena baiki soklan orang laen.. Paling bengang bila orang laen tu buat soklan lebih kurang je.. Tapi akhirnya siap jugak set tu aku kerjakan.. Lepas siap aku tinggalkan terus bab edit margin dan kerja yang remeh temeh pada dua orang baru tu.. biarkan diaorang dan aku pegi jalan-jalan sekitar kampus tenangkan fikiran yang dah berasap.. tapi yang penting soklan dah settle.. Nasib baek shah alam nak dua set je.. kalu banyak set.. boleh menitis airmata aku.. Seandainya soklan siMamat tu kuar this semester, memang sure siMamat tu terkejut badak punyalah sebab soklan dan skima dia laen aku kerjakan..


Si Kemisah lagi kesian..ada set soklan dia vet tu soklan laen tapi skima laen.. pastu skima tak cukup... Bising dia masa vet panggil aku dari jauh mengadu.. " Mi!!! senok otok mi ehh!! tollo sungguh la ( maksudnya bangang lah tu) .. Terpaksalah dia baiki.. Pendekatanya.. we all berlima yang datang vetting ni hanya datang baiki kertas soklan dari Machang tu yang indah khabar dari rupa.. Seal saje.. tapi hampeh.. Malam tu sekoyan we all ngumpat diorang sebab geram...


Alhamdulillah.. the next day pukul 10.15 pagi kedua-dua paper yang grup kitorang vet lepas dengan kesalahan yang sangat sedikit.. Pas baiki terus hantar.. Tengahari balik chalet.. lepak jap sebab letih.. pukul 4.30 we all check out.. Pukul 5.00 we bertolak balik .. sampai Kemaman we all singgah kejap kat shopping complex sebab nak beli buah tangan untuk anak-anak aku.. Kat bandar jengka tak ada apa.. kelapa sawit je yang banyak.. Kesian anak-anak aku.. tak sampai hati nak balik tangan kosong.. Alhamdulillah sampai rumah kul 11.00 malam.. Pasni aku tak nak lagi vetting kat jengka.. kalau kena lagi aku pastikan orang laen yang menggantikan aku.



Catatan :

* Aku tak berapa pandai guna heater.. bila nak mandi puas aku cari nak tonyoh mana nak tukar air sejuk jadik air panas. At last aku mandi air sejuk je.... tapi bila sudah mandi entah macamana masa aku tertekan satu bahagian kat heater tu tetiba aku rasa air panas keluar.. tak gunalah dah.. aku dah siap mandi.. bangang!!





* Tengah syok mengadap tengkorak ayam yang dibeli kat pasar malam sebelum balik dengan si kemisah.. tetiba mek dah menjerit dalam bilik air sebabnya tak jumpa paip air.. Aku malas nak bangun tambah lagi aku kan bangang bab heater ni lalu aku cakap kat kemisah " Cuba kau tengok si mek dah kat bilik air tu.. dia tak jumpa cari paip air!!" Si kemisah pun buat tak tau je siap gelakkan aku sebab dia kata aku ni macam mak-mak je beri arahan.. hehehe!! rupanya Mek Dah tak pakai spek.. power banyok.. patutlah tak jumpa.. adoiyaii mek dah!!





* Bilik aku sentiasa bising dengan gelak ketawa.. ada hikmah juga duk rumah kayu je.. si Mek dah sampai lenguh keng asyik gelak duk ngan kitaorang.. hehe!! WAktu ni lah nak rapatkan hubungn mesra.. masa kat ofis lambai-lambai tangan je bila jumpa sebab sibuk dengan tugasan masing-masing walaupun duduk dalam satu bangunan.





* Aku dapat jugak jumpa anak saudara kau si EG tu tapi tak dapat nak sembang lama sebab dia sibuk dengan kelas.. pun tak dapat buat plan jahat balik awal sebab aku siap awal..





* First day vetting adalah sorang otai duk belakang meja aku.. dia duk semabg-sembang je sedangkan aku duk pulun senok otok dengan keja aku.. Tak lama pas sembang dia pun keluar nak pegi kelas.. Rasanya ok kot dia punya.. tapi .. sudahnya setambun lanar saloh... Each page banyak salah.. Dia punya keja orang laen pulak kena marah ngan pemantau.. dan orang yang kena marah tu pulak kena baiki paper dia.. Kesian kat Mamat tu kena buat kerja orang laen. Dah lah kena marah.. Naseb baek bukan aku yang kena. Kalau aku ditempat dia aku akan cari tuan punya soklan tu sampai ke lubang cacing dan suruh dia baiki sendiri soklan dia.. tak kira lah dia Propesor ke hapa ke.. Kira budak tu memang baek lah..

* Walaupun tensyen dengan penginapan yang chakua tu, ia terubat jugak dengan layanan baik tuan rumah..

* Hasrat nak mandi kolam tak kesampaian.. penat je bawak sebab jarak kolam dari chalet agak jau.. tambahlagi balik dah penat .. at last buat kuak lentang atas katil je...

* Oleh kerana tak besh duk kat situ.. aku tak ambik gambar pun.. dan oleh kerana aku dah tak nak lagi datang kat situ aku ambik gambar chalet tu untuk kenangan..

* Charger laptop pink aku yang comel tertinggal kat bilik vetting.. Padan muka!! Nsib baek orang sana nak poskan..


*** Aku dah tak nak datang situ lagi..





Rumah aku duduk tu no 18 . Syahdu sungguh melihatnya..


Pegi 2 hari je.. tapi beg macam orang nak gi Mekah.. ehhehe. Kenangan sebelum masuk van