Macam-macam rasa

Program ke Kemboja dah makin dekat.. Seminggu je lagi..
anak buah aku yang nak pegi semuanya excited..
Tapi aku tak ada rasa excited langsung nak pegi..
Aku risau la .. tak taulah kenapa..
Mungkin aku sorang je pegawai pengiring yang buta pasal Kemboja, pastu nak kena tengok anak-anak yang laen plak.. silap aribulan anak buah pulak yang tengok aku... hehehe..
Mungkin jugak Kemboja bukan tempat yang aku nak sangat pegi..Serius beb! Kemboja bukan tempat yang tersenarai dalam wishlist aku..
Mungkin jugak aku tak pernah pegi luar negeri dalam tempoh yang lama..
Mungkin jugak budget aku yakin pasti lari punyalah..
Mungkin aku cerewet bab makan especially makanan halal ni.... Tekak aku boleh terima ke tak makanan diorang ni..
Mungkin jugak aku bimbang keselamatan aku masa kat Bangkok nanti .. maklumlah baru pas pilihanraya ni.. anything can happen..
Mungkin jugak aku bimbang nak tidur dirumah orang yang tak aku kenali..tambahlagi dengan orang yang berlainan bangsa, budaya dan bahasa.. Kalau diaorang tak pandai cakap omputeh habeslah aku... ibarat ayam dan itik bercakaplah jawabnya sebab kena stay dengan penduduk kampung kat situ tiga hari.... adoiyai!!! Buat rumah tak da bilik ke.. toilet tak ada ke.. jenis yang serba serbi kena pegi ke sungai.. Mak aiii!! Memang boleh menitis airmata aku..
Atau...
Mungkin jugak aku bimbang naik train.. aku mana pernah naik train seumur hidup aku ni... tambah lagi 13 jam perjalanan dari ke kemboja ke bangkok, kemudian 22 jam pulak lagi perjalanan dari Bangkok ke Butterworth.. Itu belum lagi perjalanan naik bas dari Butterworth ke Dungun...
Ikut tentatif 16hb Julai nanti sampai kat airport Phnom Penh pukul 10.30am. Bertolak balik pulak pada 20hb dari Kemboja pukul 8.00pagi dan sampai ke Kedutaan Malaysia di Bangkok pukul 8.30mlm . Esoknya 21hb bertolak balik dari Bangkok petang pukul 3.45 pm dan dijangka tiba di Butterworth pada keesokkannya 22 hb pukul 1.00 pm di Butterworth.Sure penat giler.. boleh terlepek aku dibuatnya...
Macam-macam lah yang aku rasa sekarang ni...


Mula-mula Jannah nak ganti aku... Aku dah hepi - hepi.. tapi akhirnya aku jugak yang kena pegi sebab memang tak boleh tukar orang .. si Pisha cakap.. "Padan muka kau!!"

Beberapa orang kawan aku kata seronoknya pegi kemboja..
Adoiyai.. Bukan nak pegi berpoya-poya ni..
Jaz cakap : Bestnya!! Nak ikut boleh tak?
Aku cakap : Bagus!! Boleh!!! Kau cukur misai dan janggut.. pastu pakai tudung.. bolehlah kau ganti akak.. Nak tak?
Terus dia diam...

Serius aku risau...