Welcome dear

Banyak benda aku nak cerita tapi tak tau nak start yang mana dulu. So, aku start yang latest punyalah. TEngahari semalam pukul 12.15 tengahari kakak aku, kak Jurai selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.78kg .. mak aku cakap beranak masa tengahari tengah tegak, siaplah degil budak tu... hehe!! I don't know..!! Sebab anak aku lahir petang pun degil semacam siap menjawap lagi... Petang tu aku, myhubby dan mak datang melawat kak Jurai kat hospital. Pukul 4.15 aku masuk melawat dia kat wad.. Sian plak tengok akak aku tuh!! mamai je.. kesan ubat kot.. Dia ngadu sakit kat aku.. aku gelak je kat dia sebab sebenarnya aku lagi sakit dari dia masa beranak . So aku dapat rasa lebih dari dia rasa... Tapi aku happy sangat tengok dia.. At last, dapat juga dia merasa sakit beranak.. Hehehe!!! GEram tengok anak saudara aku yang baru ni. Sangat comel!!! Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu... kalau tak anak aku mesti dapat geng ngan anak saudara aku tu ya.. Pukul 8.00 malam baru aku keluar dari hospital sebab waktu melawat dah abes.. Mak duk kata kesian kat kakak aku.. hinggalah aku cakap kat mak yang kakak aku sebenarnya bernasib baik dan beruntung sebab ramai tunggu dia walaupun hanya sakit beranak je ..kalau mak tengok keadaan aku baru ni masa aku sakit sebab mengandung luar rahim, teruknya keadaan aku semasa nak tunggu masa dibedah dan terlantar sorang-sorang 4 hari tak ada orang jaga tu mesti darah tinggi mak naik dan mak aku pun diam. hehe..


Anak saudara aku 4 jam selepas dilahirkan...