Perancangan cuti hujung tahun

'Ibu!Ibu! Hari ni berapa haribulan?
'Ibu!Ibu! Bila kita nak gi Hotel kat Taiping?
'Ibu!Ibu!Ibu! Tinggal berapa hari lagi kita nak gi Taiping?'
Hampir setiap hari aku dengar soklan bila nak gi Taiping dari anak-anak aku sampai tak larat dah nak jawab. We all memang ada plan dan confirm pun nak ke Taiping bercuti. Rasanya every year we all bercuti ke Taiping. Tak taulah kenapa.. Mungkin myhubby suka Yong TAu foo kat Balai Bomba tu kot. Katanya sedap, murah dan banayk choice. aku plak each time ke sana tak dapat-dapat jugak naik Bukit Larut. Tu yang tak puas hati sampai hari ni. Maybe this year cuti terakhir ke Taiping.. Lain kali ke tempat laen pulak kot.
Oleh kerana mungkin ini the last time we all ke sana, maka this time aku memang buat schedule perjalanan supaya tidak membazir masa. Dan sebelum aku decide aku dah google tempat menarik kat Taiping.
Dan akhirnya aku buat tentatif program.
20 Disember- bertolak dan check in kat Gerik Rest House.
21 Disember - check out dan bertolak ke taiping. Kitaorang punya timing tengahari pukul pukul 12.30 atau 1.00 tengahari mesti sampai ke Taiping. Tempat pertama kitorang akan makan lunch ialah di Restoran Doli yang orang kata kuay teownya sedap kat Jalan Tupai. Lepas lunch kitorang akan check in kat Taiping Golf Resort.
Lepas Asar kitorang akan ke Taman Tasik tempat orang main basikal air. Malam sebelum balik hotel akan pegi makan kat Medan Selera yang jual banyak Yong Tau Foo kat Balai Bomba tu. Malam rehat kat hotel .
22 Disember - awal pagi nak naik bukit larut. Hopefully dapat kot. Pas turun dari bukit Larut nak bawak anak-anak ke Muzium Perak. Petang tu mungkin we all ke taman Tasik Taiping kat playground berhampiran Hotel Seri Malaysia. Aktiviti malam pulak aku dah tetapkan ke zoo Taiping. Hari tu masuk waktu siang, kali ni malam pulak. Aku dah buat plan B, incase tak dapat naik Bukit Larut, aku akan bawak anak-anak aku jogging je kat area Taman Tasik Taiping tu.
23 Disember- pas breakfast, rehat jap, mungkin dalam pukul 10.00pagi check out dan terus ke Bukit Merah. Lepas berpoya-poya kat sana we all akan bertolak ke Kelantan.
Bab makan aku tak sure nak makan kat mana sebab bila aku google tempat makan kat Taiping tak banyak sangat info yang aku dapat. Ada yang orang preview tapi semua tu yang tak halal punya tempat makan. YAng ada dalam list aku sekarang selain dari Doli dan kat Balai Bomba tu ialah kedai makan depan Stesen Keretapi for nasi ayam, mee sup dan sate yang dikatakan sedap, Restaurant Asam Pedas, Restoran Massa, Kedai makan Kamunting Timur yang mana most of them kat area Kemunting.
Walaubagaimanapun jadual tu masih tertakluk pada perubahan bergantung pada mood drebar dan keadaan cuaca.
Planning kat Kat kelantan aku tak sure lagi. Sebab myhubby punya target nak cari tempat makan sedap. Tapi aku kurang berminat siket sebab tekak aku kurang nak layan siket makanan yang manis. Boleh lalu tekak, tapi tak bersungguh-sungguh. Tapi tempat yang menarik kat Kelantan ni aku tak sure lah kat mana selain dari Pengkalan Kubor ngan Rantau Panjang.. Last date kitorang berjalan ialah sehingga 27 hb sebab lepas tu myhubby mula sibuk ngan mesyuarat dan aku pun dah mula sibuk maklumlah kuliah semester baru mula 3hb januari ni.
hopefully, semuanya lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.