Petang Khamis baru ni abang aku, Pak Lang sekeluarga datang rumah. Memang abang aku langkah kaki kanan sebab kebetulan lauk kancil salai masak lemak cili api banyak lagi. First time diorang rasa makan daging kancil ni. Sebenarnya abang aku datang bukan sebab nak rasa daging kancil semata-mata pun. Anak dia si Danish yang nak datang rumah aku sebab nak main dengan sepupu-sepupu dia. Jadi oleh kerana abahnya ada kenduri kat Kuala Terengganu, so diorang datang rumah aku lebih awal. Malam tu aku, myhubby, abang dan kakak ipar aku pegi lepak sambil minum kopi kat restoran tepi pantai Teluk Lipat sambil melihat ombak besar Cina Selatan yang sedang mengganas. Abang aku lebih banyak bercakap menceritakan tentang bisnesnya dan fasa kehidupannya. Aku lebih banyak mendengar cerita abang kesayangan aku tu. Kalau tak kerana dia, aku takkan sampai ke tahap ini.. Awal Sabtu pagi dia tukar plan ke KL pulak instead of ke kenduri kat Ktrg. Katanya ada gathering kwan-kawan lama dia masa belajar kat sana. Selain eratkan silaturrahim dapat gak luaskan networking untuk business dia. Bila dia sekeluarga balik.. rasa sunyilah pulak. Aku memang sangat happy setiap kali abang aku tak datang cuma yang aku tak larat bila dia duk suruh aku sambung sekolah... Haduiiii! Nanti dulu la pak Lang.. Masa buat master aritu pun hidup aku dah berterabur. Lagipun aku belum sanggup lagi korbankan banyak perkara dalam hidup aku... Lagi satukan.. melihat kawan-kawan aku yang dah abes belajar semua kena tarik ke Shah Alam dari cawangan dan ada yang kena pegang jawatan penting kat sana buat aku ngeri.. especially keja kat Shah Alam... boleh gila aku keja kat sana...