Aku,jiran dan sutera

ORang kata hidup berjiran ni kenalah pandai jaga hati jiran untuk jaga hubungan baik. nanti susah senang jiran lah yang kita mintak tolong dulu sebelum adik beradik ataupun anak beranak yang lain. Aku beruntung sebab tinggal berjiran dengan jiran-jiran yang baik dan ambik berat. Kalau masuk hospital tak beritau mesti kena marah berkarung-karung dek jiran. Itu tak termasuk jiran depan rumah hujung sekali. Cuma lepas bini dia mati dan bila dia kawin baru tak lama kemudian.. barulah jiran aku tu okeh sikit. Kadang-kadang dalam menjaga hubungan dengan jiran ni kita tak mampu dan tak reti nak kata "tidak" walaupun sebenarnya kita tak nak. Tidak beberapa lama lepas adalah sorang jiran tetangga bawak kain sutera ke rumah untuk dijual.. Aku nak pakai kaien sutera?? Tak layak!! hehe!! Aku ni lasak giler masa keja mana boleh pakai kain sutera ni!!Lagipun aku ni bukanlah golongan korporat, mak-mak datin ke.. aku ni cuma kuli makan gaji je.. Sepanjang masa aku bekerja aku tak pernah pun beli kain sutera.. Ehh !!tipu!! Aku pernah beli lah sekali.. itupun terpaksa sebab baju rasmi fakulti. 2 helai yang lain semua aku dapat percuma masa jadik AJK Konferensi hari tu. So first time dia bawak aku kata aku tak nak beli dengan alasan aku tak berkenan dengan warna dan corak baju. So aku terlepas kali itu.. Tidak lama kemudian dia bawak lagi beberapa pasang kaen sutera. Pun aku kata tak nak beli sebab tak berkenan dengan warna dan corak..Actuallykan.. kalau aku berkenan sekalipun belum tentu aku akan beli sebab mahal lah!! Lagipun aku menyampah kaen sutera ni sebab leceh! kena basuh tanganlah, tak leh guna sabun biasa lah.. tapi yang tak tahan tu nak gosok punyalah payah tapi cepat kedut bila pakai.. Dan aku terlepas lagi hingga semalam lepas maghrib bila datang lagi bawak satu bundle kaen sutera ke rumah buat aku terkedu... Aku tak tau nak cakap apa lagi... malu mata akhirnya aku ambik jugaklah sepasang... itupun sebab myhubby kata nak belanja.. Jadik oleh kerana dia kata dia nak belanja, aku suruh dia pilih je mana yang dia berkenan. Harga? Tiga ratus lima puluh hingget!!! Mak aiii! Aku cakap dengan myhubby tu aku boleh beli 6 pasang kain atau baju kurung siap ... Aku boleh beli ketuhar letrik , set pinggan mangkuk atau kuali cap Tefal dengan harga sebanyak tu.. Dan sebenarnya kalau aku beli kat Desa Murni aku dapat lebih murah dari harga tu.. Nak buat macam mana!! Nak jaga hati jiran punya pasal..