Sepanjang jalan kenangan

2-4 Disember lepas aku kena attend majlis konvokesyen yang pertama kali dibuat kat tempat kerja aku ni.. Selama ni aku tak pernah merasa konvo sebagai staf sebab konvo kat Shah Alam. Akhirnya kali ni aku merasa juga konvo ditempat sendiri dan bukan sebagai pelajar seperti sebelum ni. Walaupun begitu aku tidak terlibat sebagai AJK. Aku hanyalah penyibuk yang turut sama berarak masuk dalam dewan sebagai staf akademik. Aku terlibat masa sidang 2 dan 3. Aku membayangkan mesti boring duk dalam dewan lama-lama seperti mana konvo kat Shah Alam yang lama giler. Nasib baik aku tak kena duduk kat atas pentas sebab aku bukan VVIP. Kalau kena duduk kat atas pentaskan mesti tak boleh nak ganas-ganas aksinya. Nak pergi toilet sebab nak terkucil pun tak boleh.Memang keraslah kat atas tu. Aku duk dibarisan depan dan hujung bawah pentas sebab nak lari dari tumpuan kamera dan juga nak tengok dan tegur anak murid aku yang turun dari pentas. Tapi dari ramai-ramai tu sorang dua je yang pandang dan ada budi bahasa nak tegur aku. Yang laen hampeh! Menonong mendongak langit masa jalan macam bagus sangat.. atau mungkin dia terlalu excited dapat skrol dan dan pakai jubah kot. Tapi ada aku kesah! Dalam sidang dua dan tiga tu kan aku memang cuba elak duduk bersebelah dengan sorang semek yang suka buat aksi gedik dan sorang lagi yang tak sayang molot... Aku malu kalau aku duk kat sebelah dia, nanti tengah dia duk buat aksi gedik kamera fokus kat dia dan tayang pulak kat layar besar mesti orang ingat aku gedik jugok.. Mau aku cabut kepala aku dan sorok dalam jubah... hehehe!! Yang sorang lagi ni aku tak larat sebab dari mula dia duk dalam dewan dan sampai keluar dewan pun ada yang dikomennya.. Itu tak kena, ini tak kena di mata dia.. Lagu tak sesuailah.. tak membangkitkan semangatlah.. Nasib baik aku tak duduk sebelah dia, kalau tak boleh bernanah telinga aku. Aku harap laen kali tak kesahlah bila-bila pun dia akan dilantik jadi AJK konvo especially bab pilih lagu perarakan.. Biar dia tau langit tu tinggi ke rendah. Dia ingat senang sangat ke nak cari lagu sesuai dengan sesuatu occasion macam pegi beli bawang kat kedai!! But the Convo was happening.. Tak boring langsung sebab sekejap je.. dan sangat terharu tengok anak-anak murid aku naik atas pentas terutamanya yang dapat Anugerah Naib Canselor.
Lepas sidang Dua hari Khamis petang yang lepas, aku dan family terus shoot ke Airport Sultan Mahmud sebab abang Zahar balik dari menunaikan haji. Oleh kerana terlalu ramai orang, aku dan anak-anak tunggu kat tepi tiang jauh sedikit dari tempat orang berkerumun tu hinggalah akhirnya aku jumpa abang Zahar aku.. Selalu bila jumpa abang-abang aku yang balik dari Mekah mesti aku akan rasa terharu macam nak nangis. Tapi kali ni tak sebab aku terkedu tengok abang Zahar yang sangat hensem dan putih bersih. Abang akukah itu? Hingga bila aku peluk dia baru aku rasa sedikit emosi.. Alhamdulillah abang aku selamat. Aku tanya abang Zahar dia pernah masuk wad ke kat sana sebab aku nampak jemaah sebijik macam dia dalam berita kat TV3 masa laporan pasal jemaah haji yang masuk hospital. Bila dia kata ya.. hah!! memang confirm abang aku yang dalam berita tu. Tak apa;ah.. yang pentiang dia dah selamat balik.
Aku happy... sebab banyak perkara menggembirakan aku berlaku sepanjang hujung minggu ini..
Sebelum sidang 2 : Testing jubah. Myhubby yang suruh posing kat sini


Sebelum sidang 2 masa berkumpul sebelum perarakan masuk dewan : With Nor


Sidang 2 sebelum perarakan masuk dewan: with Muslimah



Sidang 3 sebelum perarakan masuk dewan : With Ras



Sidang 3 sebelum perarakan masuk dewan : with kak Rosnah


With Ras and kak Bah