cuti

Malaysia menang Piala Suzuki....


Dan aku sangat senang hati - 2 hb Januari ni CUTIIII!!!! Seronoknya!!

MY NEW TIME TABLE


BERMULA 2 JANUARI 2011

HAPPY NEW YEAR !!

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR

Aku masih ingat dan tak akan pernah lupa pengalaman aku melahirkan anak pertama. Waktu itu semuanya baru, waktu itu bulan Disember 1998. Aku baru pindah, baru bertukar kerja, tempat baru dan suasana baru, jauh dari mak ayah. Hanya aku seorang diri tanpa sedara mara kat Dungun. Myhubby tak dapat duduk sekali sebab tengah kursus cikgu kat Johor. 25 Disember,1998 semasa berbuka puasa aku mula rasa sakit-sakit. Ya lah, kali pertama nak beranak… bila sakit je mula lah nak panik. Nasib BAIK waktu tu cuti sekolah dan myhubby ada kat rumah. Kalau aku sorang-sorang waktu tu… tak taulah aku macamana.. Lepas maghrib myhubby hantar aku pegi hospital Dungun dan masuk wad bersalin.. Malam tu ada rasa sakit-sakit lagi tapi tak adalah sakit sangat… Sebenornya, aku dah lewat seminggu dari tarikh sepatutnya beranak.Esok paginya, seperti biasa rutin pemeriksaan ibu yang menunggu masa nak beranak ni kena pegi jumpa doktor nak check jalan.. Masa doktor tengah check jalan tu tetiba dia cakap anak aku dah buang air besar kat dalam, so dia terus pecahkan ketuban dan aku kena transfer ke Hospital Kuala Terengganu.Waktu tu jalan baru buka 3 cm. Selepas doktor pecahkan ketuban, maka bermulalah segalanya yang menguji kesabaran aku.. Bila air ketuban pecah, aku tak daya nak tahan air yang keluar laju ..Habes kain aku dan lantai basah lencun.. At last aku kena marah dek sorang makcik cleaner sebab lantai basah dan dia terpaksa mop. Malas aku nak layan la walaupun aku sakit hati sangat bila dia marah depan orang ramai sebab aku sendiri tak tau macamana nak hentikan air yang keluar tak henti-henti.. Habis semua kaen batek aku tukar still basah.Last sekali aku ignore je..Dah keja dia jadik cleaner. Cuci je lah.. apasal banyak songeh sangat.. dia tak pernah beranak ke? Takkan tak tau… Pagi tu aku di pos ke HKT dengan ambulan… aku punya benganglah sebab staff ambulan ngan nurse suruh kongsi dengan sorang lagi kakak yang nak beranak.. dah pulak tu diaorang nak suruh aku duduk. Kali ni aku tak nak..Gila betul! takkan dalam keadaan basah lencun dan sakit tu diaorang nak suruh aku duduk untuk perjalanan sejam lebih tu… At last aku dapat baring jugak.. tapi aku kesianlah kat kakak naik ambulan sama dengan aku tu.. dia dah nak beranak sangat.. dah ready tapi nurse suruh tahan sebab tak ada kelengkapan dalam ambulan.. Myhubby pulak tak dapat naik sekali sebab tak muat. Jadik terpaksalah dia kejar dengan motor sebab itulah satu-satunya kenderaan yang kami ada waktu tu. SAmpai HKT aku terus dimasukkan ke wad bersalin.. sama macam masa aku masuk wad kecemasan tahun lepas, turun je dari ambulan semua orang yang ada kat situ pandang masa tengah serabut serabai.. Dah masuk wad bersalin tak jugak beranak lagi.. Doktor dah bersilih ganti , nurse dah tukar shif, kena pindah dari bilik bersalin hawa dingin ke bilik bersalin kipas.. ORang dah berapa ramai masuk bilik bersalin dan keluar sebab dah beranak pun aku tetap tak beranak lagi.. Last check jalan buka 8 cm. pastu tak gerak-gerak sekian lama.. anak dalam perut tak tau cerita macamana.. Cuma kat perut aku je ada satu benda yang aku tak hingat apa namanya yang guna buat check denyut nadi anak. Aku dah semakin lemah dan kebulur.. nak makan minum diorang tak bagi .. dan aku terlantar kat wad bersalin tu dari pagi sampai malam tanpa menjamah sebutir nasi dan air pun.. Agaknya kalau ditakdirkan genap buka 10 pun , aku dah tak ada daya dah nak meneran.. Itu tak termasuk menahan sakit contraction nak beranak lagi . TEnsyen tau kita terbaring tak makan, sakit pulak tu.. kemudian duk dengar staff nurse ngan doktor duk mengumpat sambil berbuka puasa.. Sabar je.. aku rasa macam aku sorang je dalam bilik bersalin sebab aku tengok diorang lepak je mengumpat, pastu tak de pulak aku dengar orang meneran nak beranak.. Senyap je.. Hinggalah tiba masa sorang doktor lelaki,pelatih kot sebab muda belia lagi nampaknya datang check aku, aku telah menyentap baju putih doktornya dengan sekuat hati dan tak lepas-lepas sambil mintak tolong dia buat operation cepat sebab aku dah tak larat sangat, jalan tak bukak-bukak dan yang paling penting aku tak tau anak aku macamana.. entah dah lemas ke ape ke.. Dia yang terperanjat dengan aku yang menyentap bajunya cakap dia tak boleh buat keputusan. Kena rujuk pakar dulu.. nanti dia call doktor pakar tu datang. Hampir pukul 9.30 malam doktor pakar yang hensem tu datang, check apa yang patut.. pastu dia kata emergency operation… pada myhubby dia cakap jangan terlalu berharap.. Dan aku tawakal je lah. aku dah tak pikir apa lagi sebab aku dah tak larat dan sakit sangat. Masa tu myhubby ,mak, mertua aku dah tunggu luar bilik bedah muka risau..Sebelum masuk bilik operation, aku sempat lagi mintak ampun dengan semua orang. Manalah taukan… apa-apa je boleh jadik.. Dalam bilik bedah tu aku masih ingat yang bukak baju aku dan tukar baju aku adalah staff lelaki, yang pegang kiri kanan bahu aku tak nak bagi aku terbalik ke belakang pun staff lelaki. Free show maa!! Tapi aku malas nak pikir apa lagi..Malu jangan kira tapi buat macam tak malu je.. Yang bius aku doktor lelaki dan yang potong perut dan kuarkan anak aku tu doktor pakar yang hensem tu.. Lelaki juga. Bila dia bius je.. segala kesakitan nak beranak yang sedang dirasa tu hilang…. Ya Allah!! Waktu tu rasa macam nak bangun buat sujud syukur je.. Leganya hanya Allah je yang tau.. Akhirnya, 26 Disember 1998 jam pukul 11.06 malam.. Muhammad Badrul Amin mula melihat dunia… Kuat betul dia melalak..tapi yang pasti badan dia biru dan gelap... Malangnya doktor tak bagi myhubby azankan baby dia sebab tak yakin tengok myhubby waktu tu macam muda lagi pastu pakai jeans koyak rabak kat lutut..hehe!! Sudahnya mertua aku yang azankan. Mulanya aku nak namakan anak aku Amir Hamzah..dah tak pikirkan nama laen lagi.. Tapi bapak mertua aku kata cari nama laen sebab nama tu macam tak sesuai dengan anak sulung.. Keras sangat.. Sudahnya aku tak tau nak pikir apa lagi terus ikut je cadangan diorang iaitu Badrul Amin.. Dah 12 tahun umurnya…tapi masih lagi kuat menangis.. hehhe!! Kalah maen badminton dengan adik dia nangis, adik cool je. Berebut mainan dengan adik pun dia boleh nangis.. Kalah main bola dengan kawan pun nangis.. Kena marah pun dia nangis… Haduii!! Pening kepala aku.. Dia dah mula simpan cita-cita nak jadik chef… setiap kali aku masak kat dapur dia mesti nak tolong… tapi aku kurang yakin lagi.. setakat ajar dia potong sayur dan potong bawang tu adalah.. Doa ibu semoga Amin sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki, Berjaya dalam kehidupannya dan berakhlak mulia.. AMiNN… Dia dah boleh buat kad pengenalan la.. tapi tetap maknya yang pegang dan simpankan.. tak caya aku biar dia simpan sendiri.. heee!!

Cuti yang cemerlang

Aku dah siap isi borang penilaian prestasi yang menyemakkan jiwa hari ni. Nasib baik dah ada sampel tahun lepas,so just modify je!! Delete dan tambah mana yang patut .Cepat sikit siap. Kalau tak lemah jiwa aku ni nak ngadap benda alah ni lama-lama. Lusa print, Hari Ahad 19 hb hantar kat Has. Nak hantar sekarang pun dia tak da jugak sebab dia pegi PTK. Aku tak pegi sebab malas.Tapi tulis banyak-banyak pun tak cemerlang jugak and I don’t care much.. Hari SAbtu ni aku n myhubby nak hantar sicukai aku masuk klinik untuk servis .Pastu singgah umah mak tengok anak saudara aku yang baru..20 hb ni da start cuti. So by 19th aku kena make sure aku dah settlekan siibus yang aku nak bagi kat budak-budak buka semester ni. Pastu, pack barang…Tak sabar nak cuti. Hehe!! Luckily kitaorang dapat jugak penginapan percuma kat Taiping Golf Resort tu.. Seronok aku!! Taiping!! I’m coming!!

Aku,jiran dan sutera

ORang kata hidup berjiran ni kenalah pandai jaga hati jiran untuk jaga hubungan baik. nanti susah senang jiran lah yang kita mintak tolong dulu sebelum adik beradik ataupun anak beranak yang lain. Aku beruntung sebab tinggal berjiran dengan jiran-jiran yang baik dan ambik berat. Kalau masuk hospital tak beritau mesti kena marah berkarung-karung dek jiran. Itu tak termasuk jiran depan rumah hujung sekali. Cuma lepas bini dia mati dan bila dia kawin baru tak lama kemudian.. barulah jiran aku tu okeh sikit. Kadang-kadang dalam menjaga hubungan dengan jiran ni kita tak mampu dan tak reti nak kata "tidak" walaupun sebenarnya kita tak nak. Tidak beberapa lama lepas adalah sorang jiran tetangga bawak kain sutera ke rumah untuk dijual.. Aku nak pakai kaien sutera?? Tak layak!! hehe!! Aku ni lasak giler masa keja mana boleh pakai kain sutera ni!!Lagipun aku ni bukanlah golongan korporat, mak-mak datin ke.. aku ni cuma kuli makan gaji je.. Sepanjang masa aku bekerja aku tak pernah pun beli kain sutera.. Ehh !!tipu!! Aku pernah beli lah sekali.. itupun terpaksa sebab baju rasmi fakulti. 2 helai yang lain semua aku dapat percuma masa jadik AJK Konferensi hari tu. So first time dia bawak aku kata aku tak nak beli dengan alasan aku tak berkenan dengan warna dan corak baju. So aku terlepas kali itu.. Tidak lama kemudian dia bawak lagi beberapa pasang kaen sutera. Pun aku kata tak nak beli sebab tak berkenan dengan warna dan corak..Actuallykan.. kalau aku berkenan sekalipun belum tentu aku akan beli sebab mahal lah!! Lagipun aku menyampah kaen sutera ni sebab leceh! kena basuh tanganlah, tak leh guna sabun biasa lah.. tapi yang tak tahan tu nak gosok punyalah payah tapi cepat kedut bila pakai.. Dan aku terlepas lagi hingga semalam lepas maghrib bila datang lagi bawak satu bundle kaen sutera ke rumah buat aku terkedu... Aku tak tau nak cakap apa lagi... malu mata akhirnya aku ambik jugaklah sepasang... itupun sebab myhubby kata nak belanja.. Jadik oleh kerana dia kata dia nak belanja, aku suruh dia pilih je mana yang dia berkenan. Harga? Tiga ratus lima puluh hingget!!! Mak aiii! Aku cakap dengan myhubby tu aku boleh beli 6 pasang kain atau baju kurung siap ... Aku boleh beli ketuhar letrik , set pinggan mangkuk atau kuali cap Tefal dengan harga sebanyak tu.. Dan sebenarnya kalau aku beli kat Desa Murni aku dapat lebih murah dari harga tu.. Nak buat macam mana!! Nak jaga hati jiran punya pasal..

dia marah

Myhubby sudah hangin satu badan. Layan je... hehe!!
Actually we all ke Taiping sebab we all dapat voucher vacation 3 hari 2 malam kat mana-mana hotel seluruh Malaysia yang diberikan pada mereka yang beli kereta Proton sepanjang tahun lepas. So, bulan 9 hari tu myhubby sudah booking Taiping golf n Resort kat Taiping untuk 21 hb ni dengan 1 agensi pelancongan yang handle pakej pelancongan bagi pihak proton. We all dah excited sebab tak yah kena kuar duitkan. So 2 hari lepas myhubby called travel Agent tu nak confirm semuanya. Entah apa nasib malang myhubby sebab banyak kali dia called tidak berjawab. Akhirnya berjawab jugak tapi dia kata nanati dia check dan suruh myhubby called balik. Kemudian petang tu myhubby called banyak kali masih tak berjawab hingga akhirnya diaorang jawab jugak dan jawapan diorang cukup menyakitkan hati myhubby. Mereka kata hotel yang kitaorang nak tu penuh. Myhubby punya darah sudah mendidih. Booking 3 bulan yang lepas ada ke logik diorang kata dah penuh. Aku tak taulah apa yang diayatkan oleh myhubby kat orang travel Agent tu sebab aku tak ada kat situ masa tu.. Luckily bukan aku yang bercakap dan selalunya tak kebetulan dengan aku. hehehe!! Memang ******* punya travel agent!! Kalau aku ada dalam situasi myhubby pun memang aku bengang jugak.. Myhubby kata dia cukup tak puashati, dia nak complaint kat suratkhabarlah, mintak gantirugilah.. Aku rasa orang Travel Agent ni menipu sebab kawan myhubby pun dah kena. Dia nak dapat bayaran je tapi tak buat keja..
Walaubagaimanapun, plan ke Taiping still on. Lagipun dah janji ngan anak-anak. Apapun kitorang mungkin staylah kat mana-mana hotel yang ada kat Taiping dan available. Kalau dah tak da.. tidur dalam sicukai pun ok gak. Selesa je sebab kerusi belakang sicukai kan boleh dilipat semuanya... bentang toto..Lambaklah semuanya kat situ.. habes cerita..Tapi myhubby memang bengang gila kat travel Agent ******* capayam tu!!

make me happy.

Petang Khamis baru ni abang aku, Pak Lang sekeluarga datang rumah. Memang abang aku langkah kaki kanan sebab kebetulan lauk kancil salai masak lemak cili api banyak lagi. First time diorang rasa makan daging kancil ni. Sebenarnya abang aku datang bukan sebab nak rasa daging kancil semata-mata pun. Anak dia si Danish yang nak datang rumah aku sebab nak main dengan sepupu-sepupu dia. Jadi oleh kerana abahnya ada kenduri kat Kuala Terengganu, so diorang datang rumah aku lebih awal. Malam tu aku, myhubby, abang dan kakak ipar aku pegi lepak sambil minum kopi kat restoran tepi pantai Teluk Lipat sambil melihat ombak besar Cina Selatan yang sedang mengganas. Abang aku lebih banyak bercakap menceritakan tentang bisnesnya dan fasa kehidupannya. Aku lebih banyak mendengar cerita abang kesayangan aku tu. Kalau tak kerana dia, aku takkan sampai ke tahap ini.. Awal Sabtu pagi dia tukar plan ke KL pulak instead of ke kenduri kat Ktrg. Katanya ada gathering kwan-kawan lama dia masa belajar kat sana. Selain eratkan silaturrahim dapat gak luaskan networking untuk business dia. Bila dia sekeluarga balik.. rasa sunyilah pulak. Aku memang sangat happy setiap kali abang aku tak datang cuma yang aku tak larat bila dia duk suruh aku sambung sekolah... Haduiiii! Nanti dulu la pak Lang.. Masa buat master aritu pun hidup aku dah berterabur. Lagipun aku belum sanggup lagi korbankan banyak perkara dalam hidup aku... Lagi satukan.. melihat kawan-kawan aku yang dah abes belajar semua kena tarik ke Shah Alam dari cawangan dan ada yang kena pegang jawatan penting kat sana buat aku ngeri.. especially keja kat Shah Alam... boleh gila aku keja kat sana...

Perancangan cuti hujung tahun

'Ibu!Ibu! Hari ni berapa haribulan?
'Ibu!Ibu! Bila kita nak gi Hotel kat Taiping?
'Ibu!Ibu!Ibu! Tinggal berapa hari lagi kita nak gi Taiping?'
Hampir setiap hari aku dengar soklan bila nak gi Taiping dari anak-anak aku sampai tak larat dah nak jawab. We all memang ada plan dan confirm pun nak ke Taiping bercuti. Rasanya every year we all bercuti ke Taiping. Tak taulah kenapa.. Mungkin myhubby suka Yong TAu foo kat Balai Bomba tu kot. Katanya sedap, murah dan banayk choice. aku plak each time ke sana tak dapat-dapat jugak naik Bukit Larut. Tu yang tak puas hati sampai hari ni. Maybe this year cuti terakhir ke Taiping.. Lain kali ke tempat laen pulak kot.
Oleh kerana mungkin ini the last time we all ke sana, maka this time aku memang buat schedule perjalanan supaya tidak membazir masa. Dan sebelum aku decide aku dah google tempat menarik kat Taiping.
Dan akhirnya aku buat tentatif program.
20 Disember- bertolak dan check in kat Gerik Rest House.
21 Disember - check out dan bertolak ke taiping. Kitaorang punya timing tengahari pukul pukul 12.30 atau 1.00 tengahari mesti sampai ke Taiping. Tempat pertama kitorang akan makan lunch ialah di Restoran Doli yang orang kata kuay teownya sedap kat Jalan Tupai. Lepas lunch kitorang akan check in kat Taiping Golf Resort.
Lepas Asar kitorang akan ke Taman Tasik tempat orang main basikal air. Malam sebelum balik hotel akan pegi makan kat Medan Selera yang jual banyak Yong Tau Foo kat Balai Bomba tu. Malam rehat kat hotel .
22 Disember - awal pagi nak naik bukit larut. Hopefully dapat kot. Pas turun dari bukit Larut nak bawak anak-anak ke Muzium Perak. Petang tu mungkin we all ke taman Tasik Taiping kat playground berhampiran Hotel Seri Malaysia. Aktiviti malam pulak aku dah tetapkan ke zoo Taiping. Hari tu masuk waktu siang, kali ni malam pulak. Aku dah buat plan B, incase tak dapat naik Bukit Larut, aku akan bawak anak-anak aku jogging je kat area Taman Tasik Taiping tu.
23 Disember- pas breakfast, rehat jap, mungkin dalam pukul 10.00pagi check out dan terus ke Bukit Merah. Lepas berpoya-poya kat sana we all akan bertolak ke Kelantan.
Bab makan aku tak sure nak makan kat mana sebab bila aku google tempat makan kat Taiping tak banyak sangat info yang aku dapat. Ada yang orang preview tapi semua tu yang tak halal punya tempat makan. YAng ada dalam list aku sekarang selain dari Doli dan kat Balai Bomba tu ialah kedai makan depan Stesen Keretapi for nasi ayam, mee sup dan sate yang dikatakan sedap, Restaurant Asam Pedas, Restoran Massa, Kedai makan Kamunting Timur yang mana most of them kat area Kemunting.
Walaubagaimanapun jadual tu masih tertakluk pada perubahan bergantung pada mood drebar dan keadaan cuaca.
Planning kat Kat kelantan aku tak sure lagi. Sebab myhubby punya target nak cari tempat makan sedap. Tapi aku kurang berminat siket sebab tekak aku kurang nak layan siket makanan yang manis. Boleh lalu tekak, tapi tak bersungguh-sungguh. Tapi tempat yang menarik kat Kelantan ni aku tak sure lah kat mana selain dari Pengkalan Kubor ngan Rantau Panjang.. Last date kitorang berjalan ialah sehingga 27 hb sebab lepas tu myhubby mula sibuk ngan mesyuarat dan aku pun dah mula sibuk maklumlah kuliah semester baru mula 3hb januari ni.
hopefully, semuanya lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Sepanjang jalan kenangan

2-4 Disember lepas aku kena attend majlis konvokesyen yang pertama kali dibuat kat tempat kerja aku ni.. Selama ni aku tak pernah merasa konvo sebagai staf sebab konvo kat Shah Alam. Akhirnya kali ni aku merasa juga konvo ditempat sendiri dan bukan sebagai pelajar seperti sebelum ni. Walaupun begitu aku tidak terlibat sebagai AJK. Aku hanyalah penyibuk yang turut sama berarak masuk dalam dewan sebagai staf akademik. Aku terlibat masa sidang 2 dan 3. Aku membayangkan mesti boring duk dalam dewan lama-lama seperti mana konvo kat Shah Alam yang lama giler. Nasib baik aku tak kena duduk kat atas pentas sebab aku bukan VVIP. Kalau kena duduk kat atas pentaskan mesti tak boleh nak ganas-ganas aksinya. Nak pergi toilet sebab nak terkucil pun tak boleh.Memang keraslah kat atas tu. Aku duk dibarisan depan dan hujung bawah pentas sebab nak lari dari tumpuan kamera dan juga nak tengok dan tegur anak murid aku yang turun dari pentas. Tapi dari ramai-ramai tu sorang dua je yang pandang dan ada budi bahasa nak tegur aku. Yang laen hampeh! Menonong mendongak langit masa jalan macam bagus sangat.. atau mungkin dia terlalu excited dapat skrol dan dan pakai jubah kot. Tapi ada aku kesah! Dalam sidang dua dan tiga tu kan aku memang cuba elak duduk bersebelah dengan sorang semek yang suka buat aksi gedik dan sorang lagi yang tak sayang molot... Aku malu kalau aku duk kat sebelah dia, nanti tengah dia duk buat aksi gedik kamera fokus kat dia dan tayang pulak kat layar besar mesti orang ingat aku gedik jugok.. Mau aku cabut kepala aku dan sorok dalam jubah... hehehe!! Yang sorang lagi ni aku tak larat sebab dari mula dia duk dalam dewan dan sampai keluar dewan pun ada yang dikomennya.. Itu tak kena, ini tak kena di mata dia.. Lagu tak sesuailah.. tak membangkitkan semangatlah.. Nasib baik aku tak duduk sebelah dia, kalau tak boleh bernanah telinga aku. Aku harap laen kali tak kesahlah bila-bila pun dia akan dilantik jadi AJK konvo especially bab pilih lagu perarakan.. Biar dia tau langit tu tinggi ke rendah. Dia ingat senang sangat ke nak cari lagu sesuai dengan sesuatu occasion macam pegi beli bawang kat kedai!! But the Convo was happening.. Tak boring langsung sebab sekejap je.. dan sangat terharu tengok anak-anak murid aku naik atas pentas terutamanya yang dapat Anugerah Naib Canselor.
Lepas sidang Dua hari Khamis petang yang lepas, aku dan family terus shoot ke Airport Sultan Mahmud sebab abang Zahar balik dari menunaikan haji. Oleh kerana terlalu ramai orang, aku dan anak-anak tunggu kat tepi tiang jauh sedikit dari tempat orang berkerumun tu hinggalah akhirnya aku jumpa abang Zahar aku.. Selalu bila jumpa abang-abang aku yang balik dari Mekah mesti aku akan rasa terharu macam nak nangis. Tapi kali ni tak sebab aku terkedu tengok abang Zahar yang sangat hensem dan putih bersih. Abang akukah itu? Hingga bila aku peluk dia baru aku rasa sedikit emosi.. Alhamdulillah abang aku selamat. Aku tanya abang Zahar dia pernah masuk wad ke kat sana sebab aku nampak jemaah sebijik macam dia dalam berita kat TV3 masa laporan pasal jemaah haji yang masuk hospital. Bila dia kata ya.. hah!! memang confirm abang aku yang dalam berita tu. Tak apa;ah.. yang pentiang dia dah selamat balik.
Aku happy... sebab banyak perkara menggembirakan aku berlaku sepanjang hujung minggu ini..
Sebelum sidang 2 : Testing jubah. Myhubby yang suruh posing kat sini


Sebelum sidang 2 masa berkumpul sebelum perarakan masuk dewan : With Nor


Sidang 2 sebelum perarakan masuk dewan: with Muslimah



Sidang 3 sebelum perarakan masuk dewan : With Ras



Sidang 3 sebelum perarakan masuk dewan : with kak Rosnah


With Ras and kak Bah

Welcome dear

Banyak benda aku nak cerita tapi tak tau nak start yang mana dulu. So, aku start yang latest punyalah. TEngahari semalam pukul 12.15 tengahari kakak aku, kak Jurai selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.78kg .. mak aku cakap beranak masa tengahari tengah tegak, siaplah degil budak tu... hehe!! I don't know..!! Sebab anak aku lahir petang pun degil semacam siap menjawap lagi... Petang tu aku, myhubby dan mak datang melawat kak Jurai kat hospital. Pukul 4.15 aku masuk melawat dia kat wad.. Sian plak tengok akak aku tuh!! mamai je.. kesan ubat kot.. Dia ngadu sakit kat aku.. aku gelak je kat dia sebab sebenarnya aku lagi sakit dari dia masa beranak . So aku dapat rasa lebih dari dia rasa... Tapi aku happy sangat tengok dia.. At last, dapat juga dia merasa sakit beranak.. Hehehe!!! GEram tengok anak saudara aku yang baru ni. Sangat comel!!! Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu... kalau tak anak aku mesti dapat geng ngan anak saudara aku tu ya.. Pukul 8.00 malam baru aku keluar dari hospital sebab waktu melawat dah abes.. Mak duk kata kesian kat kakak aku.. hinggalah aku cakap kat mak yang kakak aku sebenarnya bernasib baik dan beruntung sebab ramai tunggu dia walaupun hanya sakit beranak je ..kalau mak tengok keadaan aku baru ni masa aku sakit sebab mengandung luar rahim, teruknya keadaan aku semasa nak tunggu masa dibedah dan terlantar sorang-sorang 4 hari tak ada orang jaga tu mesti darah tinggi mak naik dan mak aku pun diam. hehe..


Anak saudara aku 4 jam selepas dilahirkan...