So bila mau siap?

Pagi ni aku masuk opis.
Khamis baru ni aku cuti pergi berpoya-poya kat Seremban.
Eh sebenarnya aku tak berpoya-poya.. aku pergi hantar pembantu rumah mak balik rumah akak.
Tak sempat berpoya-poya pun. Letih lagi ada.
Sampai opis aku tengok box biru ajaib tepi pintu aku penuh...
Wah ! Kertas sapa yang banyak ni!!
Aku curious!!
"Wahai box biru ajaib!!! Kertas siapakah yang banyak ini?"
Rupanya.. ada orang hantar assignment lambat la..
Lambat gila beb!!
Patut hantar 12 hb...
Sikalang sudah 17 hb..
Kalau potong 1 markah untuk setiap jam lambat kira sudah jadik negatip seratus markahnya..
So macamana tue?
Sudahnya masuk dalam bakul biru tepi pintu bilik aku..
Nak jumpa aku minta maap tak berani gamaknya..
Takut kena makan kot..
Apa yang ditakutkan..
Aku tak makan orang pun..
Aku makan daging je..
Nasib lah.. sapa suruh hantar lambat..
Yang kesiannya kawan dia jadik mangsa... Dah siap awal lagi tapi tukang tiru lambat hantar.... Tak pasal-pasal assignment dia sekali masuk bakul sampah..
Minta maap lah ya.. menangis berguling macam tenggiling pun aku tak layan..
Tak adil pada orang lain yang bersusahpayah hantar awal.
Nak buat macamana.. itulah lumrahnya.. buat salah ada hukumannya.
Jadi mudahkanlah hidup anda... " Patuhilah arahan cikgu".. amat mudah.. itu sahaja.. hehe!!
Plan msuk ofis nak pulun marking..
Tetiba Jazrine ngan azwa datang menziarah..
Gasak gossip sampai pukul 12 tengahari..
Sudahnya kerja aku tak siap-siap jugak lagi..