Sebenarnya tak ada kena mengena pun antara tajuk entri dengan isikandungannya. It just that aku malas nak pikir tajuk yang sesuwai. Sudahnya aku ambil tajuk lagu si anggun yang aku suka dengar sekarang ni.
Minggu baru ni sememangnya minggu yang memenatkan. Hari Khamis aku ngan myhubby hantar pembantu rumah mak rumah akak di seremban sebab dia punya flight ke jakarta hari Sabtu. aku laki bini bwak anak-anak. Plan asal bertolak pukul 10.30 pagi pas aku abes kelas. Tapi apa yang berlaku aku ambik cuti hari Khamis tu. Myhubby ke sekolah as usual. Myhubby kata pukul 3 sharp bertolak. Tapi pukul 3 sudah bayang batang hidung pun tak nampak lagi... Sudahnya bertolak pukul 5 lebih. Sampai rumah mak pukul 6 lebih dan bertolak ke Seremban dari rumah makpukul 8.00 malam. Sampai di Lavender Heights lebih kurang pukul 3.00 lebih. Nak kejut akak tak sampai hati.. tapi diorang memang dah expect kitorang sampai lewat so diorang tidur-tidur ayam tunggu kitorang sampai. Sampai je tengok pintu gate terbukak sendiri. Memang berpuaka betul pintu gate rumah akak ni tetiba terbukak sendiri. hehe!! Tak macam rumah aku yang kena guna kudrat tangan sekuat tenaga. Selalu si Yati gagal membukanya. Hari tu kitorang tak ke mana-mana pun. Lepak je rumah akak. Tapi sebelum balik aku wajib pegi ke Giant Senawang sebab aku suka tengok 2 ekor ikan arapaima yang sebesar aku dalam akuarium besar. Pukul 4.30 ptg kitorang bertolak balik ke Trg. Tak jadik konvoi dengan akak sebab akak nak balik lewat skit tambah lagi akak nak terus je ke rumah abang Zahar sedangkan aku dan laki aku dah ada plan lain dalm kepala otak kitaorang. Kalau setiap kali pegi Seremban, memang aktiviti wajib aku dan laki aku singgah kat satu kopitiam yang femes kat Kg Parit di Kuala Pilah., Actually kg Parit tu kg arwah nenek aku sebelah mak dan anak beranak aku pun ramai kat situ tapi aku tak kenal. Even kubur arwah moyang aku pun kat situ tapi hari tu aku tak singgah sebab nak cepat. Sampai rumah abang Zahar pukul 10.30 malam. Tengok orang ramai rumah abang. Tapi aku tak duduk lama sebab kesian kat abang aku. Dia tak pack barang pun lagi. Pukul 11.00 aku terus balik Dungun. Ingat nak singgah dan berkumpul rumah mak adik beradik sebab abang Mie ada balik. Tapi tak jadik sebabnya esok nak kena ambik cik dan bak kat manir dan terus ke airport. Diorang nak jumpa abang aku sebelum abang aku ke Mekah.
The next day, Sabtu 16 hb we all sampai ke airport Sultan Mahmud pukul 1.30 tengahari. Adik beradik aku semua dah ada kecuali abang Dzul dan Mazidah. Abang Dzul ada hal kat tempat kerja yang tak dapat dielakkan. Abang aku nak pegi haji macam nak pegi pasar.. Cool je dia. Rupanya flight abang aku pukul 8.00 malam. Pukul 3.30 dia kena check in. Kitorang ingat flight dia pukul 3.30. Tapi kami adik beradik dan mak tetap sabar menunggu abang aku sampai dia check in. Aku tengok dia happy je. Masa jemaah haji kena daftar, abang aku orang yang paling awal daftar. Tapi bila check in, dia yang paling lambat check in.. Pandai betul abang aku punya strategi. Rupanya bila sorang jemaah masuk, automatik orang yang keluar sampai 20 orang.. Itu pasallah pintu utama jadik sesak. Bila tengok orang clear kat skrin layar besar barulah abang aku masuk. Mak as usual la nangis sambil peluk anak sulung kesayangannya .. aku tak penah peluk abang aku.. Biasa salam dan cium tangan je dan itulah first time aku peluk dia sebelum dia pegi. Tipulah kalau aku tak nangis... Kalau orang-orang yang aku sayang dan rapat pegi Haji ke apa ke mesti aku nangis punya lah.. Tapi tak sedasyat seperti aku nangis masa arwah abah tinggalkan aku .. Sampai kering air mata aku nangis walaupun tak adalah buat aksi meraung macam india menangis bila anak beranak dia mati. Rindunya kat abah..
Bila abang aku dah hilang dari pandangan barulah we all balik.Aku doakan abang aku selamat dan mendapat haji mabrur. Dan aku rasa keputusan abang aku pergi haji seorang diri adalah sangat tepat. Pak Lang tanya aku ngan laki aku.. " Bila korang nak pegi plak? " Dan seperti biasa lah , jawapan skema aku laki bini ..InsyaAllah.. !
Semalam abang aku called dari Jeddah. Alhamdulillah.. abang aku dah selamat sampai. Semoga urusan hajinya lancar..

**** Nasik lemak kat Seremban memang best... kat tempat aku tak dapat nasik lemak yang sedap ni...