Invigilate

Petang semalam jaga exam. Petang ni pun jaga exam...

Boringnya!! Tak suke! Tak suke!

Membuat kerja yang bertentangan dengan personaliti dn kelaziman aku...

Kena duduk diam..Tak boleh bercakap dan bergosip.. melangut dua tiga jam tengok budak jawap exam.. Tensyen!!


Petang ni pun kena jaga exam... Errghhh!!


Pukul 1.30 sharp aku sampai kat bilik gerakan peperiksaan dengan semangat yang lemah untuk sign attendance..


Tiba-tiba staff unit exam kata .." Akak kena jaga exam kat klinik!!"


" Hah!! Klinik??!!" Haduss!! Mati kematulah aku kat situ jaga sensorang kat klinik!! Lemah semangat aku..


Pukul 2.00 dengan semangat yang longlai aku ke klinik... dan melangut kat situ...

Mengadap budak yang ambik exam...

SAmbil menelaah suratkhabar... dari muka depan sampai ruangan sukan..

Membaca buku majalah Mingguan Wanita yang aku tak suka beli, tak pernah beli dan baca..Nama je pempuan.. hehehe!! Siap salin resepi lagi you!! Jangan tak tau!! Myhubby penggemar setia Majalah Mingguan Wanita dan tak pernah miss beli majalah tu sampailah dia kawin dengan aku baru dia stop. Mungkin bini dia tak suka baca kot atau dia tak ada masa nak baca lagi.. hehe! Rupanya tak lah boring sangat bila jaga kat klinik.. sebab kalau jaga kat dewan exam tak leh membaca.. tapi kalau kat klinik nak buat apa sahaja pun boleh.. hhehe!! TAmbah lagi klinik baru sekarang sangat selesa.. TApi yang paling best jaga kat klinik ni bila budak hantar kertas jawpan awal.. Boleh balik awal... hehhe!!



Bila hantar skrip jawapan.. aku dah siap booking 7 hb november pagi tu aku rela jaga kat klinik.. Nanti aku siap piknik kat situ.. hahaha!!



Calo bebeh!!