problem solved

Aku ada banyak benda nak cerita tapi aku tak tau nak cerita yang mana satu dan di mana nak mula dulu. Lagipun lately kerja banyak..
16 Oktober ni abang Zahar nak pergi Mekah buat Haji. Abang aku naik flight kat Lapangan Terbang Sultan Mahmud. So we all adik beradik memang duk pakat ramai-ramai nak buat rombongan hantar abang Zahar ke sana.. Masalahnya sekarang ialah pada tarikh yang sama, pembantu rumah mak pun balik Indon dan naik flight pulak kat KLIA..
Akhirnya, mengikut perancangan yang terbaru.. aku dan myhubby akan hantar pembantu mak tu ke rumah akak Juyah di Seremban pada hari Khamis 14hb Oktober, pastu esoknya kitorang akan berkonvoi dengan akak Juyah dan abang Bakar balik ke Kijal.. Bob dan Iwan pulak akan hantar pembantu rumah mak balik Indon kat KLIA pada 16hb tu..
Selesai satu masalah..