Siapa suruh lawan taukeh

Suatu hari di waktu tengahari minggu lepas.


Lokasi: 14c6


" Class, please take note that our class will end on this 19th October, quiz 1 and quiz 2 will be held on 18th October and the next day will be a discussion on case studies ".


Tiba-tiba terdengar suara tikus berbunyi...


" Puan, waktu tu kan study leave!!'


Entah kenapa jawapan itu tibe-tiba menyebabkan tetiba aku naik angin dan 'zassss' darah aku menyirap ke kepala tambah lagi ada antara tikus tu buat muka seolah-olah berkata " Apahal pempuan ni nak buat kelas masa study leave ni?"


Bila dah hangin... tetiba je ayat puaka meluncur keluar dengan nada yang sangat tinggi dan nyaring dari mulut aku yang merah menyala seperti drakula naga yang memanahkan apinya...


" SO WHATTTT?!!!"

"OWHH!!! KALAU STUDY LEAVE SAYA TAK BOLEH BUAT KELAS lah???!!!"

"AWAK NAK BALIK???"

"OK !!FINE!!!"

" CASE STUDY TAK PAYAH DISCUSS!!! QUIZ 1 N 2 SAYA BAWAK KE 11 HB OKTOBER! 12 HB TEST AS USUAL !!! MUKTAMAD!!!"


Dan semua orang senyap...


Selepas itu, ada yang merayu minta buat discussion untuk case study dan aku jawab dengan nada sinis dan ditujukan pada semua orang termasuk tikus-tikus itu...


' Tak apalahhhh!! Awak kan pandai... tak payah lah discuss... kira okeylah tu... Awak jawab je lah nanti... Sorry!! No!! Muktamad"


Dan budak-budak tu diam lagi dan aku tau diorang kecewa dan bangang bengang dengan tikus-tikus tu. Tak pasal diorang jadi mangsa. Aku percaya sekarung sumpah seranah dan carutan dalam hati diorang. Pedulik hapa haku!!


Esoknya dengan budak yang sama..


" Class.. your case study must be submitted to me by 12 October before 5 o'clock".


Aku tunggu jugak kot-kot ada suara tikus nak berbunyi lagi sebab tarikh hantar case study tu sama dengan tarikh test dorang... Tetapi semua orang senyap.. Tapi kalau ada lagi bunyi tikus tu berbunyi mempertikaikan arahan aku, secara automatik aku akan awalkan lagi tarikh hantar assignment case study tu pada 10hb... Nasib baik semua orang senyap. Kalau diorang berbunyik maknanya memang diorang cari nahas!!



" Remember, late submission after 5 will be rejected. Tak kira apa alasan yang awak nak bagi saya tak terima. Saya dah bagi tempoh masa yang lama untuk awak buat. Jangan marah dan tak guna menangis kalau tiba-tiba awak nampak saya buat aksi brutal depan mata awak mengambil assignment awak dalam box saya depan pintu dan mencampaknya dalam tong sampah di tepi pintu bilik saya. Sebabnya salah awak bangang sendiri"


Dan diorang terus diam.



*** Ingat makin muda tua makin sejuk hati dengan budak-budak ni.. tapi rupanya makin cepat naik hangin dengan budak-budak ni... Aku cukup pantang budak tak mendengar arahan dan suka buat counter offer.