Sakitnya ku rasa
Sakitnya pinggang!! Sakitnya rasa masa rukuk bila sembahyang .
Sakitnya bila duk tegak..
Sakitnya duduk masa bawak keta..
Bila duduk nak bangun rasa bercinta je..
Hari ni buat keja marking sambil baring...
Kejap-kejap kang meniarap macam buaya kekenyangan yang bergelimpangan..
Fatthycute kata .. ." Aksi ganas sangat ke ape? hehehe!!"
MAna adalah Fathy...
Zalina kata pakai stileto ke sampai tonggek..?
Mana ada la laling..
Aku rasakan..
Mungkin sebab aku tak pernah berurut kot..
Masa beranak tak pernah beurut..
Orang lain beranak berpantang bersungguh-sungguh sampai tak keluar rumah 40 hari., tapi aku 5 hari lepas beranak operate siap duk turun naik tangga hospital lagi sambung pegi shopping complex cari barang anak... Seminggu lebih pantang dah masuk dapur.. Dah laki depan mata.. takkan nak biar dia makan kat kedai je memanjang.. Siap naik motor pegi kedai.. kemudian siap bersiar tepi pantai lagi bawak anak.. Masa beranakkan Naim aku dah pantang sorang diri.. Mak tak jaga... Memang macam orang sihat walafiat lah lagaknya..
Kemudian pas accident tercampak dari motor landing atas jalan masa ngandungkan si Yati dan accident langgar tiang baru ni pun aku tak berurut jugak... Degil!!
Itu tak kira lagi jatuh terduduk macam nangka busuk masa main bowling kat Genting, 3 kali jatuh terduduk dalam bilik air.. pun sombong tak pegi berurut.. Rasa macam kuatlah kononnya!!
Dah tua ni baru rasa kesannya.. HA amekkaw!!
Invigilate
Boringnya!! Tak suke! Tak suke!
Membuat kerja yang bertentangan dengan personaliti dn kelaziman aku...
Kena duduk diam..Tak boleh bercakap dan bergosip.. melangut dua tiga jam tengok budak jawap exam.. Tensyen!!
Petang ni pun kena jaga exam... Errghhh!!
Pukul 1.30 sharp aku sampai kat bilik gerakan peperiksaan dengan semangat yang lemah untuk sign attendance..
Tiba-tiba staff unit exam kata .." Akak kena jaga exam kat klinik!!"
" Hah!! Klinik??!!" Haduss!! Mati kematulah aku kat situ jaga sensorang kat klinik!! Lemah semangat aku..
Pukul 2.00 dengan semangat yang longlai aku ke klinik... dan melangut kat situ...
Mengadap budak yang ambik exam...
SAmbil menelaah suratkhabar... dari muka depan sampai ruangan sukan..
Membaca buku majalah Mingguan Wanita yang aku tak suka beli, tak pernah beli dan baca..Nama je pempuan.. hehehe!! Siap salin resepi lagi you!! Jangan tak tau!! Myhubby penggemar setia Majalah Mingguan Wanita dan tak pernah miss beli majalah tu sampailah dia kawin dengan aku baru dia stop. Mungkin bini dia tak suka baca kot atau dia tak ada masa nak baca lagi.. hehe! Rupanya tak lah boring sangat bila jaga kat klinik.. sebab kalau jaga kat dewan exam tak leh membaca.. tapi kalau kat klinik nak buat apa sahaja pun boleh.. hhehe!! TAmbah lagi klinik baru sekarang sangat selesa.. TApi yang paling best jaga kat klinik ni bila budak hantar kertas jawpan awal.. Boleh balik awal... hehhe!!
Bila hantar skrip jawapan.. aku dah siap booking 7 hb november pagi tu aku rela jaga kat klinik.. Nanti aku siap piknik kat situ.. hahaha!!
Calo bebeh!!
Marking time!!
Its marking time now!
Passive communication
-just only quiet and not respond to/feedback.
- Only followed and compromise.
For example, the person who do not make the fault, but are being fault by other. But he only quiet and not depend himself.
Tukang mark : ***** pitam..
Naik sewel aku baca jawapan budak-budak ni..
**** Jawapan yang budak tu bagi hanya sesuai untuk soklan sebegini... ' Bincangkan ciri -ciri orang-orang yang bangang."... Tetiba aku teringat kat Tengku Nordin.. Sifuku.
R u happy now?
Tengok jadual kerja semester depan..
Bila tengok dalam jadual ada kelas kat Des...
Rupanya ada kelas baru di bangunan baru yang diberi nama Bangunan Destini kat Jalan Melati.. Nasib baek kat rumah..
Kalau kat Bukit Besi mau menitis air mata aku nak berulang..
Pastu aku tengok pulak SuFo(Student Feedback Online Report) ..
Macamana agaknya budak-budak tu bagi penilaian kat aku..
Tapi aku dah agak memang ada satu kelas tu akan bagi aku markah rendah sebab diorang selalu kena marah..
Tambah pulak aku memang kurang 'feel' stiap kali masuk kelas diorang.
Dan memang betul tekaan aku.. diaorang bagi aku markah agak rendah walaupun tak adalah teruk sangat..
Tapi yang buat aku terkejut badak dan bengang tu bila tengok ada sorang budak tanda ' tidak setuju' untuk soklan ' cikgu ini berpakaian kemas dan sopan'.
Cap Ayam!!!
Aku tak puas hati...
Puas aku duk berrpikir...
Aku ni pakai bikini ke pegi mangajar?
atau aku ada pakai sekirt pendek sangat sampai nampak sepentot ke?
Atau aku ada pakai ' see thru' punya baju sampai nampak coli dan c*p*p?
Aku ada pakai baju sendat ke sampai nak terkeluor t*t*k aku hingga juling mata diorang?
Aku pakai punyalah vogue, sedondon lagi diorang boleh kata aku berpakaian tak kemas dan sopan... Memang cap ayam!!
Budak Cap Ayam mana yang khianat kat aku ni.. Memang nak kena lempang budak ni... Entah budak mana yang nak kena lempang nih!!
huhuhu!!!
"Abangg!!!!!! Tolong lompang budak cap ayam tu!!!"
Aku doakan budak cap ayam yang khianat kat aku ni fail exam..
Biar dia jumpa aku lagi semester depan... TAk baek aku nih!! Tapi selalu aku tak pernah doa yang tak baek untuk anak murid aku.. Aku lagi tak jumpa diorang lagi sem depan.. Muak jumpa muka yang sama..
Biar menitis airmata dia jumpa aku lagi semester depan..
Aku akan tukar cara pengajaran aku 360 darjah semester depan...
Aku akan ikut apa jua yang diorang tonyoh kat evaluation tu..
-Pengajaran 100% dalam bahasa Inggeris, amekkaww!!
- Attendance aku ambik.. TAk datang aku laserkan terus kat situ.. Banyak kali tak datang aku terus hantar kat tatatertib.
- Abis je satu topik terus buat kuiz..kemudian bagi result terus kat diorang..Aku ikut stail abang aku... 40 kuiz satu semester.. bagi case study banyak-banyak.. Tak datang kosong la dapat.
- I'll change....
- Lenient pun salah.. so next time aku akan strict gila..
I'll be like what they want me to be... You want it, so you'll get it!!
TApi yang pasti... bila aku buat ....
Diorang akan menitiskan airmata...
pegi balik awal
Dia cukup tak puas hati dengan boss baru dia....
Dia bengang tetiba kat tempat keja dia ada mesin punch card..
Sedangkan sebelum ni berbelas tahun dia kerja tak penah hayat hayun pun ada benda alah tu...
Mesin punch card tu telah merubah hidupnya 360 darjah......
Dia datang kerja awaaaal pagi......
Tapi balik pun paling awal....... hehehe...
Sampai masa dia dah tunggu kat mesin punch card tu.. hehe..
Mesti boss dia bengang..
Aku dan ubat kurus part II
Iklan tu tunjuk si Nora Danish duk tayang body dia yang solid...
Lepas iklan tu abes.... myhubby pun bersuara..
" Kalau nak mustajab lagi... buka tudung dia pastu simpan dalam rak TV ..hehe!!...
Aku : Terdiam..
Haduss!! Sempat lagi dia kenakan aku..
Forget it
**** : Salam mdm.. Ada kat bilik x.Saya **** dari *** . Klu bleh nk tengok skima jwpn utk sem lepas. Boleh x.
aku : saya tak ada skima jawapan sem lepas sebab saya tak mengajar semester lepas.
**** : Maaf puan. Maksudnya tak adalah?
Aku: Ya, sya x ada skima jwp sem lepas.
****: Ok. Tq mdam. Salam
Kau akan bahagia
Pagi tadi lepas hantar anak sekolah ,aku pergi stesyen minyak Petronas nak isi minyak keta.
Pas isi minyak sicukai aku isi angin tayar sicukai pulak..
Muka confident gila pegang wayar pam dan tonyoh papan pemuka pam isi angin tayar macam pandai je..
Padahal 'bimbo'
Aku tak ada keberanian la...
Bimbang " POMMMM" tayar tu meletup..
At last mintak tolong abang sebelah yang tengah isi angin tunjukkan..
Lepas tu aku cuba isik sendiri...
Kejap ke kanan, kejap ke kiri pas tu tengok belakang... macam pandailah kononnya!!!
Padahal terkiyal-kiyal aku isi angin kat situ..
Kalaulah sicukai aku boleh berkata-kata..
Pasti dia akan cakap kat aku... " BANGANG!!!! CAP AYAM!!'
Sudahnya aku blahh je.
Tapi aku tengok tayar sicukai tu macam tak ada perubahan je.....
Aku yang bangang ke atau pam angin tu "Cap Ayam??
Sudahnya aku pergi ke stesyen minyak petronas Sura plak..
Malas nak pikir panjang,penakut pun ya gak... cap ayam.. hehe!!
Sudahnya aku mintak tolong adik yang nak isi angin tayar motor tu isikan..
Nasib baik adik tu baik hati nak tolong aku isikan..
Dan akhirnya angin tayar sicukai telah disi dengan jayanya...
Bilalah aku akan jadi berani isi angin tayar keta sendiri ni...
Dah rosak
Actually pintu tu dah lama dah nazak nak meninggal tapi aku malas nak buat aduan.
Hari ni pintu tu jammed.
Tak boleh kunci dari dalam, aku pulas-pulas tetiba tercabut tombol kecik sebelah dalam.
Nasib baik aku tak terkunci dari dalam..
Kalao tak naya aku especially kalau emergency..
Mau aku keluar ikot tingkap..
TAk lama lepas aku buat aduan, en Muda yang sentiasa muda datang...
Cepatnya dia sampai, selalu hari buat aduan esok sampai...
Ada improvement ni...
Rupanya dia ingat aku terkunci dari dalam...
Pintu dah ok... ada benda dalam yang patah.. sekarang ni cuma boleh kunci dari luar dan dalam je..
Pemegang pintu tak berfungsi dah..
TAk apalah... yang penting boleh kunci dari dalam
TAk lama lepas En Muda yang sentiasa muda balik.. si Jaclyn Victor datang nak pinjam stapler.. Jauhnya dia datang sampai tingkat tiga nak pinjam stapler.. hehe.. Rupanya dia nak kepil assignment yang dia nak hantar ke jiran sebelah aku.. Pas tu dia ada oral bahasa arab dengan Ustaz Wan jiran depan bilik aku.
Sementara tunggu ustaz Wan.. diorang duk hapal perkataan Arab yang aku tak paham.
Tetiba...
" Puan , Imsak" kata si Jazrine a.k.a Jaclyn Victor...hehhe
" Owhhh!! Saya tau tu!!! TU maknanya makan awal pagi sebelum puasa... makan sahur!"
" Tak lah puan!!! Buasir !!! hehe!!"
Buasir??? Ya Allah!! Lemahnya!! Miskinnya aku suku kata Arab ni.. pas ni kena tiusen dengan jiran aku sebulan lah nampaknya...
Job satisfaction vs customer satisfaction
The job satisfaction is the people feel happy and satisfied with that job done.
The customer satisfaction is the people who deal with our organization feel satisfied with the service provided.
The relationship between job satisfaction and customer satisfaction are when the customer satisfied so that it may cause job satisfaction.
Because the customer are priority to the company in order to have job satisfaction.
When the customer are not satisfied, it may cause job satisfaction not satisfied. In order to have job satisfaction in an organization, get the customer satisfaction…
**** aku pening nak pitam baca jawapan anak murid aku nih
Berganti hati

**** Nasik lemak kat Seremban memang best... kat tempat aku tak dapat nasik lemak yang sedap ni...
So bila mau siap?
Khamis baru ni aku cuti pergi berpoya-poya kat Seremban.
Eh sebenarnya aku tak berpoya-poya.. aku pergi hantar pembantu rumah mak balik rumah akak.
Tak sempat berpoya-poya pun. Letih lagi ada.
Sampai opis aku tengok box biru ajaib tepi pintu aku penuh...
Wah ! Kertas sapa yang banyak ni!!
Aku curious!!
"Wahai box biru ajaib!!! Kertas siapakah yang banyak ini?"
Rupanya.. ada orang hantar assignment lambat la..
Lambat gila beb!!
Patut hantar 12 hb...
Sikalang sudah 17 hb..
Kalau potong 1 markah untuk setiap jam lambat kira sudah jadik negatip seratus markahnya..
So macamana tue?
Sudahnya masuk dalam bakul biru tepi pintu bilik aku..
Nak jumpa aku minta maap tak berani gamaknya..
Takut kena makan kot..
Apa yang ditakutkan..
Aku tak makan orang pun..
Aku makan daging je..
Nasib lah.. sapa suruh hantar lambat..
Yang kesiannya kawan dia jadik mangsa... Dah siap awal lagi tapi tukang tiru lambat hantar.... Tak pasal-pasal assignment dia sekali masuk bakul sampah..
Minta maap lah ya.. menangis berguling macam tenggiling pun aku tak layan..
Tak adil pada orang lain yang bersusahpayah hantar awal.
Nak buat macamana.. itulah lumrahnya.. buat salah ada hukumannya.
Jadi mudahkanlah hidup anda... " Patuhilah arahan cikgu".. amat mudah.. itu sahaja.. hehe!!
Plan msuk ofis nak pulun marking..
Tetiba Jazrine ngan azwa datang menziarah..
Gasak gossip sampai pukul 12 tengahari..
Sudahnya kerja aku tak siap-siap jugak lagi..
Terimalah aku apa adanya..
Minggu lepas hujung kening kanan dia luka dalam sikit terkena tepi pintu. Puncanya melarikan diri dari awek kelas dia yang mengejarnya.. Budak pempuan ni pon nak mengurat anak teruna aku tak kena pada tempatnya lah.. Aku bawak dia ke wad kecemasan kena 2 jahitan dan keningnya yang tebal kena cukur separuh.
Sampai hospital aku dapat no giliran ke 6004. Bila tengok no giliran kat dinding unit pesakit luar tu baru no 2004. HAdusss!! Takkan sampai 2 ribu orang baru tiba giliran aku. Silap haribulan sampai esok pun belum tentu dapat jumpa doktor.
Tiba-tiba aku nampak Shukri. Sembang dengan dia jap. Dia cakap kenapa tak pegi buang jahitan kat tempat kerja je.. Baru aku ingat, rupanya ada klinik kat tempat kerja aku.. Apasal aku bangang sangat. Klinik kat tempat kerja aku tu siap ada doktor lagi. Kenapa tak guna je kemudahan yang majikan aku dah sediakan.
Cancel jumpa doktor kat hospital. Terus aku bawak anak aku pergi klinik kat tempat kerja aku. Tak sampai 2 minit dah selesai. Nasib baik aku tak tunggu kat hospital. Kalau tak , konpem kena tunggu sampai esok tapi servisnya 1 minit je. Tak padan dengan penat tunggu.
Naim dah berparut lah sikit kat keningnya. siapa yang berkenan kat anak aku nanti..kena terima je lah anak aku apa adanya .. Dan kelak nanti sapa yang nak jadi menantu aku kenalah juga terima aku apa adanya...hehehe!!
Berangan!!! Entah sempat ke idak dapat menantu......
White Garden Party



Kesimpulan:
1. MC Panik. Ni mesti tak buat rehearsal atau buat lebihkurang.Disebabkan panik menyebabkan pengarah terpaksa exercise. Bila aku tak monitor je terus berterabur. Potong markah.
2. Overall lancar, impressive... yang pasti diorang takkan dapat markah penuh...
Siapa suruh lawan taukeh
Suatu hari di waktu tengahari minggu lepas.
Lokasi: 14c6
" Class, please take note that our class will end on this 19th October, quiz 1 and quiz 2 will be held on 18th October and the next day will be a discussion on case studies ".
Tiba-tiba terdengar suara tikus berbunyi...
" Puan, waktu tu kan study leave!!'
Entah kenapa jawapan itu tibe-tiba menyebabkan tetiba aku naik angin dan 'zassss' darah aku menyirap ke kepala tambah lagi ada antara tikus tu buat muka seolah-olah berkata " Apahal pempuan ni nak buat kelas masa study leave ni?"
Bila dah hangin... tetiba je ayat puaka meluncur keluar dengan nada yang sangat tinggi dan nyaring dari mulut aku yang merah menyala seperti drakula naga yang memanahkan apinya...
" SO WHATTTT?!!!"
"OWHH!!! KALAU STUDY LEAVE SAYA TAK BOLEH BUAT KELAS lah???!!!"
"AWAK NAK BALIK???"
"OK !!FINE!!!"
" CASE STUDY TAK PAYAH DISCUSS!!! QUIZ 1 N 2 SAYA BAWAK KE 11 HB OKTOBER! 12 HB TEST AS USUAL !!! MUKTAMAD!!!"
Dan semua orang senyap...
Selepas itu, ada yang merayu minta buat discussion untuk case study dan aku jawab dengan nada sinis dan ditujukan pada semua orang termasuk tikus-tikus itu...
' Tak apalahhhh!! Awak kan pandai... tak payah lah discuss... kira okeylah tu... Awak jawab je lah nanti... Sorry!! No!! Muktamad"
Dan budak-budak tu diam lagi dan aku tau diorang kecewa dan bangang bengang dengan tikus-tikus tu. Tak pasal diorang jadi mangsa. Aku percaya sekarung sumpah seranah dan carutan dalam hati diorang. Pedulik hapa haku!!
Esoknya dengan budak yang sama..
" Class.. your case study must be submitted to me by 12 October before 5 o'clock".
Aku tunggu jugak kot-kot ada suara tikus nak berbunyi lagi sebab tarikh hantar case study tu sama dengan tarikh test dorang... Tetapi semua orang senyap.. Tapi kalau ada lagi bunyi tikus tu berbunyi mempertikaikan arahan aku, secara automatik aku akan awalkan lagi tarikh hantar assignment case study tu pada 10hb... Nasib baik semua orang senyap. Kalau diorang berbunyik maknanya memang diorang cari nahas!!
" Remember, late submission after 5 will be rejected. Tak kira apa alasan yang awak nak bagi saya tak terima. Saya dah bagi tempoh masa yang lama untuk awak buat. Jangan marah dan tak guna menangis kalau tiba-tiba awak nampak saya buat aksi brutal depan mata awak mengambil assignment awak dalam box saya depan pintu dan mencampaknya dalam tong sampah di tepi pintu bilik saya. Sebabnya salah awak bangang sendiri"
Dan diorang terus diam.
*** Ingat makin muda tua makin sejuk hati dengan budak-budak ni.. tapi rupanya makin cepat naik hangin dengan budak-budak ni... Aku cukup pantang budak tak mendengar arahan dan suka buat counter offer.