tiga cerita

Aku bengang betul lah sebab buku teks Organizational Behavior yang aku duk usung ke mana ke mari masa nak mengajar hilang. Puas aku mencarinya tapi tak ada. Nasib baik aku ada buku yang lama tapi kena check jugalah dengan student setiap kali nak mengajar content buku baru sebab ada sikit beza. So far ok lagi tapi tensyenlah jugak sebab buku tu aku beli bukan dapat free.
Petang ni pulak post mortem TiBEC. Yang pasti petang ni ada panas-panas sikit. Well! I don't want to talk much because i've done my part already. Tapi kalau sentuh pasal AJK tak komited aku akan bersuara jugak. Sebab kalau AJK tak komited, program tu akan hancur malah lebih teruk dari Tibec 1 dulu. Aku rasa setakat 2 3 orang tak buat kerja jangan buat assumption ramai yang tak komited sebab ada AJK yang kerja bersungguh cuma orang tak nampak. So, tunggu dan lihat la apa yang akan berlaku petang ni.
Aku kan suka makan mi segera.Even mee segera ni ibarat makanan ruji aku masa belajar dulu especially masa poket kering. Anak-anak aku pun suka makan mee segera jugak. Mengikut perangai aku gamaknya bab makan ni. Entah kenapa bila banyak reputasi buruk yang diberikan orang pada mee segera tiba-tiba pada suatu hari myhubby telah mengharamkan memakan maggi di rumah selamanya. Bayangkan orang yang da biasa hisap rokok tetiba tak boleh hisap rokok. Kematulah jadinya. Begitulah aku. Sekian lama dah tak beli Maggi sampai aku dengan anak-anak tengok iklan mee segera especially Mamee Slurpp tu sampai kecur air liur. Maka pakatlah aku anak beranak memujuk my hubby supaya melonggarkan peraturan makan mee segera ni dari tak boleh langsung kepada sekurang-kurangnya 2 kali sebulan ke. Kalau hukuman penjara 10 tahun boleh dikurangkan kepada setahun, inikan pulak hanya peraturan makan mee segera kan. Pujuk-pujuk tetiba dapat kelonggaran.... Aduhhh!! Happynya aku anak beranak ni.. Hari ni untuk hari terakhir sebelum puasa, aku akan masak maggi untuk makan malam. Anak-anak rela tunggu abah diaorang balik dari kursus petang ni semata-mata nak ajak bapak yang tukang buat peraturan ni makan sekali.. Tapi yang paling bermakna sekali adalah abahnya yang beli mee segera cap Mamee Slurpp kari berapi... hehehe!!