Berbuka puasa di kijal

Selepas hampir dua minggu ramadhan, at last aku balik berbuka puasa juga di rumah mak. Petang Jumaat lepas selepas Amin habis tuisyen pukul 6.00 petang we all bertolak balik rumah mak. Sebelum pergi aku memang dah siap prepare lauk sebab tak nak menyusahkan mak penat masak. Hari tu aku masak lauk petola tumis air dan sotong masak hitam as requested dan buat air asam sebab mak cakap dia nak bakar ikan. Kalau ikut resepi sotong masak itam kena guna dakwat sotong tu, tapi myhubby tak lalu nak makan lalu aku ganti dengan kicap pekat. Kira oklah asalkan warna gelap. TAk lama selepas aku sampai, beberapa minit sebelum berbuka abang Mie sekeluarga sampai nak berbuka dan bawak lauk juga. Kak Aishah masak ayam percik, sambal sotong dan puding roti. Tak sangka abang mie datang..Berbuka malam itu meriah... seronoknya... malam tu solat terawikh kat surau berhampiran rumah mak saudara aku.. sepupu aku jadik imam. Lewat malam abang aku pak lang sekeluarga sampai tapi waktu tu aku dah mengerekot tidur depan tv jadi tak laratlah nak bangun.
Ikut perancangan asal pagi semalam nak balik tapi mak suruh tunggu sampai lepas berbuka. So perancangan bertukar belik lepas berbuka.. Jadi tengahari tu aku ambik kesempatan bawak mak jalan ke Kemaman melawat abg Zahar. Memang wajib setiap kali balik rumah mak bawak mak jalan-jalan. Kesian kat mak duduk kat rumah je. Nasib baik abang Zahar ada kat rumah. Aku happy tengok abang aku sihat dan ceria. Abang Zahar dapat pergi haji tahun ni.
Balik rumah mak aku rehat kejap. Letih rupanya berjalan masa bulan puasa. Pukul 5 aku start masak. Menu berbuka puasa hari itu ialah ikan tombak masak gulai nenas, acar ikan tongkol dan sayur goreng. As usual as requested by mymum and myhubby. Tak lama sebelum berbuka abang Zahar sampai, pak lang sekeluarga sampai. Jas kakak ipar aku masak sambal udang petai. Dan tak lama kemudian, abang Dzul sekeluarga datang bawak lauk jugak. Kak Zu bawak lauk ayam black pepper, sayur goreng, asam pedas ikan tenggiri dan cream puff berbau durian. Best nya. Malam itu meja penuh dengan makanan sampai tak tau nak ambik mana satu dan ahli keluarga yang ramai. Seronok betul berbuka puasa beramai-ramai malam itu. TApi yang penting mymum happy.. Anak-anak dia balik berbuka puasa bersama-sama.
Lainkali belum tentu lagi dapat bersama lagi seperti ini. Aku doakan Allah memanjangkan umur mak dan beri kesejahteraan dan kesihatan yang baik selalu supaya momen seperti ini dapat dinikmati lagi..