Semalam selesai lah sessi exit meeting untuk TiBEC yang pasti sepanjang mesyuarat aku lebih suka berdiam diri dan buat hal aku sendiri. Yang penting aku datang dan ia lebih baik dari tak datang langsung.
Semalam malam pertama sembahyang terawih. Anak-anak aku excited nak pegi sembahyang kat masjid UiTM sedangkan abahnya nak sembahyang kat masjid Biru yang baru berhampiran rumah. aku berkecuali..
Sampai kat masjid biru itu, aku tengok dewan sembahyang perempuan yang kecik di sebelah bawah dah penuh, jadi terpaksalah aku dan Yati naik atas. Sampai kat atas, separuh dari dewan sembahyang sebelah atas tu gelap separuh, oleh kerana kat tempat terang tu penuh, terpaksalah juga sembahyang kat tempat yang gelap tu. Rupanya bukan sahaja gelap, panas pulak tu sebab kipas not functioning. Maka dari mula angkat takbir mula sembahyang Isyak aku dah mula berpeluh By the time abes terawih kalau diperah baju yang aku pakai cukup dapat 1 baldi besar. Ingatkan sembahyang kat masjid baru bolehlah khusyuk tapi rupanya tidak.. tengah sembahyang tetiba ada adegan dua beradik entah anak sapa tak tau main bergusti kat belakang aku... "iyah!! iyah!! Iyah " dengan penuh semangat menyebabkan aku rasa nak berhenti sembahyang dan angkut budak berdua tu dan letak kat luar masjid. Itu belum lagi bunyi budak kecik berlari dan suara orang memanggil budak tu, suara budak menangis hingga aku tertanya-tanya.. ni masjid ke nursery?
Yang pasti aku dah tak nak pegi sembahyang kat masjid tu lagi. Baik pegi kat masjid lain. Masjid baru tapi tak macam tak ada orang jaga je. Patutnya sebelum start ramadhan diorang patut check masjid mana facilities yang tak berfungsi dan baiki.. Itu pun belum masuk lagi keadaan masjid yang agak kurang bersih.. Apapun, cuma satu je yang aku harapkan tidak akan berlaku... bumbung masjid tu runtuh.