Di masjid kristal

Sekejap je masa berlalu. Sedar tak sedar dah nak merdeka dan nak raya. As usual bila hujung minggu samada balik rumah mak atau rumah mertua aku uantuk berbuka puasa. Oleh kerana last week dah berbuka rumah mak, kak zu siap tag lagi lauk aku masak dalam fb. hehe!! Maka hujung minggu baru ni aku balik rumah mertua aku pulak. Sian anak murid aku sebab tak dapat penuhi jemputan dia buat program kat SMKAKA di Rantau Abang. Asalnya nak balik hari Jumaat tapi memandangkan Cik dah masak ayam percik yang banyak maka petang Khamis tu terpaksalah balik. Sampai rumah mertua betul-betul beberapa minit nak berbuka. Ayam percik cik sedap.
Malam berikutnya aku berpeluang pergi sembahyang terawih kat Masjid Kristal. Sesuatu yang tak pernah terfikirkan di benak fikiran aku ni. All this while duk solat kat masjid dekat rumah mertua ataupun sembahyang kat rumah je. malam tu aku pergi bersama myhubby yang jadik drebar, che amat, cik dan dah. Bak tak pergi sebab dia bertugas Anak-anak aku tak bawak sebab bimbang diorang hilang jemaah kat lain. LAgipun lama.. sian kat diorang.Sampai-sampai je orang dah abis solat isyak. Terpaksalah solat sendiri kat luar berandah masjid. Hanya apabila mula solat terawih aku dapat masuk dalam itupun duk saf belakang sekali. Memang selesa masjid tu . Sejuk sebab aircond. Tapi yang paling penting sekali imam memang best. Imam tu didatangkan khas dari Arab Saudi. Suara Sheikh tu sangat lantang,sedap dan mendayu.. Tak ada peluang nak berangan. Entah apa yang mengusik perasaannya tetiba masa baca ayat Quran dalam solatnya dia menangis. Aku tak tau apa ,sebab tak faham maknanya tapi rasanya bukan setakat aku je, orang lain pun tumpang sayu sekali. Bila pak arab yang jadik imam yang pasti lamalah. Dia buat 8 rakaat je tapi habis pukul 10.15 pm.. Walaupun lama tapi tak terasa sebab best. Bila dah abes baru rasa penat. lepas solat kitorang terus pegi bandar makan kat Selera Timur, pastu tunggu che Amat jumpa pak sedara sebab nak bagi duit kat Maybank dan sampai rumah pukul 12.30 am. lama betul pergi terawih.. Pagi Sabtu baru balik rumah sebab ada hal. RAmadhan tahun depan aku nak cari peluang solat terawih kat sana lagi.