Aku dan ubat kurus

Aku kalau bab ubat kurus ni memang sangat terujalah mendengarnya.. Memang excited... ialah badan dah kembang semangkuk kan.. kenkadang jealous jugak tengok orang-orang dalam suratkhabar tu dari gemuk boleh jadik kurus siap ada shape lagi. Maka mulalah aku memasang impian nak kurus dari dulu lagi tapi sampai sekarang duk kembang macam tu jugak.
SAtu hari tidak berapa lama dulu, aku telah terpengaruh dengan iklan air minuman untuk kurus keluaran Ombak BEsar sehingga akhirnya aku telah membelinya. Ubat tu dalam bentuk sachet yang perlu dicampurkan dengan air sebelum diminum. Oleh kerana rasanya tidak sedap, maka aku telah meletakkannya dalam rak TV dibilik aku tambahlagi packagingnya agak cantik.. One day, masa aku dan myhubby lepak-lepak sambil tengok TV dalam bilik tetiba myhubby bersuara..
Myhubby: Cuba tengok TV tu.. ada perubahan tak?
Aku : tak ada apa pun..
Myhubby: cuba tengok betul-betul... TV tu dah kurus sikit kan?
Dan aku terdiam kat situ jugak... hehe
Beberapa minggu selepas itu, masih lagi semasa aku tengok Tv bersama myhubby bila tetiba dia bersuara...
Myhubby: Nak tau tak macamna nak kurus?
Aku: Apa dia?
Myhubby : Senang je.. Beli ubat kurus, lepas tu bubuh dalam rak tv dan tutup dengan kain... ( kebetulan aku baru lepas letak kain alas kat rak tv tu)
Dan aku terdiam kat situ jugak..
Sebulan yang lalu semasa aku pergi shopping kat Astaka..
Myhubby : Ada kaunter jual ubat.. ada jual ubat kurus lah..
Aku : Tak minat..
Myhubby: Jomlah tengok jap...
Sampai di kaunter ubat tu, myhubby ambil sekotak ubat kurus, meniliknya lalu bersuara..
"Ubat kurus!! Arahan menggunakannya.. makan 3 kali sehari lepas tu simpan dalam rak TV.. "
Dan aku terdiam lagi.......