This is itAnd event to be rememberedUnforgettable momentsAyat-ayat di permulaan entri aku kali ini adalah ayat-ayat dalam montaj perasmian dan penutup Terengganu International Business and Economic Conference (TiBEC 2) dan ayat-ayat itu sebenarnya menggambarkan momen-momen yang tak dapat aku lupakan sepanjang memegang jawatan sebagai AJK Perasmian dan Penutup. Suka,duka ,gembira, sakit hati adalah semua rasa yang aku rasakan selama 4 hari konferens itu berlangsung.
Check in pada pukul 4 lebih petang itu di Primula Hotel. Hari pertama sampai aku benar kosongkan fikiran sebab aku tau aku akan mula sibuk keesokan harinya. Lepas check in aku lepak je kat bilik tengok TV dan lepas asar aku pergi melawat student tahun 1 yang accident dilanggar 2 motorsikal dalam kawasan kampus semasa nak pegi kuliah. Budak tu koma dan kritikal sebab pendarahan dalam kepala akibat terhentak atas jalan. Aku pun tak paham budak-budak ni, bawak motor macam pelesit. Sehingga hari ini budak tu masih koma dan paling menyedihkan budak yang melanggar tu langsung tak tampil mengaku dan bertanggungjawab. Takut gamaknya. Apapun, aku tau budak yang melanggar tu mesti dihantui rasa bersalah sepanjang hidupnya sebab tak bertanggungjawab. Malam aku lepak je kat bilik sambil tengok movie kat HBO sementara menunggu roomate aku ras dan noor sampai.
Keesokannya konferensi bermula dan malam itu aku mula merasa berdebar. Dan bermulalah episod sakit hati dan geram sebaik sahaja rehearsal bermula. Dalam cerita ini yang menjadi mangsanya aku dan noor. Puncanya robot, kotak gabus dan peti. Pelakon utama iaitu pemangsa ialah si y dan si M. Masa mesyuarat yang lalu masa lecturer engineering tunjuk robot prototaip yang nak digunakan masa perasmian tu ramailah ahli mesyuarat komplen yang sebab robot tu telanjang bulat. So, masing-masing dengan semangat memberikan suggestion supaya robot itu dipakaikan baju dan kain, lepas tu kotak petak gabus tu mesti dibalut begini begini, peti kayu tinggi tu mesti dibalut begini-begini. Tugas menghias robot ni aku serahkan pada W, yang merupakan AJK kecil perasmian dengan arahan yang diberikan. Bila deal dengan orang dewasa yang berpelajaran tinggi ni kita selalu mesti letak kepercayaan yang dia boleh buat kerja dengan baik. Bila ditanya, dia kata orang engineering buat semua. Sampai masa rehearsal, aku dan nor terperanjat badak tahap cipan bila aku lihat peti tu togel tanpa sebarang kain, robot tu pulak separuh bogel. Mulalah aku dengan nor panik. Masa tu mulalah aku dan nor pikir macamana nak selesaikan masalah. Masa tengah proses dalam cuba menyelesaikan masalah tu telinga aku jadik bengang bila si Y yang tak pernah tau menahu pasal bnda ni campurtangan keep complaining yang benda petak tu buruk. " Buruk sangatlah". Dia langsung menyalahkan aku dan bila aku nak explain dia tak nak dengar. Ayat yang paling menyakitkan hati aku bila dia kata " Dahlah! Kau jangan cakap apa-apa. Dah terlambat dah! Aku tak nak dengar" . Tolong pun tak tapi menyalahkan orang. Aku pun tau benda tu buruk, tapi janganlah kutuk pasal sebenarnya benda ni dibuat seperti kehendak ahli mesyuaratkan. Kerja sebagai satu team, at least berilah idea bantu untuk penambahbaikan. Ini tak mengutuk je macam aku ni bangang sangat dan tak bertanggungjawab. Dia patut paham la, benda balut membalut ni bukan kemahiran aku dan nor, lagipun benda ni tak boleh buat terus sebab perlu diangkut ke sana sini. Sememangnya aku sangat bengang dengan si Y ni sebab dia bukan part of my team tapi lagaknya macam semua benda dia tau dan semua orang dia nak kontrol. Nasib baik at last robot tu dipakaikan kain, benda petak gabus tu berjaya dicantikkan bila dua tiga orang sama-sama beri pendapat. Waktu itu aku biarkan nor handle sorang sebab aku nak berurusan dengan en asri pasal montaj perasmian. Bila masalah robot tu settle dgan sempurna dan cantik maka si Y pun diam. RAptai penuh hanya boleh dibuat lewat.. dan aku bengang bila AJK lain seperti protokol dan sambutan boleh balik membuta. Patutnya diaorang kena tunggu walau lewat sekalipun. Dan sakit hati aku lagi bertambah bila si M mula bertanyakan aku tentang tugas orang lain dan bukan kerja aku. "Senarai nama VIP yang nak duduk kat atas dah ada dah? " Mana senarai nama usherer? " Haloo!! ini bukan kerja aku... Dalam keadaan penat dan bengang aku bertambah bengang lagi bila si M asyik push aku tanya senarai nama usherer sambil marah-marah. Dan akhirnya bila aku dah tak boleh bersabar lagi aku meninggikan suara pada si M dengan muka aku kedut seribu mengejutkan beberapa orang ada berhampiran. I don't care anymore sebab aku dah tension, aku memang sakit hati sebab orang lain punya kerja aku pulak yang kena marah. Satu lagi pasal klip video kerajaan negeri terengganu. Aku tak nak cerita panjang tapi memang pejabat kerajaan negeri terengganu tu memang the worse lah. Tak efisyen langsung. Nak ambik 1 cd amik masa sejam sampai aku boleh tertidur kat sofa tunggu Nor. Itu belum masuk gamelan lagi bila lepas balik dari Wisma Darul Iman aku dengan Noor berkejar pulak kat stadium tertutup gong Badak. Bila tanya pasal bayaran memang terperanjat badak jugalah tetiba dia kata bayaran yang dia biasa kenakan 2 ribu. Gila betul.. untuk ketuk benda tu keting keting tak sampai setengah jam kena bayar sebanyak tu. Tapi akhirnya we all legalah sebab gamelan tu dimaklumkan free. Eventually, robot yang separuh bogel dipakaikan kain tu ditelanjangkan balik. Tak ke bodoh namanya. Peti tu pun bertukar jadi cantik bila orang BPF balutkan kain. Tapi yang paling aku sakit hati bila si M sibuk dan bersungguh-sungguh nak tengok klip videonegeri Terengganu tu. Tapi bila video tu dipasangkan dia tengok sekejap je pastu dia pegi ke lain. Mana aku tak sakithati. Itu tak termasuk lagi si Y mengomel kata video tu sangat panjang, nanti audiens bosan. Dan malam itu aku tidur pukul dua pagi selepas mengumpat sekarung dengan ras dan nor.
Panik aku tiba ke kemuncaknya bila tiba hari perasmian. Aku bimbang sangat kalau semuanya tak berjalan lancar. Tapi aku berharap dengan keberkatan hari Jumaat seperti yang dicakapkan oleh kawan baik aku waktu menenangkan aku yang resah, majlis perasmian tu akan berjalan lancar. Aku bimbang kalau masa robot tu gerak tetiba terbalik, ataupun robot tu terlajak gerak sampai terlanggar DAtuk VC. Silap aribulan robot tu kena terajang dek DAtuk VC si Shahul yang terer tomoi tu sampai terpelanting ke bawah. Aku bimbang kalau masa piring petak tempat kotak gabus petak tu berputar, kotak tu terpelanting kena kepala Datuk VC ataupun banting yang sepatutnya bergerak sendiri naik ke atas tersangkut. Aku bimbang montaj yang dibuat sangkut dan macam-macam. Masa perasmian aku duduk sebelah en. asri yang kontrol audio visual monitor perjalanan bimbang dia lupa flow program bila masa nak buka lagu untuk robot dan montaj sebab itu part yang paling kritikal. Aku memang tak senang duduk.Serba tak kena sampai nak ke toilet pun aku tahankan. Alhamdulillah, aku lega sangat bila semuanya lancar. A very touching moment bila orang tepuk tangan masa tengok montaj tu dan bila aku tengok semua orang fokus tengok klip video terengganu.
Malam tu dinner. Abes je dinner pkul 11 malam aku terus pegi ke lobi hotel dengan anak murid aku sediakan montaj untuk penutup. Aku pilih gambar, sediakan lagu latar,memberi arahan dan anak murid aku merealisasikannya dalam movie maker. Kesemuanya 66 slide dalam lagu RED HOT by Vanessa Mae berdurasi 3 minit 20 saat. Montaj tu hanya siap lebih kurang pukul 2.45pagi. Nasib baik aku dah cari lagu tu awal-awal lagi.Kesian jugak anak murid aku sampai tersengguk-sengguk sebab mengantuk tapi aku paksa dia buat sampai abes. Biar dia biasakan bekerja dalam tekanan. Dan penutup juga berjalan lancar. Alhamdulillah.
Konferens tu dah selesai. Aku rasa lega sangat-sangat. Apapun aku terkilan sangat sebab I've missed the parallel sessions. Aku tak dapat tidur lena seperti orang lain, keluar sight seeing seperti orang lain. Di saat orang pegi karaoke dan berpoya-poya aku bersengkang mata dengan anak murid aku menyiapkan montaj. Apapun, aku sangat besyukur sebab Allah beri aku kekuatan untuk bekerja sampai lewat pagi sedangkan sebelum ni kalau kat rumah kenkadang pukul 9.00 malam aku dah terbungkang tidur kepenatan. Di akhir konferens waktu ajk sibuk bergambar, aku keluar dari dewan Gamelan. Malas dan tak ada feel langsung la nak join. Aku sedikit terluka and need some time to heal. Aku tak berdendam dengan dua orang ni tapi aku takkan pernah lupa apa yang dah berlaku pada aku. Whatever it is, they're still my friend. Tapi mungkin tidak serapat dulu kot.
TIBEC iii akan menyusul pada 2012 nanti. Ada terdengar ura-ura yang diorang nak aku handle perasmian dan penutup sekali lagi. Ooooohhooo!!! Thanks but NO thanks. Aku surrender. aku nak bersara. Pasni aku nak jadik participant atau presenter atau tak pegi langsung... aku dah tak nak sakit kepala sampai hampir gaduh dengan orang. Jangan kata ajk tak komited sebab kalau ajk tak komited, program ni takkan berjaya langsung. Jangan disebabkan sorang dua yang malas, semua orang dikatakan malas sebab kenkadang kita tak nampak dia buat kerja bersungguh-sungguh.Satu lagi, jangan tau mengutuk je kalau tak tau apa. Jangan suka menghentam orang tanpa membantu orang itu menyelesaikan masalah. Itulah kesimpulannya. My unforgettable moments..... Dan aku akan upload 2 montaj perasmian dan penutup ni dalam youtube sebagai kenangan..