Life has been very hectic last Saturday. Bangun awal pagi buat breakfast dan siapkan bekal untuk myhubby yang nak ke sekolah.. Pastu pergi pasar beli barang dapur dan menghabiskan separuh hariku hingga ke petang jadi fasilitator modul part 2 menyebabkan aku rasa sangat letih.. BAlik dari program , aku masak untuk makan malam dan pukul 8.00 lebih aku rush pulak ke General Meeting Kelab Enterpreneur.. Masa meeting hingar bingar sebab meeting secara informal tidak seperti sepatutnya. Tapi aku tak kisah.. tapi bila diorang mula main-main masa perlantikan AJK, melantik orang suka-suka macam nak mengenakan kawan sedangkan awal-awal aku dah sound bila lantik AJK lantik yang boleh buat kerja.. Aku yang memang dah sangat penat sudah naik hangin tetapi aku cuba bersabar lagi, tapi bila waktu semakin suntuk dan diorang semakin melampau sampai pengerusi tak boleh nak handle.... maka darah aku secara tiba-tiba naik ke kepala. Lalu aku merampas mikropon dari tangan pengerusi dan dengan suara aku yang sangat besar disokong pula oleh mikrofon dan speaker yang brfungsi dengan terang dan jelas.. maka bergempalah Dewan Kuliah Bakawali..
' hei!!! Awak semua ni memang tak reti nak hormat kat saya... Awak ingat saya ni sapa?????
Budak-budak tu jawap : *******
aku yang sedang panas hati : HABISSS TU!!!!!! Awak ingat saya ni tunggul kat depan... Potpetpot petpotpetpotpetpotpet.. Awak ingat saya ni terhegeh-hegeh sangat jadi penasihat kelab awak ni.. SAya tak dibayar untuk jadi penasihat awak.. petpotpetpet... "PAMMM!! Aku hempas buku akaun kelab yang tebal atas meja... Biar semtap sket budak-budak nih. "Awak ni budak U jangan buat perangai macam budak sekolah rendah... Sekarang dah pukul 10.30 malam awak tak boleh settle lagi.. Saya ada anak ada laki kat rumah... Esok pagi saya ada kelas... Ada kawan awak yang ada kelas ../dahlah saya datang sharp pukul 8.30 ramai lagi tak datang.. potpetpotpetpot!!! Fine!! Kalau you all tak nak dinner tak nak buat aktiviti tak payah bayar yuran.... Dinner tak payah buat!! TApi kalau dinner tak dapat buat, Part 5!! You'll be in a big trouble!!! potpetpot.... Pastu aku terus tinggalkan budak-budak tu terkebil-kebil dalam dewan tu dengan hati yang geram.
Yang pasti... lepas ni budak-budak baru part 1 sampai part 4 yang tak biasa dengan aku dah kata aku garang.. dan yang pasti aku dapat merasakan lepas ni diorang akan kecut perut bila dapat tahu aku akan mengajar diorang... Lantaklah!!!
Hari ini...
Aku tak reti dengan advisee aku ni... Ada ke patut dia boleh call tanya aku psal aku prefer dia buat tajuk 'job satifaction ke customer satisfaction' untuk research dia.. Aku bengang betul .. dia tanya aku macam lah aku yang buat research tu... aku tanya dia nak buat tajuk apa? Dia jawab nak buat tajuk job satisfaction yang mana bagi aku tak sesuai dengan bidang dia... Aku tanya dia kenapa nak buat tajuk ni? Dia kata nak buat tajuk ni sebab senang nak distribute questionnaire kat pekerja... Hangin betullah aku dengar jawapan yang ridiculous dari budak ni. Dahlah mintak tangguh hantar proposal aku bagi lanjut seminggu... Yang buat aku hangin hari tu masa mula-mula dia jumpa aku discuss pasal tajuk, aku dah suggest kat dia buat pasal ' Factors influencing Buying Decision' yang mana outcome research tu boleh membantu company dia buat promotion.. tapi rasanya macam waktu aku bercakap kat dia tu dia duk berangan je... Aku kalau tetiba advisee buat jugak pasal job satisfaction tu sesuka hati dia walaupun aku kurang bersetuju, maknanya memang dia sengaja nak dapat markah rendah lah tu.
Yang pasti aku rasa suara aku ni sedap.. sebab tu aku tak buat album sebab kalau aku buat album nanti siti nurhaliza tu boleh bungkus.. Sebab siti punya suara boleh buat orang kedu bila mendengarnya... tetapi aku mampu buat orang mendengarnya khusyuk dan tawadhuk sampai tidur... Si Siti Nurhaliza pun tak mampu buat orang tidur tau macam aku ni!!! Kira Power la tu!! HEHE!!!! Hangin betul aku!!! Suara aku yang kuat bergempa dalam kelas pun, ada budak boleh tidur lagi dalam kelas aku tengahari tadi!
Lagi di dalam kelas tengahari tadik!!
"A****F!!! Awak ni pantang pempuan lalu je awak nak tengok... say kat depan ni pun awak dah tak pandang... Awak tau tak kenapa saya pakai lipstik merah-merah, mulut saya merah menyala ni jadi trademark saya bila saya masuk kelas??? Kalau boleh saya mesti sentiasa vogue masuk kelas?? Sebab saya nak anak murid saya pandang dan fokus je kat saya masa saya mengajar... Ni awak pandang ke lain ni maksudnya lipstik saya dah tak merah menyala lagi lah tu!!! Pasni lain kali saya nak pakai lipstick yang lagi merah menyala lagi.. saya tonyoh tebal-tebal!!!Kalau awak nak pandang kat luar jugak tengok pempuan lain lalu masa saya mengajar kat depan ni tak taulah saya..."
Nasiblah diorang dapat aku semester ni...