Kenal ke tidak ni

Pagi tadik lepas kelas aku pergi pasar. Aku punya plan nak masak sayur pucuk kayu air, goreng ikan keras ekor masin dan telur dadar berbintikan sambal belacan... myhubby punya favorite.

Masa tengah shopping sayur, tetibatiba aku ditepuk dan disapa mesra oleh seseorang... Dengan plastik barang dan handbag yang bergayut ditangan, aku terus menjawab sapaannya sambil terkial-kial menyambut tangan yang dihulurkan untuk bersalam..

Dia bertanya..... " pah ni nok gi ane pulok?"
Aku : Lepas ni saya nak balik rumah... (sambil fikiran aku ligat berpikir mana aku pernah jumpa pempuan ni... bini kawan laki aku?, jiran lama ke atau kawan lama jenis hai hai bai bai.. tapi aku tak dapat nak recall la)
Dia : Balik mmana? Paka?
Aku ...: Tak.. dekat je .. Jalan Melati.. ( isshh!! Bila masa pulak aku penah jumpa pempuan ni ek!! Aku pernah kenal dia ke? Dia tegur aku macam kenal aku je..Atau dia tersalah tepuk orang , so dia buat lah ramah nak cover malu seperti mana yang aku tengah buat sekarang ni.Aku dah mula cuak. cuak dengan diri sendiri)
Dia selepas memandang aku atas bawah : Doh dak pa lah ya!! ( sambil berlalu meninggalkan aku yang terkebil-kebil kat situ..


Sedang aku berdiri termenung depan gerai kakak jual sayur tu sambil memerah otak aku berpikir sapalah pempuan yang tegur aku tu ,tiba-tiba kakak jual sayur tegur aku..

Akak jual sayur : Kenal ke orang yang tegur tadi tu.
aku dalam serbasalah dan malu : TAk .. langsung tak kenal..
Akak jual sayur tu : Dia tu tak betul sikit... semua orang dia buat macam tu... tak kira lelaki ke pempuan... dia main tepuk je tegur... kenkadang dia mintak duit... tu lah kita tanya tu kot-kot kenal dia..
Aku : Oh ya ke!! Nampak macam waras je... ( Fuhh!! lega... tak adalah aku perlu susah payah perah otak nak pikir sapa tadik tu sampai rapat dahi aku... )

Pas bayar duit sayur aku pun balik. Kesian plak kat pempuan tu kalau-kalau orang ambik kesempatan atas kekurangan dia. Mintak-mintak Allah lindungi dia selalu.